v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

"Rumah Jinyan", Rumah Pekerja Migran di Guangzhou China
2007-12-19 16:42:01 CRI

Bandar Guangzhou yang terletak di bahagian selatan China merupakan salah sebuah bandar yang ekonominya berkembang paling pesat di China, sementara itu peluang pekerjaan yang banyak di bandar itu telah menarik ramai orang dari pelbagai tempat di seluruh China untuk bekerja atau tinggal menetap di sana. Untuk memudahkan mereka yang datang dari luar Guangzhou menyesuaikan diri dengan masyarakat tempatan dengan secepat mungkin, bandar Guangzhou telah menubuhkan pusat kebudayaan komuniti khas untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan dan latihan kepada mereka. Rumah Jinyan merupakan salah sebuah pusat perkhidmatan komuniti yang serupa.

Pada waktu malam setiap hari, terdapat ramai kanak-kanak bermain-main di "Rumah Jinyan". Ibu bapa meraka datang dari luar Guangzhou dan menyewa rumah di Jalan Dadong bandar Guangzhou. Zheng Xiang yang berasal dari Provinsi Zhejiang, bahagian timur China merupakan salah seorang ibu yang bekerja di Guangzhou. Pada beberapa tahun yang lalu, disebabkan suaminya memutuskan untuk mencari rezeki di Guangzhou, maka Zheng Xiang dengan membawa anaknya turut datang ke bandar tersebut. Beliau berkata, "Rumah Jinyan" merupakan sebuah pusat perkhidmatan komuniti yang disukai olehnya dan anaknya.

"Pada waktu malam, ramai pekerja migran membawa anak mereka datang ke sini. Perkhidmatan yang disediakan oleh 'Rumah Jinyan' amat baik. Ada kalanya, kami juga mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti anjuran pusat ini. Para staf di pusat perkhidmatan tersebut selalu memperlakukan kami seolah-olah saudara mereka. Saya berasa senang tinggal di sini semacam hidup di kampung saya."

Zheng Xiang memaklumkan bahawa kemudahan perkhidmatan di "Rumah Jinyan" sangat lengkap, iaitu anak-anak pekerja migran boleh bermain-main dan membaca buku serta ibu bapa mereka juga boleh melayari internet di sana.

Pemberita kami telah mengunjungi "Rumah Jinyan". Pusat perkhidmatan komuniti tersebut terdiri dari dua tingkat. Tingkat bawah ialah ruang pelajaran yang mempunyai sebuah bilik serba guna yang seluas lebih 100 meter persegi dan sebuah bilik darjah yang menawarkan pelbagai latihan vokasional secara percuma kepada para pekerja migran. Tingkat kedua ialah kawasan hiburan. Selain disediakan pelbagai mainan untuk kanak-kanak, kawasan tersebut juga telah dilengkapi dengan pelbagai alat-alat senam.

Ketika pemberita kami bertanya mengapa pusat perkhidmatan komuniti tersebut dipanggil 'Rumah Jinyan', pegawai dari Kawasan Perumahan Jalan Dadong, Li Suiming menjelaskan bahawa "Jinyan" merujuk kepada mereka yang berpindah ke sini, "Rumah Jinyan" ialah rumah mereka di bandar Guangzhou. Beliau memberitahu pemberita kami: "Terdapat ramai pekerja migran tinggal menetap di Jalan Dadong. Pada tahun lalu, kami telah menubuhkan sebuah pusat perkhidmatan komuniti untuk menawarkan latihan vokasional kepada mereka. Selain itu, kami juga telah menjayakan sebuah projek, iaitu 'Projek Jinyan' yang bertujuan untuk memberitahu mereka yang datang dari tempat-tempat yang lain bagaimana menyesuaikan diri dengan cara hidup dan kerja di Guangzhou."

Li Suiming juga telah meluahkan harapannya agar pengurusan terhadap pekerja migran di kawasan perumahan Dadong dapat ditingkatkan melalui pelbagai perkhidmatan yang sempurna. Selain "Rumah Jinyan", di Jalan Dadong juga telah ditubuhkan Sekolah Jinyan yang menawarkan pelbagai latihan secara percuma kepada para pekerja migran.

Difahamkan bahawa sejak Projek Jinyan dilaksanakan, Jalan Dadong telah mengadakan lebih 30 kali aktiviti kebudayaan dan latihan pendidikan yang melibatkan lebih 5,000 orang pekerja migran. Dalam aktiviti tersebut, mereka boleh menikmati pelbagai perkhidmatan termasuk kaunseling undang-undang dan maklumat pekerjaan, malahan membaca buku serta menyertai latihan vokasional dan riadah secara percuma. Li Suiming berkata: "Projek Jinyan itu melibatkan pelbagai aspek, seperti Perancangan Keluarga, pekerjaan, pengurusan rumah sewaan dan sebagainya. Kami juga mempunyai sebuah sekolah dan sebuah persatuan. Maka, kami boleh menganjurkan pelbagai aktiviti pada waktu tetap menerusi pertubuhan tersebut kepada para pekerja migran."

Zheng Xiang yang saya sebut tadi merupakan salah seorang daripada pekerja migran yang menyewa rumah di bandar Guangzhou. Disebabkan kebanyakan mereka memerlukan rumah sewaan, maka harganya semakin meningkat dan mereka terpaksa selalu berpindah. Namun, di mana sahaja mereka tinggal menetap, mereka pasti dapat mencari sebuah pusat kebudayaan di kawasan kediaman mereka yang menyediakan pelbagai perkhidmatan.

Jalan Dadong merupakan salah sebuah kawasan yang dilaksanakan "Projek Jinyan" secara percubaan di bandar Guangzhou. Di tempat-tempat yang lain di Guangzhou, terdapat banyak pertubuhan yang serupa dengan "Rumah Jinyan". Kerja pengurusan terhadap pekerja migran di Guangzhou semakin distandardkan dan mengutamakan kepentingan mereka. Untuk memelihara hak dan kepentingan pekerja migran serta mengubah sikap orang tempatan Guangzhou terhadap mereka, kerajaan Guangzhou telah menubuhkan mekanisme pemeliharaan hak pekerja migran yang berkesan dan merayu kepada seluruh masyarakat supaya menghormati pekerja migran.

Puan Zhou Xia, seorang pekerja migran yang bekerja di bandar Guangzhou memberitahu pemberita kami bahawa pada masa dahulu, apabila merayakan Tahun Baru China atau perayaan tradisional China yang lain, dia berkeinginan balik ke kampung sendiri. Tetapi, sejak penubuhan pusat perkhidmatan komuniti, dia selalu dipelawa untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti di kawasan kediamannya bersama-sama dengan pekerja migran yang lain. Zhou Xia berkata, beliau amat berterima kasih kepada pusat kebudayaan di kawasan kediamannya.

"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bekerja di pusat kebudayaan. Mereka selalu menjaga saya dan pekerja migran yang lain dengan baik."

Dimaklumkan bahawa selain menubuhkan pusat kebudayaan di kawasan kediaman, kerajaan Guangzhou juga telah memperuntukkan dana untuk membina pangsapuri sewaan kepada para pekerja migran bagi membaiki taraf penginapan mereka. Diyakinkan bahawa dengan usaha kerajaan bandar Guangzhou, persekitaran kediaman pekerja migran di bandar itu pasti akan disempurnakan.----Selina

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |