v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Berusaha Sedaya Upaya untuk Jayakan Menjamin Sukan Olimpik Beijing 2008
2007-12-27 09:38:18 CRI

Sesebuah temasya sukan yang diadakan dengan janyanya tidak dapat dipisahkan dengan usaha kawalan keselamatan. Kini, usaha kawalan keselamatan semasa Sukan Olimpik Beijing 2008 diadakan menjadi perhatian umum. Petugas kumpulan koordinasi usaha kawalan keselamatan Sukan Olimpik Beijing telah memaklumkan keadaan perkembangan usaha kawalan keselamatan Sukan Olimpik Beijing kepada media baru-baru ini.

Semasa diwawancara oleh wartawan, Naib Ketua Pusat Komandor Kawalan Keselamatan Sukan Olimpik Beijing Liu Shaowu memaklumkan bahawa usaha kawalan keselamatan Sukan Olimpik Beijing telah mencapai kejayaan.

Dalam usaha kawalan keselamatan Sukan Olimpik, kawalan keselamatan gelanggang merupakan perkara yang paling penting. Encik Liu Shaowu memberitahu wartawan bahawa dalam usaha kawalan keselamatan di gelanggang Sukan Olimpik Beijing, pemasangan kemudahan teknikal kawalan keselamatan dilaksanakan serentak dengan perekaan dan pembinaan projek gelanggang dan pegawai ditugaskan ke gelanggang pertandingan bagi melaksanakan penyelarasan dengan pelbagai pihak yang lain. Kini, semua gelanggang Sukan Olimpik Beijing 2008 yang selesai dibina telah dipasangkan kemudahan teknikal kawalan keselamatan. Petugas kawalan keselamatan telah mulai bekerja di pelbagai gelanggang tersebut.

Seiring dengan gelanggang selesai dibina dan siri pertandingan "Bertuah Beijing" diadakan, usaha kawalan keselamatan Sukan Olimpik Beijing 2008 juga turut telah memasuki fasa beroperasi.

Encik Liu Shaowu menyatakan bahawa kini Pusat Komandor Kawalan Keselamatan Sukan Olimpik Beijing telah menggubal cadangan untuk memenuhi keperluan siri pertandingan tersebut dan telah berjaya menyelesaikan usaha kawalan keselamatan bagi 20 buah pertandingan ujian Sukan Olimpik Beijing 2008. Beliau berkata: "Berdasarkan keadaan dan keperluan Sukan Olimpik Beijing, kami telah menggubal 52 pasal cadangan usaha kawalan keselamatan yang meliputi kawalan keselamatan, lalu lintas, pemadaman kebakaran, antikeganasan, penempatan pengawal keselamatan dan lain-lain. Selain itu, kami turut telah menggubal lebi 500 pasal cadangan pelaksanaan yang terperinci. Kebanyakan cadangan itu telah dilaksanakan dalam pertandingan ujian 'bertuah Beijing' dan mencapai hasil yang baik. Melalui pelaksanaan tersebut, kami mendapai kekurangan dan menyempurnakan cadangan itu."

Untuk menunjukkan kejayaan yang dicapai oleh China dalam bidang kawalan keselamatan Sukan Olimpik Beijing, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah mempelawa wartawan di dalam dan luar negara melawat Stadium Universiti Sains dan Teknologi Beijing yang baru ditubuhkan. Pertandingan judo dan taekwondo Sukan Olimpik Beijing 2008 akan diadakan di stadium itu. Selain itu, pertandingan bola ragbi kerusi roda dan bola keranjang kerusi roda Paralimpik Beijing 2008 juga turut akan diadakan di stadium itu. Dalam lawatan itu, Ketua Pusat Kawalan Keselamatan stadium itu Encik Yang Bowen memberitahu wartawan bahawa: "Sebelum Sukan Olimpik Beijing diadakan, kesemua pengawal keselamatan harus mengikuti latihan dan lulus dalam peperiksaan untuk melayakkan diri dalam pasukan pengawal keselamatan."

Semasa temasya sukan diadakan menyelesaikan masalah keselamatan dan meniadakan bahanya dengan lebih awal merupakan perkara yang amat penting bagi pihak kawalan keselamatan. Sehubungan dengan itu, pegawai Pusat Komandor Kawalan Keselamatan Sukan Olimpik Beijing Encik Cao Dongxiang menyatakan bahawa pusat itu akan melaksanakan pengawalan keselamatan di luar gelanggang Sukan Olimpik Beijing semasa pelbagai pertandingan diadakan. Beliau menyebut tindakan itu sebagai "pemeriksaan keselamatan lingkaran luar". Beliau berkata: "Melalui 'pemeriksaan keselamatan lingkaran luar', kami dapat meniadakan bahaya di luar gelanggang pertandingan. Tindakan itu dapat menjamin keselamatan gelanggang sebab kesemua orang yang memasuki gelanggang telah menerima pemeriksaan keselamatan dan kesemua barang-barang yang dibawa ke dalam gelanggang turut telah diperiksa."

Encik Cao Dongxiang turut menjelaskan bahawa kesemua pemeriksaan keselamatan tersebut akan dilakukan dalam masa yang singkat dan para penonton tidak payah menunggu dengan lama.

Kerajaan China amat mengutamakan usaha kawalan keselamatan Sukan Olimpik Beijing 2008, Naib Ketua Pusat Komandor Kawalan Keselamatan Sukan Olimpik Beijing Encik Liu Shaowu menyatakan bahawa beliau penuh keyakinan tentang usaha kawalan keselamatan Sukan Olimpik Beijing. Beliau berkata: "Atas panduan kerajaan China, pebagai tempat di China telah berusaha bersama untuk menjamin keselamatan Sukan Olimpik Beijing. Selain itu, kerajaan bandar kerjasama Sukan Olimpik Beijing dan pihak penganjur amat mengutamakan usaha kawalan keselamatan dan kerajaan China menyediakan sokongan dalam pelbagai bidang kepada usaha kawalan keselamatan Sukan Olimpik Beijing. Sehubungan dengan itu, kami penuh keyakinan."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |