v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

NGO Tingkatkan Kerjasama dengan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing
2007-10-29 14:47:41 CRI

Berdasarkan laporan daripada laman sesawang rasmi Sukan Olimpik Beijing tahun 2008, Persidangan Sukan dan Alam Sekitar Dunia telah diadakan di Beijing pada 25 hingga 27 Oktober lalu. Dalam persidangan itu, pelbagai pertubuhan perlindungan alam sekitar dan sukan telah mencapai persepakatan tentang peningkatan kerjasama dalam bidang pembangunan secara berterusan.

Untuk mewujudkan matlamat "Sukan Olimpik hijau", pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menjalinkan hubungan kerja dengan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing. Pegawai Pertubuhan Greenpeace China menjelaskan bahawa usaha menyediakan rancangan penyelesaian masalah alam sekitar bagi Sukan Olimpik amat penting bagi Pertubuhan Greenpeace China. Untuk mengeratkan kerjasama dengan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, pertubuhan itu telah mengadakan kerjasama dengan rakan kerjasama globalnya iaitu Syarikat Coca Cola. Syarikat itu merancang untuk memasang 6 ribu buah peti sejuk tanpa pencemaran yang dibuat daripada bahan mesra alam serta 350 buah mesin penjualan automatik yang berkenaan dalam gelanggang pertandingan Sukan Olimpik Beijing. Kedua-dua pihak juga akan bekerjasama untuk mengehadkan jumlah kenderaan yang dipandu semasa penganjuran Sukan Olimpik Beijing.

Penglibatan orang awam dalam pelaksanaan rancangan perlindungan alam sekitar telah menjadi tumpuan perhatian pelbagai NGO. Mereka menggalakkan penduduk Beijing menyertai aktiviti "Hari Tanpa Kereta", mengajar mereka tentang cara untuk mengurangkan pencemaran sampah dan mencegah pembaziran sumber air, dan mengadakan ceramah dalam kalangan pelajar untuk meningkatkan kesedaran mereka tentang perlindungan alam sekitar. Wakil Tabung Alam Sedunia (WWF) di China, Dermot O'Gorman telah menaruh perhatian yang tinggi terhadap "Tindakan Orang Awam tentang Penjimatan Tenaga" yang bertujuan untuk membantu China mengurangkan 20% penggunaan sumber tenaga pada tahun 2020.

Dimaklumkan, Pertubuhan Greenpeace China dan WWF juga telah mula memberi perhatian terhadap rancangan perlindungan alam sekitar selepas tahun 2008.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |