v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Atlet Pertama China yang menyertai Sukan Olimpik
2007-11-15 14:34:22 CRI

Sukan Olimpik Musim Panas ke-10 telah diadakan di Los Angeles A.S. pada tahun 1932. China buat pertama kalinya menghantar atlet untuk mengambil bahagian dalam temasya sukan itu. Oleh itu, Sukan Olimpik Los Angeles itu diingati oleh semua orang China.

Orang yang mewakili China untuk menyertai Sukan Olimpik itu ialah mahasiswa Universiti Timur Laut China. Namanya Liu Changchun. Satu-satunya orang yang bersama-sama dengan Liu Changchun ialah Ketua Delegasi China. Oleh itu, atlet pertama China yang meyertai Sukan Olimpik hanya Liu Changchun seorang saja. Dalam upacara perasmian Sukan Olimpik Los Angeles itu, Liu Changchun mengangkat bendera memasuki stadium. Dalam filem dokumentari yang dirakamkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada masa itu, dinyatakan bahawa "Sejumlah 450 juta orang hanya menghantar seorang perwakilan".

Liu Changchun telah mengambil bahagian dalam lomba lari 100 meter dan 200 meter pertandingan olahraga lelaki. Beliau menduduki tangga ke-4 dalam pertandingan awal 100 meter dan tangga ke-6 dalam 200 meter. Beliau tidak dapat melayakkan diri untuk menyertai pertandingan separuh akhir dan akhir. Sebenarnya, Liu Changchun merupakan salah seorang atlet yang paling hebat dalam Sukan Timur Jauh pada masa itu. Oleh itu, Liu Changchun menduduki tempat terdepan dalam separuh jalan pertama dalam pertandingan, akan tetapi disebabkan oleh keletihan beliau didahului oleh atlet yang lain dan tidak dapat melayakkan diri dalam pertandingan separuh akhir.

Persembahan Liu Changchun yang tabah telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada para penonton. Orang Cina dan perantau China yang menonton pertandingan itu amat teruja. Walaubagaimana pun, Liu Changchun merupakan orang China pertama yang menyertai Sukan Olimpik, pengaruhnya terhadap sukan China dan Asia adalah mendalam.

Pertandingan pelbagai acara dalam Sukan Olimpik Los Angeles itu diadakan dalam tempoh 16 hari. Selepas temasya sukan itu, Jawatakuasa Olimpik Antarabangsa menetapkan bahawa bermula Sukan Olimpik ke-10, tempoh Sukan Olimpik tidak boleh melebihi 16 hari.

Sukan Olimpik ke-10 Los Angeles buat pertama kalinya memutuskan untuk segera menganugerahkan pingat selepas pertandingan sesuatu acara, tidak sama dengan Sukan Olimpik yang lalu iaitu menganugerahkan semua pingat selepas Sukan Olimpik diselesaikan secara menyeluruh. Tindakan tersebut membolehkan para penonton menyaksikan upacara pemenang dianugerhakan pingat. Dalam Sukan Olimpik ke-10 Los Angeles turut pertama kalinya dipasangkan podium untuk penganugerahan pingat. Juara berdiri di atas podium dan pegawai yang menganugerahkan pingat berdiri di hadapan podium itu. Ini sebalik dengan Sukan Olimpik yang lalu. Dalam Sukan Olimpik yang lalu, atlet yang keluar sebagai johan berdiri di tempat yang rata, manakala pegawai penganugerah pingat berdiri di atas podium. Perubahan itu turut menunjukkan kedudukan utama para atlet dalam Sukan Olimpik dan terus dikekalkan sehingga kini.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |