v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Hong Kong Aktif Buat Persiapan untuk Sambut Obor Olimpik
2007-10-25 14:01:27 CRI

Pertandingan acara ekuestrian Sukan Olimpik Beijing 2008 akan diadakan di Hong Kong kelak. Pada bulan Mei lalu, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah mengumumkan laluan larian obor Sukan Olimpik Beijing 2008 di seluruh dunia, Hong Kong dipilih sebagai salah satu bandar dari dalam laluan larian itu. Bagaimanakah Hong Kong menyambut kedatangan obor Olimpik itu?

Berdasarkan laluan larian obor Sukan Olimpik Beijing 2008 yang telah diumumkan, obor Sukan Olimpik akan tiba di Hong Kong pada 2 Mei tahun 2008. Selepas berita itu diumumkan, pelbagai lapisan masyarakat Hong Kong berpendapat bahawa ini akan menjadi salah satu perkara yang paling penting dalam sejarah sukan Hong Kong. Sebab obor Olimpik hanya melalui Hong Kong sekali saja dalam Sukan Olimpik Tokyo 1964. Memandang dari segi yang lain, Hong Kong sejauh lebih 2000 kilometer dari Beijing, pertandingan acara ekeustrian Sukan Olimpik Beijing 2008 akan diadakan di Hong Kong. Sama ada Hong Kong dapat menyediakan suasana Olimpik yang baik atau tidak menjadi perhatian orang ramai. Larian obor Sukan Olimpik Beijing 2008 melalui Hong Kong tentu akan menyediakan satu peluang bagi Hong Kong untuk mempopurlarkan temasya sukan itu dan menarik perhatian penduduk Hong Kong. Pengerusi Suruhanjaya Olimpik Hong Kong China Encik Timothy Fok semasa diwawancara oleh wartawan menyatakan bahawa: "bagaimana mencapai 'lebih tinggi dan lebih kuat'memang adalah amat penting, akan tetapi perkara yang lebih penting ialah memperkenalkan semangat Olimpik kepada orang ramai. Kami berusaha untuk melalui pelbagai saluran menjadikan penduduk Hong Kong, bukan pemain sukan sahaja menyertai Sukan Olimpik. Aktiviti larian obor Sukan Olimpik Beijing yang akan diadakan di Hong Kong pada tahun depan tentu akan memangkin suasana Olimpik di Hong Kong."

Sekiranya ingin menyediakan suasana Olimpik yang baik, laluan larian obor harus dirancang dengan teliti. Ketua Setiausaha Suruhanjaya Olimpik Hong Kong Encik Pang Chong merupakan salah seorang warga Hong Kong yang mempunyai pengalaman mengenai larian obor Olimpik. Beliau sebagai pemain olahraga pernah merupakan salah seorang pemegang obor dalam larian obor Sukan Olimpik Toyko 1964. Obor yang pernah dipegang oleh beliau masih disimpan di dalam rumahnya. Kerana pengalaman tersebut, beliau amat memperhatikan laluan lairan obor Sukan Olimpik Beijing yang melalui Hong Kong. Semasa mengenang kembali peristiwa tersebut, beliau berkata: "Pada masa itu, pesawat berdarat di Lapangan Terbang Kai Tak Hong Kong, obor Olimpik dihantar ke Dewan Besar yang baru selesai dibina di Central Hong Kong dan setiap orang boleh masuk untuk melihat obor Olimpik itu. Pada waktu malam, obor Olimpik itu dipamerkan di menara loceng yang terletak di Tsim Sha Tsui, salah satu tempat yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi di Hong Kong. Kemudian, obor Olimpik dibawa melalui Semenanjung Kowloon dan dihantar ke Lapangan Terbang Kai Tak. Laluan larian itu menjadikan kesemua penduduk Hong Kong dapat melihat obor Olimpik itu."

Berdasarkan pengalaman pada masa dahulu, pegawai Suruhanjaya Sukan Olimpik Hong Kong baru-baru ini menyatakan bahawa semasa merancangkan laluan larian obor Sukan Olimpik Beijing di Hong Kong, mereka akan menyambungkan kesemua destinasi pemandangan yang terkenal di Hong Kong. Tindakan itu bukan sahaja dapat mencerminkan pemandangan yang indah permain di Hong Kong, tetapi juga dapat mendorong lebih ramai penduduk Hong Kong menyertai aktiviti itu.

Semasa memperkatakan larian obor Olimpik, kita tentu akan menyebut pemegang obor Olimpik. Sebagai salah satu ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Suruhanjaya Olimpik Hong Kong berhak untuk memilih pemegang obornya sendiri. Pihak penganjur Hong Kong telah menetapkan senarai pemegang obor Sukan Olimpik Beijing yang terdiri daripada Jackie Chang, penyanyi terkenal Hong Kong, Yip Pei-yin, pemain badminton Hong Kong dan lain-lain. Semasa memperkatakan pemilihan pemegang obor Sukan Olimpik Beijing kali ini, Pengerusi Suruhanjaya Sukan Olimpik Hong Kong China Encik Timothy Fok menyatakan bahawa pemain unggul dan tokoh-tokoh dalam arena hiburan tidak dapat dikurangkan sebab mereka mewakili kejayaan yang dicapai oleh Hong Kong, akan tetapi penyertaan rakyat jelata baru dapat memperlihatkan semangat Olimpik. Larian obor Sukan Olimpik Beijing melalui Hong Kong turut akan menyampaikan satu maklumat yang penting kepada seluruh dunia dan ini juga merupakan sebab penting Hong Kong berusaha membuat persiapan bagi aktiviti itu.

Encik Pang Chong menyatakan bahawa: "Maklumat yang penting itu ialah Hong Kong telah kembali ke pangkuan tanah air lebih 10 tahun. Kami akan menunjukkan bahawa Hong Kong pada masa ini lebih baik berbanding dengan tahun 1997 dan 1998. Atas peluang ini, kami akan memaparkan kejayaan yang dicapai oleh Hong Kong."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |