v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Fu Xiaohai, Jurugambar China yang Hasilkan Karya Foto Bersiri "Pembina Projek Sukan Olimpik"
2007-11-01 13:26:24 CRI

Pameran foto bersiri "Pembina Projek Sukan Olimpik" telah dipamerkan di Beijing secara besar-besaran baru-baru ini dan telah menarik perhatian umum.  

                                                       (Karya Foto Bersiri 'Pembina Projek Sukan Olimpik')

Foto yang dipamerkan di Beijing tersebut merupakan sebahagian kecil daripada karya bersiri "Pembina Projek Sukan Olimpik" yang dicipta oleh Fu Xiaohai. Pada hakikatnya, beliau telah mengambil ribuan keping foto pekerja projek Sukan Olimpik. Semasa menjelaskan ideanya tentang penciptaan karya bersiri itu, Fu Xiaohai memberitahu pemberita kami: "China telah berjaya menjadi tuan rumah untuk menganjurkan Sukan Olimpik Beijing Tahun 2008. Selaku seorang China, saya mahu membuat sedikit sebanyak sumbangan kepada temasya sukan itu. Akhirnya, saya telah memutuskan untuk mencipta karya foto bersiri 'Pembina Projek Sukan Olimpik' bagi menggambarkan pelbagai pekerja yang terlibat dalam projek Sukan Olimpik di tujuh buah bandar di seluruh China."

Rancangan pengambilan foto tersebut bermula dari bulan Oktober tahun lalu dan akan dijayakan hingga bulan Mei tahun 2008. Pada masa ini, Fu Xiaohai telah membelanjakan hampir sejuta yuan RMB untuk mengambil foto. Beliau telah pergi ke pelbagai gimnasium dan stadium Sukan Olimpik yang sedang dibina di tujuh buah bandar penganjur, iaitu Beijing, Tianjin, Shanghai, Shenyang, Qingdao, Qinhuangdao dan Hong Kong. Fu Xiaohai menyatakan bahawa untuk mengambil foto di projek Sukan Olimpik, beliau pernah mengalami beberapa halangan. Akhir sekali, beliau telah dibenarkan untuk mengambil foto, tetapi beliau melakukan kesilapan yang betigu besar dalam kerjaya fotografinya. Beliau berkata: "Buat pertama kalinya saya memasuki projek Sukan Olimpik untuk mengambil foto. Ini merupakan impian saya, jadi saya amat teruja dan menjadi tidak dapat dikawal, hanya ingin mengambil foto dengan sebanyak mungkin. Saya telah membawa 20 gulung filem dan kesemuanya telah habis digunakan. Nanti saya mahu mengambil foto-foto yang lain, tiada satu pun filem lagi. Ini merupakan kali pertama bagi saya mengalami perkara tersebut."

Fu Xiaohai dilahirkan di bandar Haerbin, timur luat China pada 1959. Semasa masih kecil, beliau berminat pada lukis kanvas. Impiannya adalah untuk menjadi seorang pelukis kanvas. Tetapi ada sebab lain yang mengakibatkan beliau melibatkan diri dalam bidang fotografi. Beliau pernah terlibat dalam pengambilan foto secara komersial dalam tempoh yang agak lama. Pada tahun 1988, Fu Xiaohai telah pergi ke Rusia untuk melanjutkan pengajian dalam fotografi potret. Kebudayaan Rusia yang gemilang lagi bersejarah agak lama dan teknik fotografi jurugambar lain yang kepakaran telah banyak membantu beliau dalam mengkaji ilmu fotografi. Selepas itu, beliau telah meneruskan penyelidikannya dan mengambil foto di Amerika Utara dan Eropah. Pada tahun 2002, Fu Xiaohai telah kembali ke Beijing dan mengutamakan fotografi potret. Beliau pernah mengambil foto ramai tokoh kenamaan dunia.

Fu Xiaohai mengejar estetisisme dan menyokong fotografi realisme. Beliau pandai memaparkan wajah dan semangat seseorang model dengan menggunakan cahaya. Karya-karyanya amat menggalakkan dan dapat terlihat unsur-unsur positif. Untuk menghasilkan sebuah karya foto potret dengan sebaik mungkin, beliau selalu mengemukakan cadangan yang terperinci kepada modelnya, lebih-lebih lagi warna dan saiz kancing pada pakaian model tersebut. Untuk membuatkan wajah model itu kelihatan wajar, Fu Xiaohai amat prihatin terhadap pertukaran emosi dan perasaan dengan modelnya. Beliau memaklumkan pemberita kami: "Sebenarnya, kerja saya merupakan satu proses peningkatan emosi dengan model saya. Tanpa komunikasi, tidak akan membuat karya yang memuaskan saya. Melalui komunikasi, saya akan mendapat lebih banyak ilham daripada model saya."

Kini, Fu Xiaohai sedang berusaha dengan sedaya upaya untuk mencipta karya foto bersiri "Pembina Projek Sukan Olimpik". Sama ada pada musim sejuk ataupun musim panas, beliau sentiasa membawa alat-alat fotografi untuk bergaul dan hidup bersama-sama dengan pelbagai pekerja yang terlibat dalam projek Sukan Olimpik. Hubungan persahabatan antara Fu Xiaohai dengan ramai pekerja telah terjalin dengan sedemikian.

                                                      (Karya Foto Bersiri 'Pembina Projek Sukan Olimpik')

Karya Fu Xiaohai "Pembina Projek Sukan Olimpik" telah mendapat sambutan hangat di seluruh China, malahan tumpuan perhatian antarabangsa. Dalam sejarah Sukan Olimpik, tiada satu pun karya foto bersiri yang menggambarkan para pembina projek Sukan Olimpik secara menyeluruh. Karya Fu Xiaohai yang memaparkan adegan pembinaan projek dan wajah pekerja yang wajar telah membuatkan pelawat seolah-olah berhadapan dekat dengan Sukan Olimpik. Menurut Fu Xiaohai, itulah tujuan penciptaan karya bersirinya. Beliau berkata: "Saya mahu mengutarakan rasa hormat dan kasih sayang antara pelbagai orang melalui karya foto saya. Ini ialah 'budaya Sukan Olimpik' yang kami sebut sekarang. Peserta yang aktif ikut serta dalam Sukan Olimpik menjadi anggota temasya sukan itu, justeru terlihat daya tarikan semangat Olimpik."

Fu Xiaohai berkata, beliau berharap agar generasi-generasi selanjutnya dapat memahami akan proses pembinaan projek Sukan Olimpik Beijing 2008 dan para pekerja berkenaan yang tidak pernah diketahui umum melalui karya fotonya. Sekarang, karya bersiri tersebut sedang terus dicipta. Setelah Sukan Olimpik Beijing berakhir, karya foto bersiri "Pembina Projek Sukan Olimpik" akan diderma kepada kerajaan China. ----Selina

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |