Ekspo China-ASEAN ke-4 akan diadakan di Bandar Nanning, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China pada 28 hingga 31 Oktober ini.
Ekspo China-ASEAN dianjurkan bersama oleh China dan 10 negara anggota ASEAN serta Sekretariat ASEAN, dan diadakan oleh kerajaan Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi.
Pada Oktober tahun 2003, Perdana Menteri China, Wen Jiabao mencadangkan bahawa Ekspo China-ASEAN diadakan di Nanning China pada setiap tahun bermula tahun 2004, manakala Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN turut diadakan dalam tempoh yang sama. Cadangan tersebut telah mendapat sambutan baik daripada pemimpin 10 negara anggota ASEAN.
Sejak tahun 2004, Ekspo China-ASEAN telah mencapai kemajuan yang menggalakkan sama ada dalam bidang perdagangan komoditi atau pun kerjasama pelaburan. Ekspo China-ASEAN telah menjadi pentas yang penting bagi kerjasama antara China dengan ASEAN.
China-ASEAN, bekerjasama dan saling menguntungkan.
|