v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pekerja Dari Desa Yang Shenghua yang Suka akan Deng Yaping dan Tian Liang
2008-01-15 16:39:22 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, pekerja dari desa, Yang Shenghua yang berumur 32 tahun mempunyai teknik kimpalan yang baik.Beliau juga merupakan peminat Deng Yaping dan Tian Liang bintang sukan terkenal China. Beliau merupakan "pekerja teladan" di bandar Shenyang di timur laut China. Beliau juga dipilih sebagai calon pembawa dalam larian obor Sukan Olimpik Beijing 2008.

Yang Shenghua berkata bahawa beliau merupakan pekerja dari desa yang biasa. Beliau tidak menjangka akan menjadi calon pembawa obor Sukan Olimpik Beijing 2008. Kawan sekerjanya Jiang Wen berkata bahawa ini merupakan pemastian bagi kerja ramai pekerja dari desa. Yang Shenghua berasal dari sebuah kampung di kawasan pergunungan di Provinsi Sichuan di barat China. Beliau telah bekerja di Syarikat Pembangunan Landasan Kereta Api Zhongtie selama 14 tahun. Beliau pernah bekerja di stesen Tian'anmen Timur projek pembinaan landasan kereta api bawah tanah Beijing. Projek landasan kereta api bawah tanah nombor 13 Beijing dan stesen Yitian projek landasan kereta api bawah tanah Shenzhen.

Yang Shenghua berkata bahawa beliau amat suka akan Deng Yaping bintang sukan Pinpong yang terkenal di dunia. Walaupun kerja Yang Shenghua amat sibuk, beliau sentiasa menonton pertanding Pinpong menerusi TV jika ada pertandingan Pinpong disiarkan. Kalau mempunyai masa luang, beliau bersama-sama dengan kawan sekerjanya bermain Pinpong.

Yang Shenghua juga menumpukan [erhatian terhadap Tian Liang bintang terjun air dunia. Beliau berasa kesal kerana Tian Liang telah mengundurkan diri dari arena terjun air. Akan tetapi, beliau yakin bahawa piala emas Sukan Olimpik akan dimiliki oleh China.

Selepas menjadi calon pembawa obor Sukan Olimpik Beijing 2008, Yang Shenghua berlari setiap pagi. Beliau bersedia akan memperlihatkan kecemerlangan pekerja dari desa dalam proses larian obor Sukan Olimpik 2008.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |