v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pentas Tinjau Pemandangan Taman Hutan Olimpik Menjadi Mercu Tanda Baru Bandar Beijing Pada Waktu Malam
2007-12-04 14:45:43 CRI

Menurut Agensi Berita Xinhua China, model kawasan Pusat Taman Hutan Olimpik pertama kali dipamerkan di Dewan Pameran Perancangan Bandar Beijing semalam. Terdapat sebuah pentas tinjau pemandangan terletak di salah sebuah sudut di pulau pusat tasik utama dalam Taman Hutan Olimpik itu. Teknologi LED pertama kali digunakan dalam pentas tinjau pemandangan tersebut.

Melalui tenologi kawalan cahaya lampu pentas tinjau pemandangan pulau itu, pentas tersebut akan menjadi mercu tanda baru bandar Beijing pada waktu malam.

Dimaklumkan bahawa keluasan pembinaan Kampung Sukan Olimpik mencatat 520 ribu meter persegi dan terdiri daripada 42 buah bangunan kediaman dan lima bangunan perkhidmatan. Seramai 16 ribu orang atlet akan tinggal di Kampung Sukan Olimpik semasa Sukan Olimpik dianjurkan. Selepas Sukan Olimpik, Kampung Sukan Olimpik itu akan dijadikan sebagai kawasan kediaman penduduk yang menggunakan teknologi sumber tenaga dikitar semula, pembersihan udara dan lain-lain teknologi maju.

Selain itu, terdapat 15 buah projek antara stadium-stadium Sukan Olimpik menggunakan sistem pengumpulan air hujan dengan pelbagai cara. Jumlah penggunaan air hujan telah mencapai lebih sejuta tan setahun. Kadar pelupusan air kumbahan dan penggunaan air kumbahan yang dirawat sudah mencatat 100%. Selain itu sebanyak 9 buah projek stadium Sukan Olimpik Beijing dilengkapi sistem air panas tenaga suria. Bekalan air panas harian mencapai 600 meter kubus.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |