Ping Yali, cacat penglihatan, ibu kepada anak kurang upaya, wanita yang mejayakan kerjaya sendiri, tukang urut yang membuka blog dalam internet…saudara mungkin merasakan dia adalah seorang orang kurang upaya yang biasa sahaja, namun Ping Yali mempunyai personaliti yang menonjol, dialah warga China pertama yang meraih pingat emas dalam sukan Paralimik. Dalam ruang hari ini, saya akan memperkenalkan Ping Yali kepada saudara.
Cuaca musim sejuk di Beijing sungguh sejuk. Seperti hari-hari yang biasa, Ping Yali bersama-sama anjing pemandu orang cacat penglihatannya "Lucky" pergi ke kedai urutnya pada awal pagi.
Kedai urutnya terletak di kawasan kediaman Yiyuanju, di daerah Haidian, Beijing. Seorang tukang urut di kedai ini memberitahu wartawan bahawa Ping Yali telah memiliki tiga buah kedai urut. Ketanya, jika pelanggan terlalu ramai, Ping Yali selalu memberikan perkhidmatannya sendiri kepada mereka.
Kedai urut ini amat bersih dan teratur. Di dindingnya tergantung sebuah foto besar, iaitu foto Ping Yali bersama dengan mantan Pengerusi Persatuan Orang Kurang Upaya China, Deng Pufang.
Sejak dilahirkan, Ping Yali tidak dapat menikmati dunia ini dengan matanya. Beliau memberitahu wartawan bahawa ibunya menyatakan dia akan berpuas hati sekiranya Ping Yali mampu mencari rezeki dan menenuhi keperluan hidup sendiri. Namun, sukan telah membuka "dunia yang terang" kepada Ping Yali.
Ketika belajar di sekolah rendah, Ping Yali telah dipilih oleh jurulatih sukan dan dibimbing menjadi seorang atlet kurang upaya. Selepas itu, Ping Yali mula mengikuti latihan lompat jauh. Perkara yang paling sukar dihadapi oleh Ping Yali bukan keletihan ketika berlatih, tetapi ketiadaan tempat latihan khas untuk atlet kurang upaya pada masa itu. Oleh itu, Ping Yali dan rakan-rakan sepasukannya hanya menjalani latihan ketika atlet lain makan dan berehat.
Dalam Sukan Paralimpik Los Angeles 1984, Ping Yali meraih pingat dalam emas acara lompat jauh, dan memecah rekod kosong kontinjen China dalam Sukan Paralimpik.
Ketika mencapai kejayaan itu, Ping Yali teringat akan ibunya yang meninggal dunia ketika dia berumur lapan tahun. Beliau memberitahu wartawan, ketika ibunya meninggal dunia, matanya tidak tertutup rapat. Ping Yali tahu ibunya bimbang akan dirinya. Katanya, pingat emas itu boleh menghilangkan kebimbangan ibunya.
Pada tahun 1988, Ping Yalin mengakhiri kerjayanya sebagai atlet selama sembilan tahun itu untuk menjaga anak lelakinya. Dalam tempoh sembilan tahun itu, Ping Yali telah meraih belasan pingat. Walau bagaimanapun, pada tahun yang sama, Ping Yali kehilangan kerja kerana kilangnya ditutup. Tiba-tiba seorang juara dunia menjadi penganggur, Pada masa itu, beliau pernah terfikir untuk menjual pingat emas yang diperolehnya dalam Sukan Paralimpik. Ketika mengenang kembali peristiwa itu, Ping Yali berkata: "Pada masa itu, selepas saya turun dari podium, kehidupan saya memang sukar. Saya fikir saya masih muda dan tidak ingin hidup dengan subsidi kerajaan. Saya berharap dapat hidup seperti orang biasa. Oleh itu, saya memulakan kerjaya saya."
Memulakan kerjaya baru memberikan dunia yang lebih cerah lagi kepada Ping Yali.
Ping Yali membuka sebuah kedai urut pada tahun 1999 dengan kepandaian mengurut yang dipelajarinya dari sekolah orang cacat penglihatan Beijing. Pegawai Suruhanjaya Penduduk kawasan kediamannya berusaha mempromosikan kedainya secara percuma, dan penduduk di kawasan itu sering datang ke kedainya. Ping Yali memperoleh 2000 yuan RMB pada bulan pertama kedainya dibuka. Namun, Ping Yali juga menghadapi beberapa kesukaran. Katanya, "Perkara yang paling sukar ialah modal dan tempat berniaga."
Lin Jun, seorang pelanggan yang sering pergi ke kedai urut Ping Yali berkata: "Sudah beberapa tahun saya mendapat perkhidmatan urut di sini. Seorang juara Sukan Paralimpik mengalami kesukaran dalam hidupnya. Ini bukan sajaha tidak dapat difahami, malah pun tidak orang biasa akan tahan. Ping Yali mempunyai mutu kecekapan penaja kerjaya, bersemangat dan tidak mengaku kalah berdepan dengan kesukaran."
Setiap orang yang kenal akan Ping Yali dapat melihat keyakinan diri dan semangatnya. Di dalam dunianya, cahaya mengalahkan kegelapan.
Sehingga tahun 2008, Ping Yali telah membuka kedai urut ketiganya. Pada masa lapangnya pula, Ping Yali menceritakan pengalamannya melalui blog dalam internet. Dalam suatu karangannya dia berkata, "Terdapat ramai orang cacat penglihatan seperti saya di China. Namun saya bernasih baik berbanding dengan mereka. Selepas saya meninggalkan gelanggang sukan, saya selalu berharap untuk memberikan bantuan kepada orang kurang upaya yang lain. Saya sedang berusaha, dan diharap orang ramai juga berusaha bersama-sama dengan saya."
Dalam blognya perkataan yang paling menojol ialah "dunia Ping Yali yang terang".
Pada akhir wawancara kali ini, Ping Yali berharap untuk memberitahu atlet di seluruh dunia melalui siaran CRI: "Saya ingin memberitahu semua atlet, baik atlet biasa mahupun atlet kurang upaya, jangan mengetepikan pelajaran semasa mengikuti latihan sukan. Jangan menganggap kehidupan yang berwarna-warni berakhir selepas turun dari podium. Saya berharap semua atlet mencemerlangkan fasa-fasa kehidupan sendiri, seperti kita lari 4x100 meter berganti-ganti."
|