v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pengerusi Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa Sir Philip Craven Menanti-nantikan Kejayaan Sukan Paralimpik Beijing 2008
2007-11-08 16:10:00 CRI

Berbanding dengan Sukan Olimpik, Sukan Paralimpik tidak betigu diperhatikan oleh orang ramai. Akan tetapi Sukan Paralimpik sama penting dengan Sukan Olimpik. Kita harus lebih menghormati para peserta dalam Sukan Paralimpik. Sukan Paralimpik pertama diadakan di Roma, Itali pada tahun 1960. Sejak tahun 1988, Sukan Paralimpik diadakan bersama dengan Sukan Olimpik di bandar yang sama. Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa membuat keputusan pada beberapa tahun lalu bahawa bandar yang berjaya memohon hak penganjuran Sukan Olimpik bertanggungjawab untuk mengadakan Sukan Paralimpik. Bandar Beijing yang akan mengadakan Sukan Olimpik Musim Panas ke-29 dan Sukan Paralimpik Musim Panas ke-13 telah mengeluarkan slogan yang berbunyi "Dua Olimpik, Sama Menarik". Itu juga merupakan harapan Pengerusi Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa Sir Philip Craven.

Penjualan tiket Sukan Olimpik Beijing akan memasuki fasa kedua pada bulan November nanti. Serentak itu, tiket untuk Sukan Paralimpik turut mula dijual. Antaranya tiket untuk upacara perasmian dan penutupan Sukan Paralimpik akan mula dijual pada penghujung November nanti. Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa Sir Philip Craven yang sedang mengadakan lawatan di Beijing menyeru lebih ramai penonton China pergi ke stadium untuk menonton pertandingan dalam Sukan Paralimpik. Beliau berkata: "Harga tiket sangat rendah dan juga ada tiket khas untuk pelajar. Semasa penganjuran Sukan Paralimpik Athens, saya pernah dicela. Mereka berkata 'Apakah pelajar diperlu untuk memenuhi stadium?', namun demikian saya tetap berpendapat bahawa sekiranya kita ingin mengubah konsep orang ramai, maka kita harus bermula daripada kanak-kanak. Sudah tentu, saya berharap agar orang ramai umurnya berbeza datang untuk menonton pertandingan. Oleh itu, penentuan harga tiket telah mempertimbangkan orang yang berbeza umurnya."

Selain itu, Encik Craven turut menegaskan bahawa banyak acara pertandingan dalam Sukan Paralimpik adalah menarik dan sama dengan pertandingan dalam Sukan Olimpik merupakan pertandingan sukan bertaraf tinggi di dunia. Beliau berkata: "Saya ingin memperkenalkan acara bola sepak lima orang buta. Setiap pasukan terdiri daripada lima orang. Satu loceng dipasangkan dalam bola yang digunakan. Para atlet memainkan bola itu menurut bunyi loceng. Satu-sautnya orang yang mempunyai kemampuan penglihatan ialah penjaga gol. Saya sangat kagum semasa menonton pertandingan acara itu. Acara bola sepak lima orang buta baru disenaraikan sebagai acara rasmi dalam Sukan Paralimpik Athens 2004. Pada sesuatu hari, saya bersarapan bersama-sama dengan Jacque Rogge. Saya dengar beliau berkata kepada bekas Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Encik Juan Antonio Samaranchi bahawa 'saudara harus pergi untuk menonton bola sepak orang buta, acara itu amat menarik.'"

Sukan Paralimpik sama menarik dengan Sukan Olimpik kerana para atlet orang cacat mempunyai semangat tabah yang luar biasa. Encik Craven menyatakan bahawa semangat itu akan menarik orang ramai pergi ke stadium untuk bersorak kepada para atlet dalam Sukan Paralimpik.

Semasa memperkatakan persiapan bagi Sukan Paralimpik Beijing yang dilaksanakan dalam tempoh enam tahun lalu, Encik Craven mewakili Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa menyangjung tinggi kepada pihak Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing. Beliau berkata: "Pada bulan April lalu, saya telah melawat satu bangunan di dalam Kampung Paralimpik. Bangunan yang berperingkat tertinggi di dunia itu merupakan kemudahan yang paling bagus yang saya dapati. Lapan katil dan tiga bilik mandi disediakan dalam satu set pangsapuri, antaranya satu bilik mandi ditandakan 'kerusi roda'. Tetapi sebenarya, atlet yang menggunakan kerusi roda dapat menggunakan ketiga-tiga bilik mandi itu. oleh itu, kita dapat merasai rekaan yang sempurna."

Encik Craven turut menunjukkan bahawa hanya tinggal 10 bulan daripada perasmian Sukan Paralimpik Beijing, terdapat banyak persiapan harus dilaksanakan. Pada masa ini, kejayaan bergantung kepada perincinan. Beliau berkata: "Kini hanya tinggal 10 bulan daripada perasmian Sukan Paralimpik Beijing, saya berpendapat bahawa usaha persiapan harus mengutamakan pelbagai masalah yang terperinci. Kami akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Panganjur Sukan Olimpik Beijing dan menjamin para atlet dapat menginggalkan kesan yang masin semasa berada di Beijing. Pengalaman dan persembahan atlet merupakan kejayaan yang paling penting dalam Sukan Paralimpik. Masih ada jalan yang panjang, matlamat masih belum tercapai."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |