v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kehidupan Keith F. Gallinelli di Nanjing, Timur China
2008-01-09 17:15:00 CRI

Keith F. Gallinelli, seorang warga A.S. yang bekerja di Stesen TV Pendidikan Jiangsu, timur China selaku pengacara.

"Helo, saya Keith, pengacara di Stesen TV Pendidikan Jiangsu dan juga guru kimia dan pengurus projek di Akademi Grand Kanada Sekolah Bahasa Asing Nanjing."

Pada tahun 2001, Keith telah datang ke Nanjing, sebuah bandar yang bersejarah agak lama lagi penuh berdinamik. Menurut rancangan Keith, beliau akan terus balik ke A.S. setelah tugasnya di Nanjing berakhir. Namun, dalam kehidupan selalu terjadi sesuatu di luar jangkaan sehingga nasib seseorang pun berubah. Kata Keith, beliau bernasib baik kerana menjadi pengacara program TV.

"Itu benar-benar nasib baik. Saya telah pergi ke sebuah bar, kemudiannya telah berkenalan dengan seorang gadis China yang bekerja di Stesen TV Jiangsu. Kami telah berbual-bual mengenai penerbitan program TV. Keesokan harinya, gadis itu telah menelefon saya dan mengundang saya untuk menyertai rancangan 'Small Talk' sebagai tamu. Saya telah menerima undangannya."

"Small Talk" ialah satu-satunya rancangan temu bual dalam bahasa Inggeris di Provinsi Jiangsu. Keith dan rakan sekerjanya telah mempelawa ramai orang asing untuk menyertai rancangan tersebut. Topik mereka melibatkan pelbagai bidang, sama ada teori ekonomi yang sukar difahami atau pun kebudayaan makanan China. Menurut kenyataan rakan sekerjanya, Keith ialah seorang peramah dan bersikap serius terhadap kerja.

Keith amat mementingkan kerjanya. Beliau aktif terlibat dalam memilih topik temu bual dan tamu asing dengan rakan sekerjanya dan memikir bagaimana untuk menerbitkan program yang menarik perhatian penonton China. Pendek kata, beliau amat sibuk. Rakan sekerjanya berkata, Keith ialah tokoh kenamaan di bandar Nanjing.

"Keith telah diketahui umum di sini. Program kami disambut baik oleh para peminat bahasa Inggeris, malahan pemandu teksi."

Selain membuat program "Small Talk", Keith juga mengajarkan kimia di Akademi Grand Kanada Sekolah Bahasa Asing Nanjing. Pelajar, Hu Yunxin telah memberi penilaian tinggi terhadap gurunya, Keith.

"Keith menyampaikan pengetahuan kimia dengan bahasa Inggeris. Pada mulanya, ini agak susah untuk kami. Tetapi, cara pengajarannya amat menarik dan membuatkan kami senang faham akan pengetahuan kimia."

Bagi semua pelajar, Keith juga merupakan seorang sahabat karib. Mereka selalu berbual-bual. Melalui komunikasi, pelajar boleh meningkatkan keyakinan dan mendapat galakan daripada Keith. Seorang pelajarnya, Yin Yangyue memaklumkan pemberita kami: "Saya pernah mengalami kesukaran dalam menganjurkan satu aktiviti. Keith telah memberi nasihat kepada saya dan memberitahu saya bagaimana menunjukkan kemampuan dengan sebaik-baiknya."

Penyesuaian diri dengan cara pembelajaran dan hidup Barat merupakan satu tuntutan asas bagi para pelajar di Akademi Grand Kanada Sekolah Bahasa Asing Nanjing. Keith amat prihatin terhadap perbezaan antara pelajar China dengan Barat dan selalu memberi bantuan kepada pelajarnya.

"Pelajar China suka mendengar dan belajar dengan bersungguh-sungguh. Jadi mereka lebih senang diajar. Sebaliknya, pelajar A.S. bersifat aktif dalam kelas, tetapi mereka agak malas dan mencurahkan lebih banyak masa untuk perkara yang lain."

Keith memberitahu pemberita kami bahawa beliau telah menjadikan pelajarnya sebagai anak-anak sendiri.

"Sekarang saya telah menumpukan perhatian kepada pelajar saya, iaitu lebih 400 orang. Mereka seolah-olah anak-anak sendiri."

Bagi Keith, perkara yang paling bahagia dalam kehidupannya ialah beliau mengahwini Li Na, seorang gadis China. Mereka berkenalan secara kebetulan di Shanghai, selepas itu mereka terpisah dalam tempoh yang agak lama. Akhir sekali, Li Na memutuskan untuk berhenti kerjanya dan menemani Keith di Nanjing.

Dalam tempoh percutian, sama seperti orang asing yang tinggal menetap di China, Keith dan isterinya amat suka melancong. Mereka telah berkunjung ke banyak bandar dan destinasi pelancongan yang terkenal di China, seperti Kunming, Chongqing, Beijing dan lain-lain. Keith berkata, ini adalah sangat senang untuk melancong di China.

Keith yang tinggal menetap di Nanjing selama 6 tahun sudah menyesuaikan diri dengan masyarakat tempatan. Beliau tidak memandang sendiri sebagai orang asing yang duduk di bandar itu untuk sementara, sebaliknya hidup di sana seolah-olah penduduk tempatan dan menjadikan Nanjing sebagai kampungnya. Keith telah meluahkan harapannya agar bandar itu dapat diindahkan lagi dan penduduk tempatan aktif melibatkan diri dalam perlindungan alam sekitar.

Menurut Keith, kerajaan Nanjing pernah mempelawa beliau untuk mengemukakan cadangan mengenai pembangunan bandar Nanjing. Dan akhirnya, nasihatnya telah dilaksanakan.

"China amat sesuai untuk hidup dan bekerja. Saya amat suka mengajar di sini, merasa pelbagai makanan China dan sebagainya. China merupakan sebuah tempat yang sangat selamat lagi indah."----Selina

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |