v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sukan Olimpik 2008 Beijing Mendapat Lebih Banyak Sokongan Internet
2007-11-22 09:46:12 CRI

Dalam Sidang Internet China 2007 yang diadakan baru-baru ini, bagaimana menggunakan teknologi internet yang berkembang begitu pesat kini untuk menyokong Sukan Olimpik Ke-29 yang akan diadakan di Beijing pada tahun 2008 telah menjadi satu topik penting. Wartawan dimaklumkan bahawa banyak syarikat teknologi internet China sedang meningkatkan peruntukan dalam bidang tersebut. Dalam ruangan "Majalah Eksplorasi" hari ini, saya akan memperkenalkan keadaan berkenaan kepada saudara.

Sukan Olimpik 2008 telah menarik perhatian seluruh dunia. Menyokong dan menyarankan Sukan Olimpik 2008 Beijing dengan menggunakan teknologi internet telah menjadi hasrat bagi pelbagai syarikat internet. Naib Ketua Eksekutif syarikat internet terkenal China, iaitu Syarikat Sohu, Encik Cheng Luming memberitahu wartawan bahawa sebagai satu-satunya penyokong perkhidmatan internet bagi Sukan Olimpik 2008 Beijing, syarikat Sohu mempunyai keunggulan dalam sumber maklumat. Oleh sebab itu, laporan Syarikat Sohu terhadap Sukan Olimpik 2008 Beijing akan dilanjutkan selama setahun. Beliau berkata: "Laporan kami akan bermula sebelum Sukan Olimpik dirasmikan dan dilanjutkan selama setahun. Laporan awal termasuk keadaan persiapan para atlet, persiapan Sukan Olimpik, pelbagai aktiviti promosi Sukan Olimpik dan lain-lain. Laporan semasa Sukan Olimpik diadakan mengutamakan laporan terhadap pertandingan dan wawancara terhadap juara. Kami akan menyediakan berita dan perkhidmatan maklumat tentang Sukan Olimpik yang berwibawa, cepat, benar, banyak dan lancar kepada para pengguna internet di seluruh dunia." Encik Cheng Luming juga memperkenalkan bahawa selain perkhidmatan tersebut, sohu.com telah bekerjasama dengan kerajaan bandar Beijing untuk membuka laman sesawang perkhidmatan Sukan Olimpik. Laman sesawang tersebut akan menyediakan perkidmatan maklumat untuk para pelancong yang datang ke Beijing untuk menonton pertandingan dan melancong. Beliau berkata:

"Kami juga telah bekerjasama dengan kerajaan bandar Beijing untuk membuka laman sesawang Beijing.com. Laman sesawang tersebut telah secara menyeluruh memperkenalkan maklumat tentang restoran, tempat kediaman, pelancongan, pembeli-belahan dan permainan di Beijing. Kebanyakan pelancong yang datang ke Beijing semasa Sukan Olimpik diadakan tidak mungkin tinggal di Hotel yang disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpin Beijing. Mereka perlu membeli tiket dan mencari sendiri hotel. Oleh sebab itu, mereka lebih memperhatikan maklumkat tersebut. Laman sesawang itu telah secara menyeluruh memperkenalkan maklumat tentang Beijing."

Selain itu, teknologi internet mudah alih juga berkhidmat untuk Sukan Olimpik 2008 Beijing. Pegawai Pejabat Sukan Olimpik Kumpulan Komunikasi Mudah Alih China (China Mobile), Encik Huang Tao menyatakan bahawa untuk menyokong Sukan Olimpik 2008 Beijing, China Mobile telah membentuk sistem komunikasi mudah alih serta perkhidmatan jaringan jalur lebar tanpa wayar yang boleh diharapkan dan akan berkhidmat untuk lalu lintas, kawalan keselamatan, perubatan,laporan dan pelbagai bidang yang lain. Beliau khusus memperkenalkan laman sesawang rasmi bergerak yang dibuka oleh China Mobile buat kali pertama dalam sejarah Sukan Olimpik. Beliau berkata:

"Selain laman sesawang rasmi Sukan Olimpik yang berkhidmat untuk para pengguna komputer, China Mobile telah membuka lama sesawang rasmi Sukan Olimpik untuk telefon bimbit buat kali pertama dalam sejarah Sukan Olimpik. Laman sesawang tersebut telah beroperasi secara rasmi. Para pengguna dapat melayari laman sesawang tersebut pada bila-bila masa untuk mendapat maklumat terkini, antaranya temasuk berita, jumlah pingat, jadual pertandingan dan lain-lain."

