v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Stephen Newenhisen dan Kedai Pizanya di Yinchuan, China
2007-12-05 10:06:26 CRI

Stephen Newenhisen yang berumur lebih 30 tahun dari Ohio, A.S. telah membuka sebuah kedai piza di bandar Yinchuan, ibu kota Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia, barat laut China. Walaupun kedainya tidak besar, tetapi kedai yang gaya perhiasannya bercirikan A.S. telah disukai ramai.

Pada tahun 2006, Stephen telah membawa isteri dan dua orang anaknya datang ke bandar Yinchuan. Beliau memberitahu pemberita kami bahawa Shanghai, Tianjin dan bandar-bandar yang lain di China sudah berkembang dengan amat baik, manakala bandar Yinchuan baru dibangunkan. Itu merupakan satu peluang baginya. Beliau berkata:"Penanaman modal di Yinchuan amat berfaedah. Bandar itu bukan sebuah metropolitan, kami boleh membentuk dan membangunkan jenama sendiri di sini. Setelah menetap di sini, saya telah diberitahu bahawa kerajaan tempatan sedang merancang untuk membangunkan bahagian barat China. Ini ialah satu rancangan pembangunan yang unggul. Maka, saya berharap agar dapat terlibat dalam rancangan tersebut. Bahagian barat China bukan kawasan kurang maju, sebaliknya menyediakan peluang perniagaan yang meluas kepada pedagang. Saya boleh merealisasikan impian saya di sini."

Selepas mengadakan tinjauan terhadap pasaran, Stephen telah mendapati bahawa penduduk Yinchuan bersikap terbuka terhadap segala-galanya yang baru, termasuklah makanan Barat. Jadi, beliau telah memutuskan untuk membuka sebuah restoran di Yinchuan bagi memperkenalkan makanan-makanan A.S. yang asli kepada penduduk bandar tersebut. Pada bulan Julai tahun ini, Stephen dan sahabatnya telah berjaya membuka sebuah kedai piza A.S. yang pertama di bandar itu. Beliau berkata, piza ialah makanan biasa di A.S., tetapi bagi orang China, itu kurang dikenali. Sahabat Stephen, Encik Li Chengnan menyatakan :"Sesetengah pelanggan China tidak tahu bagaimana memilih piza. Mereka selalu meminta kami merekemenkan piza kepada mereka. Kini, pelanggan selalu meminta kami membuat piza menyesuaikan selera mereka. Jadi, kami pasti memenuhi permintaan mereka."

Untuk menjamin keaslian rasa piza, Stephen selalu pergi ke pasar raya untuk memilih bahan-bahan yang amat sesuai. Katanya, dia juga mempunyai resipi pembuatan piza."Sos tomato merupakan bahan yang paling penting dalam membuat piza. Setiap kedai piza memiliki sos tomato yang tersendiri. Untuk mengekalkan rasa piza yang asli, kedai saya menggunakan sos tomato buatan A.S.. Selain itu, roti kedai kami juga berlainan daripada kedai-kedai piza yang lain."

Stephen berpendapat bahawa rasa asli bukan satu-satunya piawaian untuk mengendalikan sebuah kedai dengan baik, namun kualiti yang tertinggi, perkhidmatan yang terbaik dan persekitaran yang paling sempurna adalah paling mustahak. Beliau berkata:"Kualiti adalah paling penting. Kalau piza kedai kami kurang sedap, pelanggan China akan mengurangkan minat terhadap kebudayaan A.S.. Sekiranya kami tidak mementingkan perkhidmatan, kedai kami pun tidak boleh mendapat sambutan baik. Saya selalu memberitahu staf saya bahawa ini adalah sangat penting untuk menghormati pelanggan dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya. Walaupun kedai kami agak kecil, tetapi di mana-mana tempat di kedai ini telah diperlihatkan kebudayaan A.S., seperti warna, gaya perhiasan, meja, kursi, makanan, kopi dan sebagainya."

Dalam tempoh pembukaan selama lebih 4 bulan, kedai piza tersebut telah menarik kedatangan ramai orang luar negara yang menetap di bandar Yinchuan, termasuk Republik Korea, Jepun, New Zealand, Filipina, A.S., Kanada dan Jerman, malahan ramai penduduk tempatan.

Zhang Chunyou dari Universiri Ningxia kerap kali memakan piza di kedai Stephen tersebut. Beliau berkata:"Saya amat menyukai piza kedai ini, kerana saya boleh memilih bahan-bahan makanan yang sesuai dengan selera saya. Selain itu, rasanya sangat sedap dan harganya berpatutan. Saya akan sering membawa kawan dan pensyarah saya bersama-sama memakan piza di sini. "

John Depp, seorang pedagang dari A.S. memberitahu pemberita kami:"Saya lebih suka akan sandwic di kedai ini. Saya pernah ke Moscow, Hong Kong, Kunming, Shanghai, Kunming dan Beijing, tetapi saya telah mendapati sandwic yang paling sedap di Yinchuan. Maka, saya sentiasa makan di sini."

Dalam tempoh kurang 2 tahun di China, Stephen mengalami banyak perubahan dalam kehidupannya. Katanya, beliau boleh menyesuaikan diri dengan cara hidup di Yinchuan. "Orang A.S. bersifat berdikari. Namun, 'pengenalan sahabat' merupakan sejenis cara hidup dalam kebudayaan China. Maka, saya sudah mengenali lebih banyak sahabat di Yinchuan daripada A.S.. Tahap kehidupan saya di sini telah dibaiki. Dulu saya beranggapan bahawa China masih terkebelakang, tanpa perkhidmatan dan pemilihan, tetapi sekarang pandangan saya itu adalah tidak betul. Hidup di China adalah berbeza daripada A.S.. Setelah saya balik ke tanah air, kawan-kawan saya mendapati saya telah banyak berubah dan menjadi lebih positif."

Walaupun kedai tersebut agak kecil, tetapi Stephen sentiasa memandang ke depan. Katanya:"Pada awalnya, saya bertanya kepada sahabat saya Li Chengnan 'mengapa membuka kedai ini'. Katanya, untuk memperoleh lebih banyak wang. Tetapi, saya rasa, kalau hanya untuk wang, anda tidak akan menuju ke depan. Jadi, kami telah memutuskan untuk menjadikan kedai ini sebagai kedai piza yang paling baik di Yinchuan. Di Yinchuan terdapat banyak peluang perniagaan, kami boleh membentuk kerjaya di sini lalu membuka kedai ke tempat lain di China. Saya ingin memperkenalkan piza A.S., kebudayaan A.S. dan konsep nilai A.S. kepada rakyat China."----Selina

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |