v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sukan Olimpik Dorong Saya Belajar Bahasa Inggeris
2008-02-28 11:49:56 CRI

Beijing merupakan sebuah bandar yang mempunyai sejarah yang lama dan budayanya juga cemerlang. Kota Larangan, Tembok Besar, pelancongan di lorong dan lain-lain merupakan komponen pelancongan budaya di Beijing. Sempena kedatangan Sukan Olimpik Beijing, bandar ini dipanggil oleh para pelancong "bandar Olimpik". Sehubungan dengan itu, para pelancong berharap dapat mengadakan "kontak yang erat" dengan gelanggang Sukan Olimpik. Beberapa buah syarikat pelancongan di Beijing telah merebut peluang perniagaan ini dan menyediakan laluan pelancongan yang berkaitan dengan Sukan Olimpik.

Shi Jingyu, seorang pemandu pelancong yang muda di Beijing memberitahu wartawan bahawa: "Kini, syarikat kami telah mencipta satu laluan pelancongan yang berkaitan dengan Sukan Olimpik. Contohnya pelancongan sehari untuk melawat 'Sarang Burung', iaitu Stadium Negara China, dan 'Kubus Air', iaitu Stadium Renang Negara".

Shi Jingyu, 25 tahun merupakan seorang pemuda dari Beijing. Dia tamat pengajian dari jurusan pengurusan pelancongan dari sebuah universiti dua tahun lalu dan menjadi seorang pemandu pelancong.

Dalam tempoh antara tahun 2001 hingga sekarang, Sukan Olimpik telah memberikan pengaruh yang besar terhadap kehidupan penduduk Beijing. Shi Jingyu berkata, Sukan Olimpik juga memberi perubahan yang besar kepadainya.

Shi Jingyu menyatakan bahawa dia tidak berminat untuk belajar bahasa Inggeris ketika kecil dahulu. Ketika di universiti, dia bercita-cita untuk menjadi pemandu pelancong. Namun, Shi Jingyu menyedari bahawa dengan kedatangan Sukan Olimpik ke Beijing dan peningkatan jumlah pelancong asing ke China, tuntuan kebanyakan syarikat pelancongan terhadap bahasa Inggeris turut meningkat. Sekiranya ingin mencapai impian untuk menjadi seorang pemandu pelancong, dia mesti belajar bahasa Inggeris dengan bersungguh-sungguh. Oleh itu, Shi Jingyu bertambah rajin belajar bahasa Inggeris di universiti. Atas kemampuan menguasai bahasa Inggeris yang tinggi, Shi Jingyu berjaya dalam peperiksaan kelayakan pemandu pelancong dan mendapat kerja di sebuah syarikat pelancongan. Semasa mengenang kembali peristiwa itu, katanya: "Sekiranya tiada tekanan pengambilan kerja akibat Sukan Olimpik, entah di manalah taraf bahasa Inggeris yang saya kuasai sekarang. Saya kira Sukan Olimpik telah mendorong saya meningkatkan taraf bahasa Inggeris saya."

Kini, Shi Jingyu bermampu mengetuai kumpulan pelancong asing. Tetapi, dia juga menghadapi cabaran yang baru. Pelancongan ke destinasi pelancongan tradisional seperti Kota Larangan, Taman Tiantan tidak lagi memenuhi tuntutan pelancong asing. Mereka lebih berminat kepada pelbagai gelanggang Sukan Olimpik yang baru dibina. Shi Jingyu berkata bahawa ramai pelancong asing berharap dapat melawat gelanggang tersebut sebelum Sukan Olimpik Beijing diadakan. Oleh itu, syarikat pelancongan telah membuka beberapa laluan pelancongan yang berkaitan dengan Sukan Olimpik. Untuk memenuhi keperluan laluan pelancongan yang baru itu, Shi Jingyu terpaksa mendapatkan pengetahuan dan istilah tentang Sukan Olimpik dan sukan-sukan lian. Katanya: "Kini, syarikat kami juga mengambil tindakan bagi meningkatkan kemampuan berbahasa Inggeris pemandu pelancong, khususnya tentang istilah yang berkaitan dengan Sukan Olimpik. Kami berharap dapat memberikan sumbangan kami kepada Sukan Olimpik."

Shi Jingyu memberitahu wartawan bahawa industri pelancongan berkait rapat dengan imej sesebuah bandar. Sekiranya dia dapat menyediakan perkhidmatan yang memuaskan hati kepada para pelancong asing di Beijing, maka itulah sumbangannya bagi Sukan Olimpik, katanya.

Semasa memperkatakan pertandingan dalam Sukan Olimpik, Shi Jingyu berkata bahawa dia akan pergi ke gelanggang untuk menikmati pertandingan dan menyuntik semangat kepada bintang sukan yang diminatinya. Katanya: "Saya tetap ingin pergi menonton pertandingan. Saya telah memohon membeli tiket menerusi internet. Saya meminati bola sepak. Walaupun persembahan pasukan bola sepak lelaki China tidak memuaskan hati, tetapi saya penuh yakin kepada mereka."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |