v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beijing Aktif Laksanakan Latihan untuk Sukan Paralimpik Beijing
2008-01-31 11:48:27 CRI

Sukan Parlimpik Beijing 2008 akan diadakan pada pertengahan tahun depan. Setiap Sukan Paralimpik merupakan temasya sukan bagi orang kurang upaya di dunia. Sukan Paralimpik yang akan diadakan di Beijing itu menyediakan peluang yang berharga bagi mendorong perkembangan industri orang kurang upaya di China. Kini, Beijing sedang aktif membuat persiapan bagi temasya sukan tersebut dan telah melaksanakan pelbagai latihan untuk menghadapinya.

Untuk menyediakan perkhidmatan yang profesional, pihak penganjur perlu menjalankan latihan yang secukupnya. Kumpulan Koordinasi Latihan untuk Sukan Olimpik Beijing telah mengadakan sidang mengenai latihan untuk Sukan Paralimpik Beijing baru-baru ini. Petugas kumpulan itu, Zhu Shanlu menyatakan bahawa berbanding dengan Sukan Olimpik, Sukan Paralimpik mempunyai keunikan sendiri. Bagi sukan ini pihak penganjur perlu menyediakan perkhidmatan yang lebih sempurna. Oleh itu, hanya dengan menjalani latihan yang berkenaan, barulah dapat mereka meningkatkan kesedaran orang awam tentang cara menyediakan bantuan kepada orang kurang upaya dan meningkatkan kemampuan pihak penganjur Sukan Paralimpik.

Zhu Shanlu menyatakan bahawa latihan untuk Sukan Paralimpik tersebut bukan sahaja merupakan latihan profesional, malah ia memerlukan penyertaan orang ramai Keunikannya ditunjukkan dalam empat bidang yang berikut: "Pertama, keunikan sosiobudaya yang lebih menonjol; kedua, ia mengutamakan latihan praktik; ketiga, ia mempunyai standard profesional yang khas dan keempat, mempunyai hubungan yang erat dengan situasi sosial. Sukan Paralimpik merupakan komponen dalam industri orang kurang upaya dan mereka ini perlu mendapat perhatian dan penghormatan masyarakat."

Pada awal bulan ini, Jabatan Sukarelawan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah mengadakan latihan perguruan kali kedua bagi para sukarelawan Sukan Paralimpik. Selepas latihan itu, calon guru latihan sukarelawan akan mengambil peperiksaan perguruan yang diadakan oleh Jabatan Sularelawan Jawatankuasa yang berkenaan. Calon yang lulus dalam peperiksaan itu akan menjadi guru latihan sukarelawan Sukan Paralimpik.

Seramai lebih kurang 100 sukarelawan telah menyertai latihan itu dan hampir 30 orang pakar telah menyebarkan pengetahuan tentang Sukan Paralimpik. Dalam latihan tersebut, teknik membantu orang kurang upaya merupakan komponen yang penting. Contohnya, kursus tentang menolak kerusi roda sahaja berlangsung selama sejam. Zhang Sai, salah seorang sukarelawan yang menyertai latihan tersebut memberitahu wartawan bahawa beliau telah mendapat banyak maklumat dan pengetahun tentang perkhidmatan untuk Sukan Paralimpik. Beliau berkata: "Saya mendapat banyak pengetahun tentang Sukan Paralimpik melalui latihan itu. Saya mempunyai kesedaran yang baru terhadap temasya sukan itu dan menguasai beberapa teknik untuk menyediakan perkhidmatan kepada orang kurang upaya. Melalui latihan praktis, saya telah mencapai kemajuan yang besar."

Ketua Kumpulan Koordinasi Latihan untuk Sukan Olimpik Beijing Zhu Shanlu menyatakan bahawa seterusnya mereka akan meningkatkan perkhidmatan kepada orang kurang upaya dalam pelbagai sektor perkidmatan. Beliau berkata: "Berdasarkan pelbagai aktiviti, kita akan meningkatkan kesedaran pelbagai lapisan masyarakat di Beijing supaya menyertai latihan perkhidmatan untuk Sukan Paralimpik. Latihan itu dijadualkan terutamanya kepada sukarelawan dan pekerja di lapangan terbang, di hotel, restoran dan pusat-pusat pelancongan, serta pekerja di institusi lalu lintas, keselamatan awam dan kesihatan. Kandungan utama latihan itu ialah keperluan perkhidmatan kepada orang kurang upaya melalui pekerjaan. Para peserta mengikuti latihan itu melalui kuliah, belajar sendiri dan belajar dalam internet."

Zhu Shanlu berpendapat bahawa mutu latihan tersebut bergantung kepada tahap guru dalam latihan itu. Kumpulan Koordinasi Latihan untuk Sukan Olimpik Beijing akan menjalankan latihan bagi para guru. Zhu Shanlu menyatakan bahawa: "Kami akan memilih pakar dalam bidang pengurusan orang kurang upaya dan sukan orang kurang upaya sebagai guru untuk melatih mereka. Guru untuk latihan persiapan bagi Sukan Paralimpik perlu memenuhi tuntuan yang lebih tinggi."

Selain memilih guru latihan yang mempunyai banyak pengalaman, kumpulan itu turut menerbitkan siri buku tentang Sukan Paralimpik, antaranya termasuklah Pengetahun tentang Sukan Paralimpik Beijing, Pengetahuan tentang Acara dalam Sukan Paralimpik ke-13, Standard Perkhidmatan bagi Orang Kurang Upaya dalam Sukan Paralimpik dan lain-lain. Kumpulan Koordinasi Latihan untuk Sukan Olimpik Beijing akan memilih buku yang berlainan bagi kelompok peserta yang berbeza. Manakala, latihan bagi peserta yang akan menyediakan perkhidmatan dalam Sukan Paralimpik akan mengekalkan kandungan, keadah dan standardnya yang sama.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |