v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

"Kubus Air" Mendapat Penilaian Tinggi daripada Pelbagai Pihak
2008-02-29 15:30:36 CRI

Sukan Olimpik Beijing tahun 2008 akan dirasmikan pada bulan Ogos tahun ini. Untuk menguji pelbagai stadium Sukan Olimpik dan persiapan untuk pertandingan Sukan Olimpik serta melatih kumpulan petugas untuk pertandingan Sukan tersebut, siri pertandingan ujian Sukan Olimpik "Bertuah Beijing" telah dan sedang diadakan sejak bulan Julai tahun lalu hingga menjelang perasmian Sukan Olimpik nanti. Ketika Sukan Olimpik Beijing nanti, pertandingan acara renang, terjun air dan renang berirama akan diadakan di Pusat Renang Negara yang juga dikenali sebagai "Kubus Air".

Pertandingan Piala Dunia Terjun Air Persatuan Renang Amatur Antarabangsa yang diadakan pada 19 hingga 24 Februari lalu merupakan satu kompenen penting dalam siri pertandingan ujian " Bertuah Beijing" dan juga merupakan pertandingan antarabangsa keduanya selepas "Kubus Air" digunakan secara rasmi.

Media-media di dunia menumpukan sepenuh perhatian kepada 'Kubus Air" ini. Demi menyediakan kemudahan yang baik kepada pemberita dari pelbagai tempat di dunia, pusat media yang terletak di "Kubus Air" itu dibahagikan kepada beberapa kawasan untuk kelompok media yang berasingan bagi menjamin kerja mereka tidak terganggu, dan sukarelawan yang telah melalui latihan dapat menyebarkan pelbagai maklumat pertandingan kepada wartawan. Atlet terjun air dari pelbagai negara berniat untuk menyesuaikan diri dengan stadium Sukan Olimpik Beijing ini melalui pertandingan ujian ini.

Ekoran dari ketibaan Sukan Olimpik Beijing yang semakin hampir, pelbagai pertandingan ujian untuk sukan tersebut telah diadakan secara berterusan. Banyak stadium Sukan Olimpik Beijing juga akan digunakan secara rasmi.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |