v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pemain China Aktif Buat Persiapan bagi Capai Kejayaan dalam Sukan Olimpik Beijing
2007-12-06 12:28:23 CRI

(Naib Menteri Pentadbiran Am Kesukanan Negara China Encik Cui Dalin )

Kiraan detik sembilan bulan penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008, pemain China sedang aktif menjalani latihan untuk mencapai kecemerlangan dalam Sukan Olimpik Beijing 2008 kelak. 

Baru-baru ini, pegawai Jabatan Pentadbiran Am Kesukanan Negara China telah memaklumkan keadaan persiapan pemain China untuk Sukan Olimpik Beijing. Naib Menteri Pentadbiran Am Kesukanan Negara China Encik Cui Dalin memaklumkan bahawa persiapan pemain China untuk Sukan Olimpik telah memasuki fasa yang penting. Pertandingan penting pelbagai acara pada tahun ini telah diselesaikan. Para pemainsedang menjalani latihan pada musim sejuk sebelum Sukan Olimpik Beijing. Seramai lebih kurang 1300 orang atlet dari 55 pasukan sukan sedang menjalani latihan di seluruh negara China. Setakat ini, seramai 514 orang pemain China dalam 26 acara telah melayakkan diri untuk menyertai Sukan Olimpik Beijing 2008. Encik Cui Dalin menyatakan bahawa: "Dijangka seramai 550 hingga 570 orang pemain China akan mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Beijing 2008. Ini merupakan Sukan Olimpik yang melibatkan jumlah acara sukan dan jumlah pemain China yang paling banyak China."

Sehubungan dengan persembahan pemain China dalam Sukan Olimpik Beijing 2008, Encik Cui Dalin berpendapat bahawa dalam temasya sukan itu, walaupun kontinjen China mempunyai kelebihan sebagai tuan rumah, akan tetapi sekiranya ingin mencapai kecemerlangan, pemain China masih menghadapi cabaran yang serius. Beliau berpendapat bahawa kelebihan pemain China dalam acara yang mempunyai kelebihan tidak besar dan turut menghadapi cabaran pemain asing. Selain itu, pemain China menyertai pertandingan di China, tekanan psikologi mereka tentu agak besar. Ini juga menambah kesukaran bagi pemain China untuk merebut pingat emas dalam Sukan Olimpik.

Selepas kontinjen China meraih jumlah pingat yang melebihi kontinjen Rusia dan menduduki tangga kedua dalam Sukan Olimpik Athens 2004, ada pihak media menjangka bahawa kontinjen China sebagai tuan rumah akan mengganti kontinjen A.S. dan menduduki tangga teratas dalam jumlah pingat yang diraih dalam Sukan Olimpik Beijing 2008 kelak. Sehubungan dengan itu, Encik Cui Dalin menyatakan bahawa dalam pelbagai pertandingan sedunia pada tiga tahun kebelakangan ini, A.S. dan Rusia mempunyai kehebatan yang kuat dalam beberapa acara sukan. Bukanlah mudah bagi sekiranya kontinjen China untuk mengalahkan kedua-dua negara tersebut. Beliau berkata: "Boleh dikatakan bahawa kehebatan kontinjen A.S. adalah paling kuat. Dalam beberapa Sukan Olimpik yang lalu, kontinjen A.S. telah menduduki tangga teratas dalam jumlah pingat. Selain itu, berdasarkan hasil yang dicapai dalam pertandingan dunia pada tiga tahun kebelakangan ini, jurang perbezaan antara A.S. dengan China semain besar. Pemain A.S. telah merebut 31 pingat emas dunia dalam acara olahraga dan renang pada tahun ini. Oleh itu, saya berpendapat bahawa kontinjen A.S. berkemungkinan besar akan menduduki tangga teratas dalam jumlah pingat Sukan Olimpik Beijing 2008."

(pemain pasukan gimnastik negara China yang juga juara dunia Yang Wei )

Kini, pemain China sedang aktif menjalani latihan untuk menghadapi pelbagai cabaran. Pemain pasukan gimnastik negara China yang juga juara dunia Yang Wei semasa diwawancara oleh wartawan menyatakan bahawa matlamat pasukan gimnastik lelaki negara China pada tahun depan ialah meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik. Sehubungan dengan itu, pasukan gimnastik negara China sedang aktif menjalankan latihan. Beliau berkata: "Perkara yang penting ialah meningkatkan kehebatan kami sendiri kepada tahap yang paling tinggi dan memberi persembahan yang paling baik dalam pertandingan tahun depan."

(Ketua Pusat Kawalan Olahraga Encik Luo Chaoyi )

Ketua Pusat Kawalan Olahraga Encik Luo Chaoyi menyatakan bahawa matlamat pasukan olahraga China dalam Sukan Olimpik Beijing ialah menjadikan lebih ramai pemain China memasuki tangga ke-8 teratas. Beliau berkata: "Kami menumpukan perhatian supaya lebih banyak pemain China dapat memasuki tangga ke-8 teratas. Kini, kami mempunyai kemampuan dalam sekurang-kurangnya belasan acara untuk memasuki tangga ke-8 teratas."

Dalam proses persiapan bagi Sukan Olimpik Beijing, pelbagai pasukan China juga mempelawa jurulatih asing bagi meningkatkan tahap pemain China. Encik Cui Dalin memaklumkan: "Arena sukan China tidak tertutup. Kami salalu berusaha untuk menggabungkan diri dengan arena sukan antarabangsa. Dalam proses persiapan bagi Sukan Olimpik, kami telah mempelawa seramai lebih 50 orang jurulatih asing dalam 21 acara. Setakat ini, ada seramai 30 orang jurulatih asing masih sedang berkhidmat di China. Kedatangan jurulatih asing telah mendatangkan konsep dan cara kawalan dan latihan baru kepada kami. Atas kerjasama dengan jurulatih China, tahap pasukan kami dapat ditingkatkan."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |