v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pasukan Kawalan Keselamatan Sukan Olimpik Bertungkus Lumus Adakan Latihan
2008-02-19 13:41:20 Agensi Berita Xinhua China

Menjelang perasmian Sukan Olimpik 2008 Beijing, pasukan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China yang bertanggungjawab mengawal keselamatan Sukan Olimpik sedang bertungkus lumus mengadakan latihan di bawah anjuran dan penyelarasan Ibu Pejabat Ketua Turus PLA bagi meningkatkan kemampuan melaksanakan misi kawalan keselamatan secara menyeluruh.

Pegawai Ibu Pejabat Ketua Turus PLA menyatakan bahawa untuk mencapai matlamat "Sukan Olimpik yang selamat", tugas mereka pada masa ini termasuk membantu badan pemerintah dan pasukan bertugas di pelbagai peringkat meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang-bidang tertentu dengan mengadakan latihan pengarahan dan latihan tugas khas; mengadakan raptai dan latihan bersama dengan jabatan-jabatan tempatan yang berkenaan; membuat persiapan untuk mengadakan tindakan pemeriksaan senjata nuklear, kimia dan biologi, penyelamatan, pencarian dan pelupusan bom dan sokongan kejuruteraan dan teknologi; menyelaras pelbagai pasukan agar melaksanakan misi kawalan keselamatan Sukan Olimpik dengan baik. Latihan dan persiapan tersebut akan diadakan terutamanya dalam lima aspek sebagai berikut:

Pertama, meningkatkan latihan asas dengan mengadakan latihan kemahiran profesional dan latihan taktikal pasukan di bawah peringkat batalion yang akan melaksanakan misi kawalan keselamatan sempena Sukan Olimpik.

Kedua, meningkatkan latihan badan pemerintah dan memahirkan dairi dengan prosedur dan cara pemerintahan serta kerjasama.

Ketiga, mengadakan latihan tugas khas dan meningkatkan raptai untuk melaksanakan tugas khas supaya berkemampuan semasa menghadapi keadaan kecemasan.

Keempat, mengadakan latihan bersama dengan pasukan polis serta pelbagai badan yang berkaitan supaya meningkatkan kemampuan melaksanakan tindakan bersama secara menyeluruh.

Kelima, mengarahkan pelbagai pasukan profesional supaya mengadakan persiapan untuk menjamin pasukan-pasukan yang berkenaan melaksanakan misi pada bila-bila masa sahaja.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |