v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Laluan Larian Obor Sukan Olimpik 2008 di Hong Kong Diumumkan
2008-01-31 14:24:27 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Jawatankuasa Olimpik dan Persatuan Sukan Hong Kong China baru-baru ini telah mengumumkan bahawa aktiviti larian obor Sukan Olimpik Beijing 2008 di Hong Kong akan diadakan pada 2 Mei nanti. Larian obor yang berlangsung selama 8 jam tersebut akan merentasi Kowloon, New Territories, Pulau Hong Kong dan kawasan-kawasan yang lain di Hong Kong.

Upacara permulaan larian obor Sukan Olimpik akan diadakan di Pusat Kebudayaan Hong Kong di Tsim Sha Tsui pada pagi 2 Mei nanti. Seramai 120 orang pelari obor akan menyertai aktiviti tersebut dan akhirnya mereka akan tiba di Lapangan Bauhinia Emas Hong Kong.

Pelari obor Sukan Olimpik menaiki kapal naga merupakan satu keistimewaan dalam aktiviti larian obor di Hong Kong. Ketika itu, pelari obor tersebut akan menumpang sebuah kapal naga dengan diiringi oleh beberapa buah kapal naga.

Dalam tempoh aktiviti larian obor, aktiviti-aktiviti perayaan yang lain juga akan diadakan di banyak kawasan kediaman di Hong Kong. Difahamkan bahawa aktiviti larian obor kali ini akan menarik perhatian seramai ratusan ribu penduduk Hong Kong dan juga akan disiarkan melalui TV.

Untuk memperkenalkan larian obor Sukan Olimpik kepada penduduk Hong Kong, kerajaan Hong Kong telah membuka laman sesawang berkenaan pada 30 Januari. Bermula dari bulan Mac, pameran obor Sukan Olimpik juga akan diadakan di 18 buah kawasan di Hong Kong.

Pengerusi Jawatankuasa Olimpik dan Persatuan Sukan Hong Kong China, Timothy Fok Tsun-ting telah menghadiri sidang akhbar aktiviti larian obor Sukan Olimpik dan mempengerusi upacara pelancaran laman sesawang berkenaan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |