v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Hadiahkan Maskot Sukan Olimpik Beijing kepada Belia dan Remaja
2007-11-19 15:37:31 Agensi Berita Xinhua China

Fang Zhilin yang berumur 7 tahun telah mendapat hadiah khas baru-baru ini, iaitu lima Fuwa, maskot Sukan Olimpik Beijing. Ini amat menggembirakannya kerana sebelum ini, dia hanya memiliki satu-satunya barang mainan, sebuah model kapal terbang yang berharga 20 yuan RMB.

Bermula dari 17 November lalu, aktiviti amal "Sumbangkan Fuwa, Ikut Serta dalam Sukan Olimpik" telah diadakan di Provinsi Guizhou, China. Pihak penganjur akan menghadiahkan 10 ribu set maskot Fuwa kepada 10 ribu orang belia dan remaja di Provinsi Guizhou, terutamanya mereka yang miskin.

Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah memberi kebenaran untuk mengeluarkan sebilangan maskot Fuwa bagi aktiviti tersebut. Kumpulan Sinian, salah satu pembekal dalam Sukan Olimpik Beijing akan membeli 290 ribu set Fuwa dengan kos sejumlah 30 juta yuan RMB untuk menyumbang kepada 29 buah provinsi, kawasan dan bandar di seluruh China.

Sekolah Rendah Harapan Nanche Guizhou mempunyai 120 orang penuntut. Guru besar sekolah itu memaklumkan pemberita bahawa kebanyakan pelajar tersebut tidak pernah membeli barang mainan.

Beijing telah berjanji untuk membudayakan semangat Olimpik di seluruh China. Dengan demikian, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing dan Kementerian Pendidikan China telah menetapkan Rancangan Pendidikan Sukan Olimpik Beijing 2008 untuk pelajar sekolah rendah dan menengah di China.

Seorang guru dari Sekolah Rendah Harapan Nanche menyatakan bahawa kebanyakan pelajar di sekolah tersebut tidak pernah melihat maskot Sukan Olimpik Beijing. Setelah diberitahu bahawa sekolah itu akan mendapat 120 set maskot Fuwa, pihak sekolah telah memperkenalkan pengetahuan mengenai Sukan Olimpik Beijing dan maskot kepada para pelajar. Mereka belajar dengan bersungguh-sungguh.

Walaupun terdapat kedai maskot Sukan Olimpik Beijing di seluruh China, akan tetapi bukan setiap orang mampu membeli maskot tersebut. Satu set Fuwa berharga hampir 200 yuan RMB, jumlah itu telah melebihi pendapatan purata sebulan petani di kawasan desa Provinsi Guizhou. Seorang pegawai tempatan Guizhou menyatakan bahawa aktiviti itu telah menyediakan satu peluang bagi kanak-kanak dari keluarga miskin mengetahui akan Sukan Olimpik Beijing.

Semenjak aktiviti tersebut dilancarkan pada tahun lalu, hampir 100 ribu orang belia dan remaja dari keluarga miskin di China telah dihadiahkan maskot Fuwa.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |