v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pasukan Olahraga China Aktif Buat Persiapan bagi Sukan Olimpik Beijing 2008
2008-01-17 15:13:08 CRI

(Ketua Jurulatih Pasukan Olahraga Negara China Feng Shuyong )

Pasukan olahraga China telah mula menjalankan latihan pada musim sejuk untuk membuat persiapan bagi Sukan Olimpik Beijing 2008. Latihan tersebut merupakan fasa yang penting bagi mereka untuk meningkatkan tenaga fizikal, mengubahsuaikan keadaan sendiri dan meningkatkan teknik.

Mengenang kembali tahun 2007, boleh dikatakan bahawa arena olahraga China telah mencapai beberaka kejayaan. Dalam Kejohanan Olahraga Dunia Osaka, pasukan olahraga China telah meraih satu pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa dan menduduki tangga ke-11 dalam senarai perolehan pingat. Ini merupakan kejayaan paling cemerlang yang dicapai oleh pasukan China selepas Kejohanan Olahraga Dunia Monte Carlo pada tahun 1993. Dalam Kejohanan Olahraga Asia, pasukan China telah meraih tujuh pingat emas, lima pingat perak dan empat pingat gangsa dan menduduki tangga teratas. Selain itu, beberapa atlat terkenal China telah memberi persembahan yang baik dalam pertandingan. Contohnya, Zhou Chunxiu telah meraih pingat emas dalam perlombaan Maraton wanita di London. Semasa memperkatakan kejayaan tersebut, Ketua Jurulatih pasukan olahraga negara China Feng Shuyong menyatakan bahawa: "Saya berpendapat bahawa kejayaan yang tercapai itu berkaitan erat dengan usaha kami pada beberapa tahun kebelakangan ini. Kami berusaha untuk mengkaji cirri-ciri pelbagai acara dan menjadikan setiap jurulatih lebih memafami cirri-ciri itu serta meningkatkan keberkesanan latihan."

Kejayaan yang dicapai pada tahun 2007 telah meningkatkan kepercayaan pasukan olahraga negara China dan juga turut menyediakan asas bagi mereka untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Persembahan yang baik pada tahun lalu mendorong pasukan olahraga negara China bergiat untuk membuat persiapan bagi Sukan Olimpik Beijing 2008. Pemain pasukan olahraga negara China dalam pelbagai acara sedang menjalankan latihan pada musim sejuk di seluruh negara China. Ini merupakan latihan pada musim sejuk kali terakhir menjelang Sukan Olimpik Beijing. Latihan itu berkaitan erat dengan keadaan dan persembahan para pemain China dalam Sukan Olimpik Beijing. Oleh itu, latihan itu dianggap oleh Ketua Jurulatih pasukan olahraga negara China Feng Shuyong sebagai "fasa penting persiapan Sukan Olimpik". Beliau menyatakan bahawa latihan fasa pertama musim sejuk telah berjalan lancar. Beliau menyimpulkan bahawa:

"Melalui latihan yang berlangsung selama dua bulan, kami berpuas hati terhadap kejayaan yang dicapai setakat ini. Boleh dikatakan bahawa kebanyakan pemain telah menyelesaikan tugas latihan mereka dalam latihan itu. Selain itu, kami turut mencapai kejayaan dalam bidang merawat pemain yang cedera."

(Atlet Terkenal Chian Liu Xiang)

Kini, semasa memperkatakan olahraga China, orang ramai tentu teringat pemain terkenal China, Liu Xiang yang meraih pingat emas dalam acara lumba lari lompat pagar 110 meter lelaki Sukan Olimpik Athens. Sebagai pemain olahraga terkenal China, kemampuan dan persembahan Liu Xiang telah kerap kali membuktikan kehebatannya, khususnya Liu Xiang telah menjadi juara lumba lari lompak pagar 110 meter lelaki dalam Kejohanan Dunia Osaka pada tahun 2007 dan impinannya telah menjadi nyata.

(Liu Xiang dan Jurulatihnya Sun Haiping)

Sukan Olimpik Beijing semakin dekat, kini, Liu Xiang dan jurulatihnya Sun Haiping sedang menjalankan latihan pada musim sejuk di Beijing. Mereka amat mengutamakan latihan itu yang akan memainkan peranana penting bagi keadaan fizikal Liu Xiang pada tahun ini. Jurulatih Sun Haiying telah menjelaskan keadaan latihan itu. Beliau menyatakan bahawa titik bertolak latihan kali ini lebih tinggi berbanding dengan latihan pada tahun lalu. Beliau berkata: "Pada keseluruhannya, saya berpuas hati terhadap latihan ini, khususnya dalam bidang latihan khas. Sebab dalam latihan Liu Xiang di Shanghai, beliau tidak memakai kasut profesional dan pertama kali memakai kasut itu dalam latihan di Beijing. Kekuatan latihan pada tahun ini lebih tinggi berbanding dengan tahun lalu."

Semasa memperkatakan jadual latihan itu, Ketua Jurulatih Feng Shuyong memaklumkan bahawa China akan mengadakan dua pertandingan olahraga tertutup pada 26 hingga 27 Januari dan 30 hingga 31 Januari nanti. China berjangka akan menghantar 18 orang pemain untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan Dunia pada bulan Mac dan pemain yang tidak melayakkan diri dalam pertandingan di Spanyol akan menyertai siri pertandingan olahraga yang akan diadakan di Australia pada Feberuari nanti. Selain itu, pemain olahraga China turut akan mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan peringkat dunia yang akan diadakan di Jepun, Eropah dan A.S. pada bulan Mei hingga Julai nanti.

Sehubungan dengan pemilihan atlet yang menyertai Sukan Olimpik Beijing, Feng Shuyong menyatakan bahawa berdasarkan jadual waktu, selain daripada atlet acara berjalan kaki dan Maraton masing-masing ditetapkan pada Januari dan April tahun 2008, kesemua atlet acara lain yang menyertai Sukan Olimpik Beijing akan dipilih selepas pertandingan olahraga "Bertuah Beijing" yang diadakan pada 21 hingga 24 Mei nanti.

Walaupu pasukan olahraga negara China telah mencapai beberapa kejayaan pada tahun lalu dan latihan pada musim sejuk kali ini berjalan lancar, akan tetapi masih terdapat jurang perbezaan antara acara olahraga China dengan acara olahraga negara hebat di dunia. Ketua Jurulatih Feng Shuyong mempunyai kesedaran terhadap kedudukan acara olahraga China di dunia. Feng Shuyong menggambarkan cabaran yang dihadapi oleh pasukan olahraga negara China sebagai "tugas yang berat, situasi yang serius". Beliau berkata: "Masih terdapat kurang lapan bulan sehingga Sukan Olimpik Beijing. Dalam masa yang singkat ini, kami berasa situasi yang serius semasa menghadapi tugas dalam temasya sukan itu. Sebab kehebatan kami adalah terhad, acara dan pemain yang menduduki tangga ke-10 teratas di dunia adalah tidak banyak dan kedua kami menyedari bahawa pelawan kami dalam pelbagai acara termasuklah acara hebat kami adalah kuat."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |