v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pendidikan Wajib Percuma Selama 12 Tahun yang Pertama Dilaksanakan di Zhuhai, Provinsi Guangdong, China.
2008-01-30 16:45:33 CRI

Huang Lizhen yang berumur 17 tahun, seorang pelajar jurusan e-dagang dari Sekolah Vokasional Pertama Bandar Zhuhai. Dia sentiasa bekerja secara sambilan bagi menyimpan wang untuk membiayai pelajarannya. Pada musim panas tahun 2007, Lizhen telah diberitahu bahawa yuran sekolah tahun itu telah dikecualikan. Berita itu amat menggembirakan ibunya yang kurang upaya.

Menurut dasar baru bandar Zhuhai, sejak musim gugur tahun lalu, semua pelajar dari sekolah rendah dan menengah di Zhuhai mula menikmati pendidikan wajib secara percuma.

Huang Lizhen tinggal di Kampung Qianbei, bandar Zhuhai. Bapanya kini sakit dan ibunya ialah orang kurang upaya. Selain itu, dia juga mempunyai adik lelaki dan nenek. Hidup mereka bergantung kepada bantuan kerajaan tempatan, iaitu subsidi yang diterima sebanyak 280 yuan RMB sebulan. Dengan demikian, Lizhen hanya perlu membayar separuh yuran sekolah. Namun, baki separuh bayaran yuran lagi masih merupakan beban berat bagi Lizhen dan keluarganya. Selain bantuan daripada bapa saudaranya, Lizhen juga bekerja secara sambilan semasa cuti penggal. Apabila diberitahu bahawa tidak perlu lagi membayar yuran pelajaran, Lizhen dan keluarganya amat gembira. Dia memaklumkan pemberita kami: "Pelaksanaan dasar keutamaan tersebut amat berfaedah bagi saya kerana keluarga saya tidak perlu memikul beban ekonomi yang berat dan tidak perlu lagi meminta bantuan daripada bapa saudara saya. Kami berasa amat gembira."

Difahamkan bahawa di bandar Zhuhai, seramai 2,211 orang pelajar telah diberi bantuan kewangan oleh kerajaan, manakala terdapat sebanyak 3,679 orang pelajar miskin masih belum mendapat bantuan kerajaan. Dasar "pendidikan di peringkat menengah atas secara percuma" itu memang tepat pada masanya bagi kesemua pelajar tersebut.

Terdapat ramai pelajar miskin yang belajar di sekolah yang sama dengan Lizhen, iaitu Sekolah Vokasional Pertama Bandar Zhuhai. Guru besar sekolah tersebut, Encik Gan Chaowei menyatakan bahawa kebanyakan penuntut sekolah itu berasal daripada keluarga biasa dari kawasan desa di bahagian barat Zhuhai. Pada setiap tahun, terdapat beberapa orang pelajar yang tercicir akibat kemiskinan keluarga mereka dan ada juga pelajar yang menunggak bayaran yuran sekolah mereka. Selaku pengurus sekolah itu, Gan Chaowei terpaksa juga meminta mereka membiayai pelajaran mereka. Beliau berkata: "Pendidikan di peringkat menengah atas secara percuma yang dilaksanakan di bandar Zhuhai pada musim gugur tahun lalu merupakan kejutan besar bagi setiap penduduk tempatan. Sebagai pengurus sekolah, saya berasa amat sedih apabila melihat pelajar-pelajar yang tidak mampu membiayai pelajaran mereka, sedangkan saya tidak berhak mengecualikan yuran sekolah mereka."

Guru Tian Congzhao menganggap kesamarataan yuran pendidikan telah mempertimbangkan psikologi pelajar. Sedangkan, selain masalah ekonomi, pelajar miskin sentiasa berasa rendah diri sehingga mengakibatkan ketegangan hubungan sesama sendiri. Jadi, pendidikan percuma memang amat bermanfaat untuk pembentukan kesihatan mental dan tabiat bagi pelajar miskin. Kata beliau: "Pendidikan percuma bukan sahaja bantuan ekonomi, bahkan juga bermanfaat bagi psikologi ramai pelajar miskin. Kebanyakan pelajar peringkat menengah atas bersifat agak sensitif, terutamanya pelajar miskin yang takut berkomunikasi dengan guru. Setelah dasar pendidikan percuma tersebut dilaksanakan tahun lalu, setiap pelajar di sekolah kami dapat menjimatkan sebanyak 900 hingga 1000 yuan RMB setiap penggal. Yang paling penting ialah mereka menjadi lebih berkeyakinan dan menunjukkan kasih sayang kepada orang lain."

Menurut Tian Congzhao, dasar baru tersebut amat berkesan. Selepas menerima pertimbangan dan bantuan masyarakat, ramai pelajar miskin yang dapat membalas kasih sayang orang lain.

Dimaklumkan bahawa berdasarkan dasar "pendidikan wajib percuma selama 12 tahun", di bandar Zhuhai, setiap murid boleh menjimatkan sebanyak 340 yuan RMB setiap penggal, manakala pelajar peringkat menengah boleh menjimatkan 520 yuan RMB, dan bagi pelajar peringkat menengah atas, yuran mereka telah dipotong sebanyak 810 yuan RMB. Pendek kata, dari sekolah rendah hingga sekolah menengah atas, seseorang pelajar itu boleh dikecualikan yuran sebanyak 12,060 yuan RMB.

Dari bulan September tahun lalu hingga kini, "pendidikan wajib percuma selama 12 tahun" telah berjaya dilaksanakan di bandar Zhuhai. Kerajaan tempatan telah menetapkan rancangan tentang peruntukan pendidikan dalam tempoh 5 tahun akan datang. Sebanyak 23 buah sekolah rendah, 4 buah sekolah menengah atas dan 5 buah sekolah vokasional akan ditubuhkan di Zhuhai pada tahun ini. Boleh dikatakan bahawa peruntukan pendidikan Zhuhai dalam tempoh 5 tahun akan datang dijangka mencecah 2.2 bilion yuan RMB. Pegawai dari Jabatan Pendidikan Bandar Zhuhai, Zhong Yijun memberitahu pemberita kami: "Kami telah membuat keputusan untuk meningkatkan peruntukan dalam bidang pendidikan. Jumlah peruntukan tersebut pasti menduduki tempat teratas di Kawasan Delta Sungai Mutiara, malahan seluruh negara."

Menurut Zhong Yijun, tujuan pelaksanaan dasar keutamaan itu adalah untuk memberi manfaat kepada penduduk tempatan. Selain itu, dasar pendidikan Zhuhai yang agak baik itu juga telah menarik kedatangan ramai tenaga profesional dan merangsang pembaikan iklim pelaburan di Zhuhai.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |