v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Liu Jingmin: Penganjuran Sukan Olimpik Akan Dorong Perkembangan Bandar Beijing
2007-10-22 16:13:56 CRI

Berdasarkan laporan daripada laman sesawang Agensi Berita Xinhua China, Sukan Olimpik Beijing tahun 2008 merupakan satu pesta sukan yang diperhatikan oleh seluruh dunia. Naib Datuk Bandar Beijing yang juga Naib Pengerusi Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Liu Jingmin berpendapat bahawa Sukan Olimpik akan memainkan peranan penting dalam mendorong perkembangan seluruh bandar Beijing.

Pertama, penganjuran Sukan Olimpik telah meningkatkan populariti bandar Beijing di arena antarabangsa. Sejak pelbagai kerja persiapan Sukan Olimpik Beijing dimulakan, kerjasama dengan luar bandar itu telah mencapai kemajuan yang ketara.

Kedua, persiapan Sukan Olimpik telah mendorong pembangunan ekonomi bandar Beijing. Liu Jingmin menjelaskan bahawa bermula pada tahun 2001 hingga tahun 2006 iaitu sejak Beijing berjaya memperoleh hak penganjuran sebagai tuan rumah Sukan Olimpik tahun 2008, kadar pertumbuhan KDNK purata tahunan bandar itu telah mencapai 12.1%. Pada tahun yang lalu, KDNK di bandar Beijing telah mencatat lebih 770 bilion yuan RMB, meningkat 2.1 kali ganda berbanding dengan tahun 2001. Pada tahun itu pula, jumlah pelancong dari luar negara yang melawat ke Beijing telah mencapai lebih 3.9 juta orang, bertambah sejuta orang berbanding dengan tahun 2001.

Ketiga, persiapan Sukan Olimpik Beijing telah mendorong penyempurnaan fungsi bandar itu. Semasa persiapan Sukan Olimpik dilaksanakan, kerajaan bandar Beijing telah menetapkan hala tuju perkembangan bandar Beijing sebagai ibu negara China, sebuah bandar kebudayaan yang terkenal, sebuah metropolitan antarabangsa dan sebuah bandar yang sesuai untuk didiami. Selain itu, bandar itu juga telah mencapai kemajuan yang besar dalam bidang perbaikan alam sekitar, pembangunan pengangkutan dan pembinaan infrastruktur.

Keempat, persiapan Sukan Olimpik telah meningkatkan tahap peradaban masyarakat Beijing.

Liu Jingmin menekankan bahawa persiapan Sukan Olimpik juga telah membawa manfaat kepada penduduk Beijing. Dalam tempoh beberapa tahun yang lalu, jumlah peluang kerja yang disediakan di Beijing setiap tahun telah mencatat lebih 600 ribu buah, dan taraf hidup penduduk bandar itu telah terus meningkat.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |