v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Temu Bual dengan Encik Zaharudin
2008-03-04 19:00:37 CRI

Encik Zaharudin Mohd Pilus (kiri) dan Prof. Fang Weibang.

Zaharudin Mohd Pilus, seorang wartawan Radio Televisyen Malaysia, RTM Kuala Lumpur telah berkhidmat selama 20 tahun di Bahagian Berita Ehwal Semasa, RTM. Beliau memulakan kariernya sebagai Penyunting Berita di Unit Berita Radio selama 10 tahun sebelum menjadi Penerbit Rancangan Majalah Berita di unit yang sama selama 3 tahun. Beliau ditukarkan ke stesen Seremban, Negeri Sembilan sebagai Pengarah dalam usaha mendapatkan tapak tetap bagi membina stesen cawangan RTM di negeri di bahagian selatan itu. Tiga tahun kemudian beliau ditarik kembali ke Kuala Lumpur untuk menjawat jawatan Ketua Sekretariat selama setahun sebelum ditukarkan kembali ke Unit Berita Radio. Setelah tiga tahun di situ, beliau ditukarkan ke Institut Penyiaran Tun Abdul Razak, IPTAR, iaitu cawangan latihan RTM untuk mengendalikan latihan di bidang penyiaran. Selepas setahun beliau ditukarkan pula ke Unit Berita TV sebagai Penyunting Kanan. Beliau terpilih sebagai calon untuk mengisi tugas Penyelaras Bahasa Melayu di CRI apabila dibukakan kepada RTM dua tahun lalu. Bagaimanapun, pelepasan diperoleh tahun ini dan mula bertugas di Malay Service sejak sebulan yang lalu.

Prof. Fang Weibang berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bahasa Melayu daripada Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing, China pada tahun 1969 dan berkhidmat di Bahagian Bahasa Melayu CRI pada tahun 1973 sehingga sekarang. Beliau bertugas sebagai penyiar, penterjemah dan editor, pernah membentangkan kertas kerja bertajuk: "Pengalaman Siaran Bahasa Melayu Radio Antarabangsa China" di Kongres Bahasa Melayu Sedunia dan laporan tentang "Penggunaan Bahasa Melayu-Indonesia di China" dalam Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu di Kuala Lumpur Malaysia.

(19 Mac 2008) Sidang tahunan pertama Kongres Rakyat Kebangsaan ke-11 China ditutup di Beijing pada 18 Mac. Dalam upacara penutup itu, hampir 3,000 wakil NPC mengundi terhadap draf-draf resolusi mengenai laporan kerja kerajaan, laporan perbelanjaan serta laporan berkaitan Mahkamah Rakyat Tertinggi dan Jabatan Peguam Rakyat Tertinggi.

 (11 Mac 2008) Sambutan balas daripada anggota perwakilan permesyuaratan rakyat terhadap laporan kerja yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Wen Jiabao mendapat makluman yang bagus dari kalangan perwakilan. Dari 2987 orang perwakilan yang mewakili pelbagai peringkat di seluruh negara China masing-masing mempunyai peranan yang penting. Peranan ini tidak dibiarkan pada golongan lelaki, diberi juga kaum wanita.

 (7 Mac 2008) Persidangan Kongres Rakyat Kebangsaan ke-11 China dan Jawatankuasa Kebangsaan ke-11 Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China sedang dilangsungkan di Beijing. Dalam majlis perasmian sidang Kongres Rakyat Kebangsaan ke-11 China, Perdana Menteri Wen Jiabao telah membentangkan laporan kerja kerajaan. Ini juga menjadi tumpuan utama perbincangan antara pakar asing CRI, Encik Zaharudin bin Mohd Pilus dengan Prof. Fang Weibang dari Bahagian Bahasa Melayu CRI Dalam ruangan khas mengenai Kongres Rakyat Kebangsaan dan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China kali ini.

 (4 Mac 2008) Persidangan Kongres Rakyat Kebangsaan ke-11 China akan dirasmikan di Beijing esok. Pelbagai isu hangat seperti kerja penyelamatan bencana salji, pembaharuan struktur badan-badan kerajaan dan harga barangan dijangka menjadi topik-topik utama dalam persidangan kali ini. Perkara ini juga menjadi tumpuan utama perbincangan antara pakar asing CRI, Encik Zaharudin bin Mohd Pilus dengan Prof. Fang Weibang dari Bahagian Bahasa Melayu CRI dalam ruangan khas mengenai Kongres Rakyat Kebangsaan ke-11 China.

 

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |