v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Bengkel Sulaman Sediakan Pekerjaan kepada Penganggur
2008-03-12 10:35:17 CRI

Jin Qilei dan Song Lihong yang menganggur sejak tiga tahun yang lalu mengalami kehidupan yang sangat perit. Namun, oleh sebab memperoleh sebanyak 20 ribu yuan RMB pinjaman bank dan memanfaatkannya, hidup mereka menjadi lebih baik sekarang. Di bandar Qiqihaer, Provinsi Heilongjiang, terdapat ramai penganggur yang seperti Jin dan Song, dapat bekerja semula akibat sokongan dan bantuan kerajaan. Dalam program hari ini, saya akan memperkenalkan sebuah bengkel di Qiqihaer yang menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai penganggur.

Baru-baru ini, pemberita kami mengunjungi sebuah rumah penduduk Qiqihaer. Pelbagai hasil jahitan cantik yang tergantung di seluruh bahagian rumah itu menarik perhatian kami. Di sana juga ada beberapa tukang jahit wanita sedang sibuk membuat sulaman. Itulah "Bengkel Sulaman Jinxiu" yang amat terkenal di Qiqihaer.

Jin Qilei merupakan pengasas bengkel sulaman itu. Tiga tahun yang lalu, dia adalah antara 120 ribu penganggur di bandar Qiqihaer. Memandangkan tekanan hidup yang agak hebat pada masa itu, dia terpaksa memikirkan pelbagai cara untuk mencari rezeki untuk menampung hidup. Jin amat suka akan sulaman dan pernah mempelajari teknik sulam menyulam selama tiga bulan di kawasan selatan China. Jadi, membuat sulaman merupakan punca mata pencariannya.

"Saya sudah lama menganggur dan ingin mencari satu kerja yang sesuai untuk saya. Saya sendiri berminat pada sulaman. Kemahiran tradisional itu boleh dianggap sebagai peluang untuk mencari rezeki. Jadi, saya memanggil kawan-kawan yang terlibat dalam kerja ini. Apatah lagi, kerajaan juga memberi sokongan kepada usaha kami."

Pada setiap tahun, terdapat hampir 12 ribu penganggur di Qiqihaer perlu diberi peluang pekerjaan, sementara seramai 25 ribu tenaga kerja baru juga menghadapi tekanan mendapatkan pekerjaan. Memandangkan situasi kekurangan kerja yang serius itu, kerajaan bandar Qiqihaer mengambil pelbagai tindakan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah itu. Timbalan Pengarah Jabatan Pekerjaan Qiqihare, Zhao Qiwen memaklumkan: "Kami mengambil tiga tindakan, iaitu menawarkan pelbagai latihan vokasional kepada para penganggur, memberi bantuan kewangan kepada mereka dan menyeru seluruh masyarakat mengambil berat terhadap golongan tersebut. Kami juga menubuhkan kumpulan pakar yang memberi nasihat pekerjaan kepada penganggur."

Menurut Zhao Qiwen, penyediaan modal permulaan untuk penganggur merupakan kunci kepada penyelesaian masalah. Katanya: "Mustahak bagi pihak kami menyediakan pinjaman dalam jumlah yagn kecil kepada para penganggur. Kami menyeru semua pegawai dan staf kerajaan agar bersedia menjadi penjamin bagi penganggur, di samping membimbing mereka dalam membentuk kerjaya."

Keghairahan seluruh masyarakat untuk menyokong penganggur membentuk kerjaya telah menggalakkan Jin Qilei membuka sebuah bengkel sulaman. Dengan adanya jaminan Puan Huang Yingge dari Pejabat Urusan Pekerjaan Qiqihaer, Jin Qilei telah memperoleh 20 ribu yuan RMB pinjaman. Puan Huang berkata, dia amat gembira kerana dapat membantu Jin.

"Jin mengambil ramai tukang jahit wanita bekerja di bengkelnya. Saya rasa, dia berkemampuan untuk mengurus bengkel sulaman itu dengan baik dan pendapatan kesemua pekerja tersebut terjamin."

Sejak Bengkel Sulaman Jinxiu ditubuhkan dua tahun yang lalu, semakin ramai penganggur tertarik ke bengkel itu. Jumlah tukang jahit meningkat kepada lebih 200 orang berbanding beberapa orang pada pembukaannya. Jin Qilei berkata: "Bengkel ini mempunyai 200 orang tukang jahit, yang sebelumnya penganggur, orang kurang upaya, pembuat sulaman amatur dan warga tua. Kebanyakan mereka mempelajari teknik sulaman ketika menganggur. Saya sangat gembira kerana mereka boleh mengusahakan kerja yang bermakna di sini."

Puan Song Lihong, sebelum bekerja di situ melalui kehidupan yang agak susah. Dia diberitahu secara kebetulan Bengkel Sulaman Jinxiu menyediakan pekerjaan kepada penganggur. Maka, dia tertarik ke sana dan mula belajar kemahiran sulaman. Dengan bantuan Jin Qilei selama dua tahun, Song Lihong sudah menguasai kemahiran tersebut dan boleh pula mengajar penganggur-penganggur yang lain. Dia mengenang kembali pengalaman yang dilalui itu.

"Pada dua tahun yang lalu, saya ditimpa kesempitan kewangan dan kehidupan saya terasa susah. Namun, dengan menyertai kerja menyulam, pada masa ini saya mempunyai pendapatan yang tetap dan taraf hidup saya semakin meningkat. Saya amat berpuas hati terhadap kerja sekarang."

Semua tukang jahit di situ mesti menandatangani kontrak dengan bengkel itu. Mereka boleh membuat sulaman di rumah sendiri dan semua hasil jahitan mereka akan dikumpulkan oleh bengkel untuk dijual ke Rusia, Republik Korea dan Australia.

Semasa memperkatakan tentang kejayaan bengkel itu, tukang jahit, Puan Li Jiulan menyatakan, ini sebenarnya disebabkan usaha Jin Qilei. Dia bukan sahaja mengambil langkah untuk menjamin kualiti hasil jahitan, bahkan juga menghormati dan menyayangi pekerjanya.

"Bengkel ini semacam satu keluarga besar. Jin Qilei seorang yang lemah-lembut dan peramah. Dia mengajar kami membuat sulaman dengan begitu sabar. Peribadinya yang sedemikian membolehkan, bengkel ini beroperasi lancar dan kita menjalinkan persahabatan yang erat."

Jin Qilei berpendapat, kejayaannya tidak akan terjadi sekiranya tidak mendapat sokongan kerajaan. Menurutnya, tanpa pinjaman, dia tidak boleh membentuk kerjayanya.

"Sejak dasar pinjaman dalam jumlah kecil dilaksanakan, penganggur telah banyak mendapat faedah daripada dasar keutamaan itu. Bengkel ini bukan sahaja meningkatkan pendapatan saya, tetapi juga menyediakan peluang pekerjaan kepada penganggur lain."

Sehingga penghujung tahun lalu, lebih 20 ribu penganggur di bandar Qiqihaer telah memperoleh hampir 400 juta yuan RMB pinjaman. Ini menyediakan peluang pekerjaan kepada 60 ribu orang.----Selina

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |