Provinsi Shanxi, Anhui, Henan, Jiangxi, Hunan dan Hubei yang terletak di kawasan pedalaman China mempunyai kelebihan geografi yang menghubungkan bahagian timur dengan barat serta selatan dengan utara China. Jumlah penduduk dan output ekonomi di kawasan itu masing-masing menduduki 28% dan 20% ke atas daripada jumlah keseluruhan penduduk dan ekonomi di China. Keenam-enam buah provinsi tersebut bukan sahaja merupakan kawasan pengeluar bahan makanan utama China, bahkan juga merupakan kawasan pusat rangkaian pengangkutan bersepadu dan pembekal tenaga dan bahan mentah yang penting di China.
Perancangan "Membangkitkan Bahagian Tengah" merupakan satu lagi keputusan penting yang dibuat oleh Jawatankuasa Pusat Parti Komunis dan Dewan Negara China selain strategi menggalakkan pembangunan kawasan timur terlebih dahulu serta pembangunan bahagian barat dan pangkalan industri lama di timur laut China.
Usaha merealisasikan kebangkitan bahagian tengah China amat bererti bagi mendorong pewujudan pola baru yang bahagian timur, tengah dan barat China saling melengkapi dan mendorong serta berkembang bersama.
|