Teknologi komunikasi mudah alih juga akan meningkatkan kelancaran dan kesefisienan pertandingan Sukan Olimpik 2008 Beijing. Huang Tao memberitahu wartawan, China Mobile akan menyediakan perkhidmatan jaringan tanpa wayar di tempat pertandingan Sukan Olimpik serta kawasan pusat pelbagai bandar berkenaan. Serentak dengan itu, China Mobile juga akan menyediakan perkhidmatan maklumat yang khusus untuk pegawai Sukan Olimpik dan pihak media. Mereka dapat melayari jadual pertandingan, pemdaftaran atlet, gambar dan lain-lain dengan menggunakan komputer riba atau telefon bimbit. Seramai 100 ribu orang sukarelawan akan berkhidmat untuk Sukan Olimpik 2008 Beijing. Oleh sebab itu, China Mobile telah meneroka fungsi walkie-talkie untuk telefon bimbit. Para sukarelawan dapat mengadakan komunikasi dalam jarak pendek dengan menggunakan telefon bimbit sendiri. Selain itu, sistem pembayaran tiket tanpa wayar juga akan digunakan semasa Sukan Olimpik diadakan di Beijing.

Sebagai contoh, Encik Wang Tao berkata, dengan penggunaan teknologi faks tanpa wayar dalam perlumbaan perahu layar, keefisienan perlumbaan tersebut akan ditingkatkan secara besar-besaran. Beliau berkata:

"Dalam perlumbaan perahu layar yang diadakan dulu, hasil perlumbaan perlu dibawa kembali ke tempat berlepas oleh atlet. Oleh sebab itu, pengumuman hasil perlumbaan akan ditunda selama dua jam. Akan tetapi dengan penggunaan teknologi jalur lebar tanpa wayar kali ini, hasil yang telah ditandatangani oleh pengadil dapat segera diserahkan kepada Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing. Hasil perlumbaan dapat diumumkan dalam puluhan minit."

Dijangka, di seluruh dunia akan terdapat 4 bilion orang menonton pertandingan dan perlumbaan Sukan Olimpik 2008 Beijing melalui siaran langsung televisyen. Stesen Televisyen Pusat China (CCTV) merupakan satu-satunya stesen televisyen dari Tanah Besar China mempunyai hak siaran langsung. Selain siaran langsung televisyen, CCTV.COM, laman sesawang di bawah pimpinan CCTV juga akan menyediakan video internet yang berkualiti tinggi. Ketua Pengurus syarikat CCTV.COM Encik Wang Wenbin berkata:

"Kini, CCTV.com menyediakan video internet yang sepanjang lebih 500 jam sehari. Sebelum Sukan Olimpik diadakan, CCTV.COM telah mengadakan siarannya terhadap pertandingan percubaan "Beijing Bertuah". Ini telah menjadi penerokaan dan latihan yang menyeluruh bagi laparan internet dan televisyen terhadap Sukan Olimpik 2008 Beijing."

Selain itu, sebagai rakan kerjasama Sukan Olimpik 2008 Beijing, Syarikat Chinanetcom juga menyatakan akan menyediakan sokongan teknologi untuk siaran langsung televisyen kejelasan tinggi pertandingan dan perlumbaan Sukan Olimpik 2008 Beijing. Pegawai syarikat Chinanetcom berkata bahawa strategi Sukan Olimpik syarikat tersebut ialah sesiapa sahaja dapat menikmati perkhidmatan maklumat yang selamat, mudah, cepat, berkeefisienan tinggi dan mampu dibayari pada bila-bila masa dan ditempat apa jua yang berkenaan dengan Sukan Olimpik.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |