v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Ratusan Orang Wartawan Dalam dan Luar Negara Mempunyai Keyakinan Terhadap Makanan Sukan Olimpik Beijing
2007-11-16 15:07:12 CRI

Menurut Agensi Berita Xinhua China, sekumpulan wartawan dalam dan luar negara telah melawat Pusat Kawalan Visual Jabatan Pentadbiran Am Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin Negara China pada 12 November lalu.

Proses pengeluaran lebih seribu buah perusahaan pengeluar makanan di seluruh China dan keadaan pemeriksaan dan kuarantin makanan import dan eksport di pelbagai tempat di China dapat dikawa melalui visual di pusat tersebut. Seorang wartawan dari Hong Kong berkata bahawa: "Saya rasa kagum apabila melihat keadaan keluar masuk sempadan di kastam Lowu, Shenzhen dengan jelas di Beijing. Penggera akan berbunyi sekiranya terdapat orang yang demam. Sungguh hebat."

Kumpulan Penyelarasan Akhbar Sukan Olimpik Beijing bersama Pusat Akhbar Sukan Olimpik Beijing telah menjemput lebih seratus orang wartawan daripada lebih 60 buah media dalam dan luar negara pada 12 November lalu untuk melawat Pusat Kawalan Visual Jabatan Pentadbiran Am Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin Negara dan Pusat Pemeriksaan Jabatan Pemeriksaan dan Kuarantin Beijing. Selain itu mereka juga membuat liputan di dua syarikat pengeluar makanan Sukan Olimpik, iaitu Syarikat Daging Ayam Huadu Beijiing dan Syarikat Cawangan Makanan Pengcheng dari Syarikat Pertanian Shunxin Beijing Bhd. Selepas liputan tersebut, para wartawan berpendapat bahawa kerajaan China amat mementingkan keselamatan makanan dan melaksanakan langkah pengawalan kualiti yang berkesan supaya kualiti dan kebersihan makanan adalah terjamin.

Seorang wartawan dari Agensi Berita Bloomberg Amerika Syarikat yang pertama kali melawat perusahaan pengeluar makanan Sukan Olimpik Beijing telah berkata bahawa beliau tidak begitu memahami proses pengeluaran makanan Sukan Olimpik Beijing sebelum ini, dan juga tidak mengetahui keadaan keselamatan makanan di China. Namun sekarang melalui lawatan dan liputan kali ini, beliau berpendapat bahawa kualiti makanan Sukan Olimpik Beijing adalah terjamin.

Seorang wartawan daripada Tokyo Broadcasting System (TBS) Jepun telah menyanjung tinggi tindakan kerajaan China yang menjemput wartawan luar negara melawat jabatan badan pemeriksaan dan perusahaan pengeluar makanan. Bilau berkata bahawa melalui aktiviti ini dapatlah membentangkan keadaaan sebenar keselamatan makanan Beijing dan bermanfaat untuk meningkatkan imej kerajaan China di arena antarabangsa.

Seorang wartawan kanan dari Perbadanan Penyiaran Australia (Australian Broadcasting Corporation) juga berpendapat walaupun beliau bukan seorang pakar dalam bidang keselamatan makanan, namun beliau dapat memastikan melalui lawatan tersebut bahawa keselamatan makanan Sukan Olimpik Beijing adalah terjamin.

Naib Menteri Pentadbiran Am Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin Negara China, Wei Chuanzhong telah memperkenalkan bahawa kini jabatan tersebut telah menandatangani "Memorandum Kerjasama Pemeriksaan dan Kuarantin Sukan Olimpik Beijing" dengan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing dan juga menggubal "Rancangan dan Rancangan Kecemasan Pemeriksaan dan Kuarantin Sukan Olimpik Beijing 2008". Kesemua dokumen tersebut telah memberikan jaminan bagi kerja pemeriksaan dan kuarantin kualiti makanan Sukan Olimpik Beijing dan tindakan kecemasan keselamatan makanan dari segi sistem.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |