v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Eileen, Hatinya Terpikat dengan Guangzhou China
2008-02-27 15:29:15 CRI

Bandar Guangzhou yang terletak di bahagian selatan China merupakan salah sebuah bandar yang ekonominya berkembang paling pesat di China. Dengan kedudukan geografi yang istimewa dan iklim pelaburan yang baik, dapat menarik ramai orang asing untuk datang, bekerja atau tinggal menetap di sana. Salah seorang daripadanya, Eileen, yang berasal dari Australia, warga asing yang serupa ini.

Eileen, fasih berbahasa Vietnam, Thai, Inggeris, Indonesia dan Melayu. Suaminya berasal dari Iran. Eileen memperkenalkan keluarganya.

Semasa memperkatakan tentang suaminya, Eileen berkata, pertemuan mereka semacam sudah ditakdirkan. Selepas menziarahi ibunya di Britain, Eileen singgah di Thailand selama seminggu dalam perjalanan balik ke Australia. Mereka bertemu secara kebetulan. Pertemuan singkat itu mencetuskan bibit-bibit cinta dan bersetuju untuk memadu kasih. Mereka berkahwin dan memutuskan untuk membentuk kerjaya di China. Menurut Eileen, pada peringkat awal, mereka tidak tahu hendak memilih bandar-bandar besar termasuk Beijing dan Shanghai, yang paling sesuai untuk kerjaya mereka. Setelah berbincang dan mengambil kira banyak perkara, Guangzhou menjadi pilihan mereka.

Eileen dan suaminya mendapati, terdapat semakin ramai orang asing datang ke Guangzhou. Dengan demikian, mereka membuka syarikat penterjemahan dengan keunggulan dalam penguasaan pelbagai bahasa. Mereka menamakan syarikat penterjemahan itu "Farsian" dan mengurus bersama-sama. Sekarang, syarikat tersebut beroperasi dengan sangat baik. Eileen berkata, pengalaman peringkat awal di Guangzhou masih berbekas dalam ingatannya. Susahnya berkomunikasi dengan penduduk tempatan dan mereka pula tidak sesuai dengan persekiraan yang baru itu. Namun, halangan bahasa bukan masalah besar. Mereka membeli banyak buku bahasa Mandarin dan berusaha berkomunikasi pelbagai cara dengan penduduk tempatan. Akhirnya, halangan besar dapat diatasi. Eileen, boleh memahami dan bertutur bahasa Mandarin, malahan Cantonese.

Sejak tahun 2000 hingga sekarang, Eileen dan suaminya dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat tempatan dan merasai kehidupan yang bahagia di Guangzhou, dalam menguruskan syarikat mereka dengan lancar. Kini, dengan dua orang anak mereka, keluarga itu menjadikan Guangzhou sebagai kampung halaman mereka.

Yang paling menggembirakan Eileen ialah kehidupannya di Guangzhou semakin bahagia dan harmonis. Dia berpendapat, dalam tempoh 7 tahun, perubahan di Guangzhou amat pesat dan mengejutkan. Bandar itu kian hari kian diantarabangsakan. Antaranya, tahap bahasa Inggeris penduduk Guangzhou merupakan satu bukti yang nyata.

Eileen menyanyikan lagu "Bulan Mewakili Hatiku" dalam bahasa Mandarin untuk meluahkan perasaan kasih sayangnya terhadap bandar Guangzhou.

Kini, terdapat ramai orang asing yang seperti Eileen yang melalui pengalaman yang menarik di bandar Guangzhou. Seiring dengan kedatangan semakin ramai orang asing ke Guangzhou, bandar itu berkembang seperti wilayah antarabangsa. Guangzhou yang mengalami perubahan yang besar dalam bidang ekonomi, kewangan, kebudayaan dan kesenian sedang menjadi tumpuan perhatian pelbagai pihak antarabangsa.---Selina

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |