v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Strategi Pembangunan Timur Laut China
2007-10-19 17:28:31 CRI

Provinsi Heilongjiang, Jilin dan Liaoning di kawasan timur laut China yang pernah menjadi pangkalan perindustrian negara semasa Republik Rakyat China baru didirikan dan telah memberi sumbangan yang amat besar kepada pembentukan sistem perindustrian dan ekonomi nasional yang berdikari dan lengkap di China. Akan tetapi, jurang perbezaan taraf pembangunan ekonomi antara pangkalan industri lama itu dengan kawasan pantai yang lebih maju semakin besar disebabkan oleh pangkalan industri lama yang ditubuhkan pada masa yang awal itu terpengaruh oleh faktor sistem dan masalah perindustrian dalam jangka masa panjang serta daya sainganya kian menurun.

 

Sehubungan dengan itu, Kongres Kebangsaan ke-16 Parti Komunis China yang diadakan pada tahun 2002 telah memutuskan untuk mempercepat penyusunan semula, pembaharuan dan kebangkitan pangkalan industri lama di timur laut.

 

Kini, sekumpulan perusahaan besar dan sederhana di tumur laut telah menyelesaikan penyusunan semula aset, penyenaraian di Bursa Saham dan pembiayaan. Dengan itu, pertumbuhan semula ekonomi di kawasan itu telah dicapai.

 

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |