v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penganjuran Pertandingan 'Bertuah Beijing' Menimba Pengalaman bagi Penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008
2007-11-29 11:33:43 CRI

Walaupun Sukan Olimpik Beijing akan dirasmikan pada lebih 200 hari akan datang, tetapi siri pertandingan yang berkaitan dengan temasya sukan itu telah diadakan secara berturut-turut di Beijing iaitu pertandingan "Bertuah Beijing". Tujuan penganjuran siri pertandingan itu adalah untuk melaksanakan latihan bagi penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008 dan menguji kemampuan Beijing bagi mengadakan Sukan Olimpik. Berdasarkan rancangan, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing akan mengadakan 42 pertandingan "Bertuah Beijing" pada tahun 2007 hingga tahun 2008. Antaranya 26 buah pertandingan diadakan pada tahun 2007 dan kini telah diadakan 19 buah pertandingan. Jadi, bagaimana keadaan penganjuran pertandingan tersebut? Adakah pihak penganjur mencapai tujuannya?

Setakat penghujung bulan Oktober lalu, 19 buah pertandingan dalam siri pertandingan "Bertuah Beijing" telah selesai diadakan. Antaranya termasuklah 18 buah pertandingan acara yang ditetap dalam Sukan Olimpik dan satu acara dalam Sukan Paralimpik. Pihak penganjur telah menerima 4514 orang atlet dan 1068 orang pegawai pelbagai persatuan acara sukan antarabangsa dan pegawai teknik. Jumlah wartawan yang melaksanakan liputan telah mencatat lebih 10 ribu orang dan jumlah penonton mencatat 250 ribu orang. Sehubungan dengan itu, Naib Pengerusi Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing yang juga Naib Ketua Jabatan Suruhanjaya Penganjur Pertandingan "Bertuah Beijing" Encik Yang Shu'an baru-baru ini di Beijing menyatakan bahawa: "Berdasarkan ujian dalam penganjuran siri pertanidingan 'Bertuah Beijing', kesemua kemudahan di gelanggang pertandingan yang terlibat dan sistem teknikal telah memenuhi tuntutan penganjuran Sukan Olimpik yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Pihak penganjur telah mejalani

latihan, para sukarelawan telah memainkan peranan yang besar, pelbagai kemudahan dan sistem berkenaan beroperasi dengan normal, 95% masalah diselesaikan segera di stadium pertandingan, jaminan dalam pelbagai bidang disediakan seperti keselamatan, lalu lintas, kebersihan alam sekitar, perubatan, makan dan minum, penginapan dan lain-lain."

Berdasarkan keadaan sekarang, pelbagai pihak telah memberi reaksi yang positif terhadap pertandingan "Bertuah Beijing". Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Jacques Rogge semasa menghadiri Kejohanan Olahraga Dunia di Jepun menyatakan bahawa "usaha penganjuran pertandingan 'Bertuah Beijing' adalah berjaya, kami sangat berpuas hati." Selain itu, Pengerusi Suruhanjaya Koordinasi Sukan Olimpik IOC Hein Verbruggen menyatakan bahawa: "Dalam tempoh yang lalu, kami telah melawat beberapa buah bandar seperi Beijing, Qingdao dan Hong Kong yang mengadakan pertandingan ujian. Usaha penganjuran di tempat tersebut adalah amat bagus dan telah memenuhi tuntutan."

Kini, 11 buah persatuan acara sukan tunggal antarabangsa telah mengemukakan laporan penilaian mereka mengenai siri pertandingan tersebut. Encik Yang Shu'an menyatakan bahawa: "Pada keseluruhannya, penilaian pelbagai pihak terhadap pertandingan 'Bertuah Beijing' adalah baik. Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing dapat menyediakan gelangagang, kemudahan, perkhidmatan yang begitu baik kepada pertandingan ujian pada masa setahun sebelum Sukan Olimpik Beijing dirasmikan. Ini telah melebihi jangkaan mereka."

Selain mendengar pandangan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan pelbagai persatuan acara sukan tunggal antarabangsa, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing turut telah mengadakan tinjauan pendapat umum terhadap siri pertandingan itu. Orang ramai berpendapat bahawa usaha penganjuran pertandingan "Bertuah Beijing" mencapai tahap yang tinggi dan gelanggang pertandingan beroperasi dengan baik.

Walaupuan mendapat penilainan yang baik, tetapi pihak penganjur Sukan Olimpik Beijing tidak bersombong, mereka memahami tujuan penganjuran pertandingan ujian. Encik Hein Verbruggen pernah menyatakan bahawa: "Pertandingan ujian diadakan bertujuan untuk menimba pengalaman. Sekiranya kita mendapati apa yang harus disempurnakan, barulah kita mencapai tujuan itu."

Encik Yang Shu'an turut menyatakan bahawa: "Masalah yang kita dapati melalui penganjuran siri pertandingan ujian merupakan pengalaman yang berharga bagi kita. Sebab kami dapat menyimpul pengalaman, mengubahsuasikan, menyempurnakan dan meningkatkan persiapan bagi mejayakan Sukan Olimpik Beijing."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |