v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kerja Penempahan Penginapan Semasa Sukan Olimpik Beijing Tahun 2008 Berjalan Lancar
2007-11-02 15:52:11 Agensi Berita Xinhua China

Berdasarkan laporan daripada laman sesawang Agensi Berita Xinhua China, seiring dengan kedatangan Sukan Olimpik Beijing, perkhidmatan penginapan dalam tempoh temasya sukan itu telah menarik perhatian orang ramai. Pegawai daripada Biro Pelancongan Beijing dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing menyatakan pada 29 Oktober yang lalu bahawa kini, kerja penempahan penginapan semasa Sukan Olimpik Beijing sedang berjalan dengan lancar, dan kerajaan bandar Beijing sedang meneliti perubahan pasaran yang berkenaan agar dapat menjamin kestabilan harga penginapan semasa temasya sukan itu.

Pegawai Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Xiang Ping memberitahu wartawan bahawa kini, 80% kerja penempahan penginapan bagi anggota keluarga Olimpik telah diselesaikan.

Berdasarkan jangkaan, seramai 50 ribu orang anggota keluarga Olimpik akan melawat Beijing dalam tempoh Sukan Olimpik Beijing, termasuk pegawai Jawatankausa Olimpik Antararabangsa (IOC), pegawai pelbagai persekutuan sukan, atlet, pihak media dan pihak penaja. Antaranya, atlet dan wartawan akan tinggal di Perkampungan Sukan Olimpik, yang lain akan tinggal di hotel yang mempunyai kontrak dengan pihak penganjur Sukan Olimpik Beijing.

Berdasarkan permintaan IOC, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah menetapkan 128 buah hotel yang bertaraf dari dua bintang hingga lima bintang di Beijing sebagai hotel yang berkelayakan untuk memeterai kontrak dengannya.

Selain anggota keluarga Olimpik tersebut, jumlah pelancong yang melawat ke Beijing semasa Sukan Olimpik Beijing dijangka akan mencapai 450 ribu hingga 500 ribu orang. Perkhidmatan penginapan yang menyasarkan golongan pelancong tersebut juga sedang dijalankan dengan lancar. Naib Ketua Pengarah Biro Pelancongan Beijing, Xiong Yumei menyatakan bahawa Beijing berkemampuan untuk memenuhi permintaan penginapan semasa Sukan Olimpik.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |