v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Forum Peringkat Tinggi Industri Kesukanan China Pertama Diadakan
2007-12-28 17:19:46 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Seminar Strategi Pembangunan Sukan Kebangsaan 2007 dan Forum Peringkat Tinggi Industri Kesukanan China Pertama telah dirasmikan di Universiti Peking China pada 26 Disember lalu. Tokoh-tokoh terkenal dari bidang ekonomi, perundangan, sukan dan lain-lain telah mengadakan rundingan secara mendalam tentang pembangunan dan arah aliran industri kesukanan China.

Presiden Institut Ekonomi Universiti Peking China, Liu Wei telah memberi analisis tentang syarat-syarat asas bagi pembangunan industri kesukanan dalam pembangunan, sosioekonomi dan pembinaan mekanisme ekonomi China. Beliau berpendapat bahawa pelaburan dalam industri sukan China selalunya mendapat faedah yang agak tinggi. Namun, skop pelaburan dalam industri tersebut adalah kecil dan peratusan industri itu dalam sosioekonomi China adalah tidak cukup pada masa ini. Beliau berpendapat bahawa pembangunan industri kesukanan harus selaras dengan proses industrialisasi dan urbanisasi sesebuah negara. Oleh sebab itu, prospek pembangunan industri kesukanan China dalam Pakar-pakar dari bidang perundangan, sukan, kebudayaan dan lain-lain termasuk Presiden Institut Undang-undang Universiti Peking, Zhu Suli dan Ketua Pengarah Jawatankuasa Penerokaan Pasaran Jawatankuasa Olimpik China Ma Jilong juga telah memberi analisis terhadap pembangunan industri kesukaan China.

Para peserta forum tersebut memberitahu wartawan bahawa walaupun forum industri kesukanan China pernah diadakan pada masa dahulu, namun kebanyakan peserta adalah dari bidang kesukanan sahaja. Forum kali ini telah mengundang dan mendapat perhatian dan sokongan daripada pakar-pakar ekonomi dan perundangan. Pakar berkenaan telah mengeluarkan pandangan dan cadangan yang membina bagi pembangunan industri kesukanan China.

                                      

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |