Seorang Australia yang bernama Jeff Byrne yang tabah dalam percintaan dan bersikap serius terhadap kerja. Beliau telah hidup di bandar Shenzhen, selatan China selama tujuh tahun. Di sana, Jeff pernah menjadi guru bahasa Inggeris di sekolah rendah. Sekarang, beliau ialah seorang editor kanan surat khabar.
Jeff yang berumur 60 tahun berasal dari Australia. Pada tujuh tahun yang lalu, beliau telah mengenali China melalui sahabatnya dari China yang bermastautin di Australia. Dengan cadangan dan galakan sahabat tersebut, Jeff telah memutuskan untuk mencari kerja di China.
Jeff yang baru tiba di Shenzhen tidak tahu apa kerja yang sesuai untuknya. Semasa mendapati penduduk Shenzhen amat suka mempelajari bahasa Inggeris, maka Jeff telah menjadi seorang guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah. Beliau telah menjadikan pengalaman tersebut sebagai kenangan manis.
"Saya amat menyukai kanak-kanak. Melalui komunikasi dengan mereka, saya telah memahami akan keadaan China termasuk kebudayaan China. Sebahagian kanak-kanak tersebut fasih berbahasa Inggeris. Kami selalu bersama-sama makan malam dan minum teh."
Menurut Jeff, beliau telah mempunyai tanggapan pertama terhadap China melalui kanak-kanak tersebut. Dalam tempoh selama dua tahun, Jeff telah mengajar sebanyak 100 orang kanak-kanak dan telah mengalami masa gembira di sekolah rendah tersebut.
"Saya berasa amat sedih ketika meninggalkan sekolah rendah itu. Saya telah menjalinkan persahabatan yang erat dengan kanak-kanak tersebut dalam tempoh dua tahun. Pengalaman itu merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi saya. Sehingga kini, saya tetap menghubungi salah seorang daripada kanak-kanak tersebut."
Akibat sebab-sebab tertentu, Jeff telah memutuskan untuk menukar kerjanya. Sudah tentulah, berpisah dengan kanak-kanak tersebut merupakan perkara sedih, namun Jeff telah mendapat lebih banyak masa untuk sendiri. Tidak lama lagi, beliau telah jatuh cinta dengan seorang gadis China di Shenzhen.
Jalan Bar yang mempunyai lebih 40 buah bar dengan keluasan sebanyak lebih 10 ribu meter persegi di bandar Shenzhen merupakan tempat hiburan yang disukai oleh beliau. Di sana, Jeff telah bertemu dengan Lu Xiying, seorang perempuan Etnik Zhuang, barat daya China.
Lu Xiying bekerja di sebuah bar selaku pelayan, di mana Jeff selalu pergi. Dalam tanggapan Jeff, Lu Xiying tidak banyak cakap dan malu dengan orang yang tidak dikenalinya. Sebaliknya kebetulan tabiat tersebut telah menarik perhatian Jeff.
Jeff tidak pandai berbahasa Mandarin, manakala Lu Xiying juga tidak faham akan bahasa Inggeris. Halangan bahasa merupakan kesukaran besar bagi Jeff. Tetapi, beliau telah meminta bantuan daripada seorang penterjemah. Cara itu amat berkesan dan akhirnya mereka telah berkahwin. Sekarang, Jeff telah menguasai bahasa Mandarin dan Xiying juga boleh cakap sikit-sikit bahasa Inggeris. Perbezaan kebudayaan dan tabiat telah mendatangkan kegembiraan bagi perkahwinan mereka.
Setelah berkahwin, Jeff telah membeli seset rumah di Shenzhen. Kebahagiaan dan kestabilan keluarga telah menggalakkan beliau untuk mencurahkan lebih banyak masa dan tenaga dalam kerjayanya.
Jeff pernah menjadi editor di sebuah pihak media di Australia. Setelah tinggal menetap di China, beliau mendapati bahawa semakin ramai orang asing datang ke Shenzhen dan permintaan mereka terhadap pengetahuan China juga kian meningkat. Dengan demikian, Jeff mahu terlibat dalam bidang media. Dengan cadangan sahabatnya, beliau telah berjaya menjadi editor penyemak di Akhbar Harian Shenzhen dengan pengalaman luas selama lebih 20 tahun dalam bidang media di Australia. Akhbar Harian Shenzhen ialah satu-satunya surat khabar edisi Inggeris di bahagian selatan China. Jeff amat berpuas hati dengan kerja itu. Kata beliau: "Terdapat ramai orang asing yang tidak faham akan bahasa Mandarin hanya menghubungi antara satu sama lain. Akhbar kami mempunyai muka khas untuk memperkenalkan restoran dan makanan di Shenzhen, malahan kebudayaan China kepada mereka. Saya fikir, kesemua pengetahuan tersebut amat menarik. Saya bertanggungjawab untuk memperkenalkan kebudayaan China kepada orang asing, sementara itu membantu penduduk tempatan, sama ada kanak-kanak atau pun orang dewasa untuk meningkatkan tahap bahasa Ingggeris."
Ketua Pengarang Akhbar Harian Shenzhen, Encik Gu Xiaojin telah memberi penilaian tinggi terhadap sikap pekerjaan Jeff. Beliau berkata: "Jeff merupakan seorang pakar asing yang amat unggul. Beliau amat menyukai kerjanya dan boleh dipercayai. Selain itu, beliau juga suka akan China."
Jeff telah bekerja di Akhbar Harian Shenzhen selama hampir 4 tahun. Menjadi editor akhbar telah membantu beliau mendapat pelbagai maklumat mengenai China dan Shenzhen. Dalam tempoh selama tujuh tahun di China, Jeff juga telah menyaksikan pembangunan bandar Shenzhen yang pesat.
"Dalam tempoh tujuh tahun yang lalu, perubahan di sini amat mengagumkan. Sebilangan besar bangunan telah dibina. Apabila saya baru tida di Shenzhen, peraturan lalu lintas di sini kurang sempurna. Namun sekarang perkhidmatan pengangkutan amat baik. Selain itu, jumlah kenderaan juga telah bertambah dengan ketara."
Kini, di Shenzhen, terdapat ramai orang asing, seperti Jeff tinggal menetap di sana. Shenzhen yang KDNKnya bertumbuh dengan pesat dan perubahannya besar sedang menarik perhatian antarabangsa.----Selina
|