v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Identiti Sularelawam Eratkan Saya dengan Sukan Olimpik
2008-02-14 12:24:00 CRI

Sukan Olimpik Beijing 2008 semakin dekat dengan kita. Senyuman sukarelawan Sukan Olimpik Beijing dianggap sebagai kad pengenalan bandar Beijing yang paling baik. Jadi, sekarang kad pengenalan itu telah memasuki fasa "pencetakan". Seramai beberapa ratus ribu sukarelawan akan menyediakan perkhidmatan dalam Sukan Olimpik Beijing dan Sukan Paralimpik Beijing kelak. Sebenarnya, beberapa ramai sukarelawan telah menyediakan perkhidmatan dalam siri pertandingan ujian bagi Sukan Olimpik Beijing yang diadakan baru-baru ini. Sukarelawan tersebut boleh ditemui dalam lebih 80 sektor perkhidmatan seperti penganjuran pertandingan, perkhidmatan kepada penonton, jaminan keselamatan dan kelancaran lalu lintas, sambutan ketibaan tetamu, perkhidmatan bahasa, perkhidmatan berita, perubatan dan lain-lain. Semasa atlet berjuang dalam pertandingan dan penonton bersorak-sorai, para sukarelawan secara diam-diam menyediakan perkhidmatan. Dalam ruangan hari ini, saya akan sampaikan cerita Zhao Yizheng, seorang sukarelawan dalam Sukan Olimpik.

Zhao Yizheng merupakan seorang mahasiswa tahun ketiga di Institusi Kewartawanan Universiti Rakyat China. Dia telah menjadi seorang sukarelawan dalam pertandingan bola keranjang kerusi roda "Bertuah Beijing" yang diadakan pada penghujung Januari lalu. Dalam pertandinga itu, Zhao Yizheng bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kepada atlet kurang upaya. Zhao Yizheng menyatakan bahawa, walaupun ini merupakan pertama kali dia menyediakan perkhidmatan dalam pertandingan, namun dia tidak berasa asing. Kesemua sukarelawan yang terpilih telah mengikuti latihan profesional pada bulan April hingga Mei tahun lalu. Melalui latihan ini, Zhao Yizheng telah menguasai kemahiran sebagai seorang sukarelawan. Kini, mahasiswa dan mahasiswi di China menghadapi tekanan yang besar untuk mendapatkan kerja. Ramai yang mula menjalani latihan dalam syarikat ketika belajar dalam tahun ketiga atau keempat di universiti untuk menyiapkan diri bagi mendapat pekerjaan yang baik selepas tamat dari universiti nanti. Latihan bagi Zhao Yizheng ditangguhkan kerana dia terlibat dalam penyediaan perkhidmatan bagi Sukan Olimpik Beijing. Tetapi Zhao Yizheng berpendapat bahawa menjadi sukarelawan Sukan Olimpik Beijing merupakan pengalaman yang amat berharga dalam hidupnya. Katanya: "Bagi saya, dua perkara yang amat penting saya lakukan pada tahun 2007 ialah mengikuti latihan sukarelawan dan menyediakan perkhidmatan dalam pertandingan ujian. Melalui usaha praktis ini, saya mendapat banyak pengetahuan tentang kaedah penganjuran pertandingan dalam Sukan Olimpik dan ini amat berfaedah bagi saya."

Zhao Yizheng menyatakan bahawa dalam kehidupan biasanya, dia jarang berkontak dengan orang kurang upaya. Melalui pengalaman dalam pertandingan bola keranjang kerusi roda antarabangsa tersebut, dia lebih memahami orang kurang upaya. Semangat mereka sangat mengharukannya. Katanya: "Saya merasakan terdapat banyak persamaan antara mereka dengan kita, Cuma mereka ada kekurangan fizikal. Sebenarnya mereka sama sahaja dengan kita. Apa yang mengharukan dan menggalakkan saya ialah semangat mereka."

Semasa memperkatakan cita-citanya sendiri tentang Sukan Olimpik sendiri, Zhao Yizheng menyatakan bahawa amatlah baik kalau dia dilahirkan lebih awal, dia boleh menjadi seorang wartawan semasa Sukan Olimpik Beijing dianjurkan. Walapun impian ini tidak menjadi nyata, Zhao Yizheng berpendapat bahawa melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang sukarelawan dengan baik juga merupakan perkara yang membanggakannya.

Sukan Olimpik telah menyediakan arena yang luas bagi Zhao Yizheng, seorang mahasiswa di univiersiti. Kehidupannya sebagai seorang sukarelawan Sukan Olimpik Beijing berwarna-warni. Selain itu, ini juga merupakan pengalaman yang mencekalkan hati bagi Zhao Yizheng. Katanya lagi: "Pada masa dahulu, saya hanya berkontak dengan beberapa perkara dalam buku sahaja, tetapi sebenarnya saudara perlu sedar bahawa banyak perkara tidaklah mudah seperti dibayangkan. Sebagai sukarelawan kita kenat lebih sabar dan bersikap hati-hati."

Berhubung dengan persembahan atlet China dalam Sukan Olimpik Beijing 2008, Zhao Yizheng mempunyai harapan sendiri. Dia berharap agar kontinjen China mencapai kejayaan yang paling cemerlang dalam sejarah. Dia turut menyatakan bahawa temasya sukan itu bukan sahaja merupakan pertandingan, tetapi juga arena untuk menunjukkan kemampuan dan imej tuan rumah. Katanya: "Perkara yang paling penting dalam Sukan Olimpik Beijing bukanlah kejayaan, tetapi adalah menunjukkan imej negara China yang baik."

Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Jacques Rogge pernah menyatakan bahawa "perkhidmatan sukarelawan duduk pada kedudukan yang penting dalam Sukan Olimpik. Mereka mewakili semangat Olimpik dan merupakan asas dan Duta Besar imej Sukan Olimpik. Tanpa sukarelawan, tiada Sukan Olimpik; kalau adapan sukar.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |