v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Cerita Zhou Guoyun, Pelari Obor Sukan Olimpik Beijing 2008
2007-12-20 18:05:46 CRI

Sukan Olimpik Beijing 2008 di pelbagai tempat di China telah diselesaikan baru-baru ini. Usaha pemilihan itu berlangsung selama hampir setengah tahun. Seramai 11543 orang dipilih sebagai calon pelari obor Sukan Olimpik Beijing. Dalam ruangan hari ini, saya akan sampaikan cerita tentang Zhou Guoyun, salah seorang pelari obor Sukan Olimpik Beijing. Beliau merupakan seorang petani yang bekerja di bandar Beijing. Beliau telah menyertai pembinaan gelanggang Sukan Olimpik Beijing. Walaupun Zhou Guoyun merupakan salah seorang calon pelari obor yang biasa, akan tetapi beliau turut mempunyai persefahaman sendiri terhadap semangat Olimpik.

Pada 1 Disember lalu, Zhou Guoyun sebagai teladan pekerja yang menyertai pembinaan stadium "Sarang Burung" iaitu Stadium Negara China telah menerima banyak panggilan telefon daripada kerabat dan sahabat handai untuk menyampaikan tahniah kepada beliau kerana dicalonkan oleh bandar Beijing sebagai pelari obor Sukan Olimpik Beijing 2008.

("Sarang Burung", Stadium Negara China)

Semasa diwawancara oleh wartawan, Zhou Guoyun menyatakan bahawa sebenarnya beliau diketahui maklumat mengenai dicalonkan sebagai pelari obor pada satu hari yang lalu iaitu pada 30 November lalu.

Zhou Guoyun berkata, pada sebulan lalu, beliau diketahui di tapak pembinaan gelanggang Sukan Olimpik Beijing bahawa bandar Beijing akan memilih calon pelari obor dalam kalangan petani yang bekerja di bandar. Tetapi pencalonan beliau adalah di luar dugaannya. Beliau mengagak bahawa pelari obor Sukan Olimpik Beijing tentu adalah juara dunai atau bintang sukan terkenal seperti Yao Ming dan Liu Xiang. Tidak tersangka oleh beliau bahawa seorang pekerja biasa dari ratusan ribu orang yang menyertai pembinaan gelanggang Sukan Olimpik turut dapat dicalonkan sebagai pelari Sukan Olimpik.

(Tapak Pembinaan "Sarang Burung")

Zhou Guoyun berasal dari kampung Zhoutan, pekan Gaoping, kaunti Hua, provinsi Henan, tengah China. Beliau telah bekerja di Beijing selama lebih 20 tahun dan telah menyertai beberapa pembinaan projek utama. Beliau mulai menyertai pembinaan gelanggang Sukan Olimpik pada tahun 2003 dan telah menyertai pembinaan "Sarang Burung" iaitu Stadium Negara China, Stadium Tertutup Negara China dan Kampung Sukan Olimpik. Kini, Stadium Tertutup Negara China telah selesai dibina, pertandingan "bertuah Beijing" sedang diadakan di sana dan projek pembinaan Kampung Sukan Olimpik sedang dilaksanakan.

Zhou Guoyun berkata, beliau amat berpuas hati kerana dapat menjadi seorang pelari obor Sukan Olimpik dan lebih membanggakan untuk menyertai pembinaan gelanggang Sukan Olimpik Beijing. Beliau berkata: "Sebagai pembina gelanggang sukan itu, khususnya generasi kami, berpeluang untuk berkhidmat kepada Sukan Olimpik Beijing, ini sungguh adalah penghormatan bagi kami."

(Satadium Tertutup Negara China)

Berdasarkan maklumat Pusat Larian Obor Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Zhou Guoyun yang berumur 43 tahun tidak lulus dalam peperiksaan untuk memasuki universiti pada tahun 1984, beliau datang ke Beijing untuk mengambil pekerjaan. Sebagai seorang pekerja biasa, beliau bekerja dengan rajin dan bersungguh-sungguh. Di samping itu, beliau dengan tekun mempelajari teknik pembinaan. Beliau beransur-asnur telah menjadi pekerja yang pandai dan telandan pekerja. Beliua telah menyertai lebih 160 projek pembinaan termasuklah Altar Abad Zhonghua, Teater Kebangsaan China, Stadium Negara iaitu "Sarang Burung" untuk Sukan Olimpik Beijing.

(Altar Abad Zhonghua)

Sejak tahun 2003, Zhou Guoyun mengetahui Barisan Pembinaan Zhou Guoyun telah menyertai beberapa projek pembinaan Sukan Olimpik Beijing, antaranya termasuklah "Sarang Burung", Stadium Tertutup Negara, Kampung Sukan Olimpik dan lain-lain. Dalam setipa kali pertandingan pekerjaan yang diadakan dalam projek-projek pembinaan tersebut, Barisan Pembinaan Zhou Guoyun telah menduduki tangga teratas. Khususnya dalam pembinaan "Sarung Burung", Zhou Guoyun makan dan tinggal di tapak pembinaan. Tindakan beliau telah menggalakkan para pekerja. Pekerjaan yang dijalankan oleh Barisan Pembinaan Zhou Guoyun telah mendapat sanjungan tinggi dari kumpulan pakar Kementerian Pembinaan China dan pakar asing. Zhou Guoyun menunjukkan ijazah anugerahnya kepada wartawan. Beliau berkata: "Inilah anugera pertama yang saya dapati dalam projek pembinaan Sukan Olimpik iaitu "Pembina unggul projek Sukan Olimpik'. Saya amat menghargai penghormatan itu."

(Teater Kebangsaan China)

Zhou Guoyun berturut-turut memperoleh anugerah Sepuluh Orang Pekerja Muda Terbaik di China, Teladan Pekerja China, Pembina Projek Sukan Olimpik yang Unggul dan lain-lain.

Selepas mencapai kejayaan dalam pekerjaan tersebut, Zhou Guoyun menderma wang kepada kampungnya untuk membina jalan, menggali perigi dan menubuhkan sebuah sekolah rendah bagi menyelesaikan masalah bersekolah bagi kepada lebih 700 orang kanak-kanak di kampung sekitarnya. Beliau turut telah menderma wang untuk membantu pelajar miskin di kawasan Barat China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |