"Haolaibao" ialah sejenis nyanyian tradisional yang agak popular di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China. Padang rumput Horqin merupakan kawasan ternakan terkenal yang terletak di wilayah itu. Kampung halaman beliau adalah terletak di sana. Beliau menjadi penyanyai terkenal kerana pandai menyanyi "Haolaibao", sejenis nyanyian unik yang dicipta oleh etnik Mongol China pada kurun ke 12 Masehi. Nyanyian itu diiringi oleh "Sihu", sejenis alat muzik tradisional China. Pada masa dahulu, seniman dan penggembala pandai menyanyi "haolaibao" tanpa persediaan.
Pada tahun 1965, bersama kumpulan kesenian tempatan mengadakan persembahan di seluruh China. Persembahan itu berlangsung selama 7 bulan dan mendapat sambutan yang mesra. Dalam perjalanan kumpulan kesenian itu, persembahan Laxiaosier selalu mendapat sambutan yang baik. Naib Pengerusi Persatuan Kesenian Kalangan Rakyat Wilayah Autonomi Monggolia Dalam China, Shenbularuoribu menyatakan:
"Program yang dipersembahkan oleh Laxiaosier selalu mendapat sambutan yang paling mesra. Tarian, lagu atau nyanyian 'Haolaibao' disanjung tinggi oleh para penonton."
Laxiaosier dilahirkan di sebuah keluarga penggembala yang miskin pada 65 tahun yang lalu. Beliau menghentikan pelajaran selepas sekolah rendah tingkatan empat. Tetapi beliau hidup dengan suasana kesenian yang baik kerana datuk dan bapa saudara beliau ialah seniman yang terkenal tempatan. Laxiaosier mempunyai minat yang kuat dalam "Haolaibao". Namun bapa beliau tidak suka anak lelaki yang tunggalnya mempelajari kesenian "haolaibao" sebagai kerja utama. Akan tetapi, Laxiaosier telah membuat keputusan yang tekad untuk mempelajari kesenian itu. Beliau berkata:
"Pada masa dahulu, penduduk awam menaruh pandangan prasangka terhadap seniman. Bapa saya tidak bersetuju keputusan saya kerana beliau berpendapat bahawa ini adalah tindakan yang menyediakan perkhidmatan kepada orang kaya. "
Tanpa persetujuan bapanya, beliau terpaksa mempelajari nyanyian "haolaibao" secara rahsia. Lama-kelamaan, kebakatan Laxiaosier dalam nyanyian itu mula muncul dan beliau menjadi popular dari semasa ke semasa di tempatan. Pada akhirnya, bapa beliau terpaksa bertolak ansur dan bersetuju dengan keputusan beliau. Semasa berumur 16 tahun, Laxiaosier menganggotai kumpulan kesenian "Wulanmuqi" dan menjadi seorang pelakon profesional.
"Wulanmuqi" ialah sebuah kumpulan kesenian yang berkhidmat di padang rumput sepanjang tahun. Kumpulan tersebut selalu memilih pelakon daripada kaum petani atau penggembala. Pelakon kumpulan selalu berkemampuan dalam pelbagai cara persembahan. Selepas itu, Laxi bukan sahaja akan mempelajari nyanyian "haolaibao", tetapi juga berpeluang untuk belajar tarian, nyanyaian dan cara untuk memainkan alat-alat muzik.
Dalam tempoh tahun 1960-an hingga 1970-an, cara hiburan penduduk di kawasan padang rumput China tidak banyak. Bersama-sama pelakon kumpulan kesenian yang lain, Laxi telah melawat pelbagai tempat padang rumput dan mengadakan persembahan untuk para penggembala. Disebabkan padang rumput amat luas dan kemudahan komunikasi tidak begitu maju, persembahan satu kali pun memakan masa yang panjang. Maka, Laxi selalu mengadakan persembahan di luar dan tinggalkan isterinya di rumah.
Menyebut isterinya, beliau berasa penuh sesal. Semasa hari jadi ke 61 isteri beliau, Laxi memcipta "haolaibao" yang bertajuk: "Bisikan kepada Isteri" untuk menyatakan kasih sayang dan terima kasih kepada isterinya.
Walaupun bagi kebanyakan pengembala yang tinggal di padang rumput yang terpencil, "Haolaibao" masih popular. Akan tetapi bagi penduduk Mongol yang tinggal di bandar moden, kedudukan nyanyian "Haolaibao" telah mundur kerana kemunculan cara penghiburan yang lain seperti televisyen, laman sesawang dan lain-lain. Semasa menyebut keadaan sekarang kesenian tradisional itu, Laxiaosier berasa agak bimbang..
"Sekarang kita mempunyai televisyen, filem dan pelbagai cara hiburan. Kalau program 'Haolaibao' tidak dapat bersaing dengan perkara tersebut, maka kesenian tradisional itu sukar dikekalkan."
Beliau mengakui cabaran yang sedang dihadapi oleh kesenian tradisional itu akibat pembangunan zaman moden. Namun beliau tidak bersetuju dengan kesenian "Haolaibao" tidak mempunyai pendengar lagi.
"Masih terdapat ramai pendengar yang berminat dalam kesenian 'Haolaibao'. Stesen Radio Mongol menyiarkan program itu selama 1 jam setiap tengah hari dan mengulang satu kali pada waktu malam."
Pada tahun 2002, Laxiaosier telah bersara. Selepas itu, beliau tidak mempunyai peluang untuk mengadakan persembahan lagi. Mungkin disebabkan ketidakbiasaan dengan hidup selepas bersara, beliau menjatuhkan sakit. Yang bertuah, sekarang Laxiaosier telah sembuh dan dapat mencari cara hidup yang baru, iaitu berusaha untuk masa depan kesenian tradisional itu.
Dai Baolin ialah pengerusi Persatuan Kebudayaan tempatan. Beliau memberitahu wartawan bahawa Laxiaosier telah memberi pelbagai usaha untuk melindungi kesenian kalangan rakyat. Beliau pernah menyeru tokoh-tokoh berkenaan mengadakan rundingan tentang pewarisan dan perkembangan kesenian kalangan rakyat. Dai Baolin menyatakan:
"Beliau berpendapat bahawa pewarisan kesenian tradisional harus dijalankan bermula daripada kanak-kanak. Maka, beliau mengajar 'haolaobao' kepada kanak-kanak."
Hailehan ialah salah seorang pelajar yang diajar oleh beliau yang berumur hanya 13 tahun. Melalui suara yang Hailehan yang masih belum matang, kita dapat melihat masa depan kesenian tradisional "haolaibao".
|