v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Stadium Nasional Tertutup Mula Beroperasi
2007-11-29 16:19:38 Agensi Berita Xinhua China

Menurut berita Agensi Berita Xinhua China, Pertandingan Gimnastik Antarabangsa 2007 "Beijing Bertuah" telah diadakan di Stadium Nasional Tertutup semalam. Ini merupakan penggunaan kali pertama stadium Sukan Olimpik Beijing yang dinamakan dengan "nasional". Reka bentuknya yang bercirikan China telah menerima pujian menyeluruh dari pelbagai pihak.

Sebagai salah satu bangunan yang terletak di kawasan pusat Taman Olimpik Beijing, Stadium Nasional Tertutup tidak begitu terkenal seperti "Sarang Burung" dan "Kiub Air". Akan tetapi Stadium Nasional Tertutup juga mempunyai ciri-ciri tersendiri. Ketua arkitek stadium tersebut, Encik Kang Xiaoli memberitahu wartawan bahawa semasa direka bentuk, Stadium Nasional Tertutup, Gedung Digital dan pelbagai bangunan yang lain ditetapkan sebagai latar belakang "Sarang Burung" dan "Kiub Air". Oleh sebab itu, reka bentuknya tidak untuk menonjolkan diri. Stadium Nasional Tertutup terletak di antara "Kiub Air" dan Gedung Digital. Kedua-dua bangunan tersebut nampaknya agak bersegi. Reka bentuk Stadium itu yang berupa ombak telah menjadi peralihan penglihatan. Jika melihat dari rusuk, Stadium Nasional Tertutup seperti kipas lipat tradisional China. Jika melihat dari atap, rupanya seperti ombak yang bahagian selatannya agak tinggi dan bahagian utaranya agak rendah. Inspirasinya dari persembahan riben gimnastik.

Reka bentuk yang unik itu telah menarik perhatian media bahkan para penonton. Sebelum memasuki stadium, mereka masing-masing mengambil foto dengan pelbagai bangunan klasik dalam kawasan pusat Taman Olimpik.

Stadium Nasional Tertutup mula dibinakan pada 28 Mei 2005 dan merupakan stadium yang keluasannya paling besar dan fungsinya paling lengkap di China. Pertandingan gimnastik, trampolin dan bola baling Sukan Olimpik Beijing 2008 serta pertandingan bola keranjang Sukan Paralimpik Beijing 2008 akan diadakan di sini.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |