v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing 2008 Sediakan Perkhidmatan Baik kepada Pihak Media dan Telah Mendapat Pujian yang Meluas
2007-11-08 14:11:03 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pihak media dari dalam dan luar negara yang membuat liputan di Beijing telah menjadi salah satu kerja yang penting bagi Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing 2008. Perkhidmatan mereka telah mendapat pujian yang meluas daripada pihak media.

Ketua Biro Akhbar Yomiuri Shimbun Jepun di China telah mengirim surat penghargaan kepada Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing 2008 baru-baru ini yang menyanjung tinggi perkhidmatan baik yang disediakan kepada mereka semasa siri aktiviti sempena kita detik setahun Sukan 2008 Olimpik diadakan.

Ketua Biro CNN di Beijing, Ketua Pejabat Perwakilan NHK di China juga telah menyampaikan ucapan terima kasih terhadap sokongan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing 2008.

Wartawan dimaklumkan bahawa sejak "Peraturan Liputan Wartawan Asing di China dalam Tempoh Sukan Olimpik serta Tempoh Persiapannya" dilaksanakan pada 1 Januari tahun ini, perhatian masyarakat antarabangsa terhadap Beijing dan Sukan 2008 Olimpik terus meningkat. Dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, jumlah wartawan yang mengunjungi Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing 2008 telah meningkat empat kali ganda berbanding dengan jumlah keseluruhannya pada tahun lalu. Antaranya jumlah wartawan asing pada bulan Julai lalu mencapai 306 orang dan telah mencipta rekod tertinggi.

Sidang akhbar merupakan pendekatan rasmi bagi pihak media untuk mendapat maklumat berkenaan Sukan Olimpik 2008. Ketua Pengarah Pusat Penerangan Sukan Olimpik Beijing 2008, Encik Li Zhanjun memaklumkan bahawa dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah mengadakan 71 kali sidang akhbar tetap. Selain itu, untuk memenuhi permintaan para wartawan, pelbagai sidang akhbar mengenai topik yang amat diberi tumpuan oleh wartawan juga sering diadakan

Untuk memenuhi minat para wartawan, Pusat Penerangan Sukan Olimpik Beijing 2008 juga telah mengatur 10 rancangan liputan yang melibatkan 60 tempat, sebahagian rancangan liputan baru juga sedang diaturkan.

Perkhidmatan yang profesional, menyeluruh dan teliti yang disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing 2008 telah mendapat pujian meluas daripada pihak media dalam dan luar negara. Sejak tahun ini, Pusat Penerangan Sukan Olimpik Beijing 2008 telah menerima lebih 100 pucuk surat penghargaan daripada NHK, APTN, Persatuan Penyairan Eropah, CNN dan pelbagai media yang lain.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |