v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pemilihan Sukarelawan Sukan Olimpik dari Luar Beijing Lebih Pentingkan Kebolehan Bahasa
2007-12-20 13:32:48 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, pemilihan sukarelawan Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Beijing dari luar Beijing kini sedang diadakan. Antara para sukarelawan dari pelbagai Provinsi, 50% dikehendaki mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan bahasa asing. Sukarelawa penutur bahasa Perancis, Jerman serta bahasa-bahasa yang bukan bahasa sejagat akan diberi keutamaan dalam pemilihan itu.

Naib Presiden Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Encik Li Binghua berkata pada 18 Disember lalu bahawa kerja merekrut sukarelawan dari luar Beijing telah dimulakan pada bulan November lalu. Setakat ini, terdapat hampir 240 ribu orang telah berdaftar, akan tetapi, jumlah sukarelawan dari setiap provinsi yang akan berkhidmat untuk Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik diberi kuota hanya 80 orangdan 20 orang. Para pemohon yang telah berdaftar untuk menjadi sukarelawan temasya sukan tersebut daripada pelbagai kalangan masyarakat dan umur mereka antara 18 tahun hingga lebih 70 tahun.

China merancang menyediakan perkhdmatan sukarelawan dalam 55 jenis bahasa dalam tempoh Sukan Olimpik 2008 diadakan. Menurut rancangan, ujian dan temu duga terhadap 80% pemohon yang berdaftar untuk menjadi sukarelawan ddari luar Beijing akan diselesaikan menjelang penghujung tahun ini. Manakala, ujian dan temu duga terhadap semua pemohon itu akan diselesaikan sebelum Tahun Baru China akan datang. Pengumpulan maklumat peribadi calon sukarelawan itu akan diselesaikan sebelum penghujung bulan March tahun depan dan pemeriksaan latar belakang dan pemilihan terakhir juga akan dimulakan.

Dimaklumkan, kumpulan sukarelawan dari pelbagai provinsi akan ditempatkan di universiti-universiti di Beijing. Pihak universiti akan menyediakan kemudahan penginapan, makanan dan lain-lain kepada para sukarelawan. Para sukarelawan dari setiap provinsi akan berkhidmat di satu stadium Sukan Olimpik sahaja.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |