v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Xing Yiqian, Pencinta Alam Sekitar yang Berusaha untuk Lindungi Burung-burung
2008-01-16 16:32:59 CRI

Di bandar Wenchang, Provinsi Hainan, selatan China terdapat sebuah kawasan perlindungan burung yang dibina dengan modal peribadi. Dalam program hari ini, saya akan membawa saudara saudari mengenali pengasas kawasan perlindungan tersebut, Encik Xing Yiqian.

Di Kampung Mingrenshan, bandar Wenchang, Provinsi Hainan terdapat sebuah tasik indah yang terlindung oleh hutan yang bertumbuh subur. Banyak bangau putih berterbangan di atas paras tasik tersebut. Inilah Kawasan Perlindungan Burung Mingrenshan dengan keluasannya sebanyak 2,000 hektor yang dibangunkan oleh Encik Xing Yiqian dengan usaha selama lebih 10 tahun.

Xing Yiqian telah memaklumkan tujuannya mengenai pembentukan kawasan perlindungan burung itu kepada pemberita kami: "Saya pernah berjanji supaya membangunkan kampung halaman saya sekiranya saya hidup dalam kemewahan. Janji tersebut telah mengubah nasib saya dan membuat saya terlibat dalam usaha melindungi alam sekitar."

Xing Yiqian yang berumur 51 tahun berasal dari Kampung Mingrenshan, bandar Wenchang, Provinsi Hainan. Ketika masih muda, beliau telah meninggalkan kampungnya untuk mencari rezeki di luar. Xing Yiqian pernah menjadi porter, menjual barangan keperluan harian dan membuka kilang pakaian. Lama-kelamaan, beliau telah menyimpan sejumlah wang. Pada awal tahun 1990-an, pertumbuhan ekonomi Hainan yang pesat telah memberi satu peluang kepadanya. Jadi, beliau telah melibatkan diri dalam bidang hartanah dan menjadi seorang jutawan.

Ketika kembali ke kampung halaman dengan ghairah, Xing Yiqian telah mendapati bahawa persekitaran kampungnya telah banyak berubah. Pokok-pokok telah ditebang dan tiada lagi burung yang berterbangan di atas paras tasik. Keadaan tersebut telah menyedihkan hatinya. Untuk membaik pulih persekitaran kampungnya, Xing Yiqian telah memohon kepada kerajaan supaya menubuhkan satu kawasan perlindungan burung di tempat tersebut.

Xing Yiqian tidak pernah menjangka bahawa perbuatannya untuk melindungi pokok-pokok telah ditolak keras oleh penduduk tempatan, kerana mereka sering memburu burung, menebang pokok dan menanam pokok yang bernilai demi memperoleh lebih banyak keuntungan. Beliau berkata: "Pada masa itu, para penduduk di kampung saya masih mempunyai pemikiran yang tradisional dan tabiat yang kurang baik, seperti memburu binatang liar dan menebang pokok dalam hutan dengan sesuka hati. Mereka tidak mempunyai kesedaran mengenai perlindungan alam sekitar. Dengan demikian, saya perlu mengubah pemikiran mereka dan memperkenalkan konsep perlindungan alam sekitar kepada mereka."

Untuk membuatkan konsep perlindungan alam sekitar diterima oleh penduduk desa, Xing Yiqian telah melakukan banyak upaya, seperti membina menara air dan memasang paip air di desa agar para penduduk boleh mendapat air minuman yang bersih. Untuk mengelakkan penduduk desa menebang pokok-pokok sebagai bahan bakar, beliau juga telah menyumbang dapur gas dan alat pemanas air kepada penduduk tempatan.

Untuk melindungi ekologi alam sekitar di Kampung Mingrenshan, Xing Yiqian telah membeli sejumlah besar pokok dan menanamnya. Beliau juga membeli banyak anak burung dan melepaskannya ke kawasan perlindungan alam. Selain itu, beliau pula telah mengurus pasukan rondaan untuk bertugas sepanjang hari demi melindungi burung dan hutan. Lama-kelamaan, perbuatannya telah diketahui dan difahami oleh penduduk tempatan.

Melalui usaha selama beberapa tahun, persekitaran di Kampung Mingrenshan telah dipulihkan. Yang paling menggembirakan ialah bangau putih telah terbang kembali. Tasik tersebut telah menjadi syurga bagi pelbagai burung.

Pada tahun 1997, Kawasan Perlindungan Burung Mingrenshan telah ditubuhkan dengan kebenaran kerajaan bandar Wenchang. Perbuatan Xing Yiqian mengenai perlindungan burung dan ekologi alam sekitar telah disambut baik antara para penduduk desa. Segala-galanya telah menyenangkan hatinya. Kata beliau: "Sekarang, penduduk desa tidak lagi memburu burung. Kalau anak burung tercedera, mereka sentiasa membawanya ke rumah dan memberi makanan kepada anak burung lalu melepaskannya."

Pada masa ini, semakin ramai penduduk desa menyokong dan memahami akan perbuatan Xing Yiqian. Penduduk desa, Peng Haiquan menyatakan bahawa kelakuan Xing Yiqian bukan saja membaiki persekitaran ekologi, bahkan juga telah meningkatkan taraf hidup penduduk dan kesedaran mereka terhadap perlindungan alam sekitar. Beliau berkata: "Penduduk desa telah banyak berubah. Kami telah menyedari betapa pentingnya perlindungan alam sekitar. Saya rasa, kualiti hidup saya telah meningkat akibat adanya persekitaran yang baik."

Perbuatan Xing Yiqian bukan saja disambut baik oleh penduduk tempatan, malahan diiktiraf oleh kerajaan dan masyarakat. Beliau telah kerap kali diberi anugerah oleh kerajaan Provinsi Hainan dan kerajaan bandar Wenchang. Pada tahun 2005, Jabatan Pentadbiran Am Perlindungan Alam Sekitar Negara China telah memberi "Anugerah Persekitaran China" kepadanya. Pegawai dari kerajaan Provinsi Hainan, Encik Zhou Wenzhang menyatakan bahawa pihaknya amat menyokong perbuatan Xing Yiqian tentang penubuhan kawasan perlindungan alam dan akan terus memberi keutamaan dan bantuan kewangan kepadanya. Encik Zhou berkata: "Perbuatan Xing Yiqian telah menunjukkan perasaan kasih sayang dan keghairahannya terhadap kampung. Beliau telah membuat sumbangan besar bagi pembangunan ekologi Hainan. Kami akan terus memberi bantuan kewangan kepadanya."

Xing Yiqian selalu berkata, beliau amat mencintai warna hijau, tasik bangau putih dan kampung halamannya. Cita-citanya ialah meninggalkan Tasik Bangau Putih yang indah itu kepada generasi selanjutnya. Untuk merealisasikan impian tersebut, beliau akan terus berusaha dalam sepanjang hidupnya. ----Selina

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |