v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Taman Perindustrian Sains dan Teknologi Tasik Songshan China
2008-03-26 17:06:15 CRI

Provinsi Guangdong yang terletak di pantai laut China merupakan tempat paling awal dilaksanakan Dasar Pembaharuan dan Dasar Buka Pintu di China. Sebagai salah sebuah bandar yang penting di Provinsi Guangdong, Dongguan juga mendapat banyak faedah daripada dasar itu. Dongguan pada mulanya merupakan bandar pertanian di Guangdong. Namun, pada tahun-tahun berikutnya, bandar itu berkembang dengan pesat dan menarik perusahaan dalam pelbagai bidang. Sekarang, produk-produk yang dihasilkan oleh bandar ini telah tersebar dalam pasaran China dengan kadar yang tinggi. Dikatakannya, sekira berlaku kesesakan dijalan-jalan di Dongguan, seluruh China akan mengalami kekurangan barang-barang keperluan seharian. Terdapat satu muzium kebudayaan yang menunjukkan produk-produk yang dikeluarkan dari Dongguan. Antaranya, syarikat antarabangsa yang terkenal seperi kopi Nestle, kilang pembuatan telefon, Nokia dan Syarikat P&G masing-masing antara yang terawal menubuhkan kilang cawangan di bandar tersebut.

Selepas berkembang selama lebih 10 tahun, Dongguan telah menjadi satu bandar perindustrian yang moden. Namun, pelbagai masalah juga timbul seiring dengan perkembangan itu. Pencemaran alam sekitar masalah yang berkait dengan kehidupan petani yang bekerja di bandar itu, struktur pelbagai perusahaan yang tidak tersusun dan pertumbuhan ekonomi yang tidak menentu. Semasa menangani masalah-masalah tersebut, kerajaan menyedari bahawa hanya melalui mengubah struktur pelbagai perusahaan dan meningkatkan taraf sains dan teknologi syarikat-syarikat tersebut barulah dapat mengekalkan kemajuan bandar itu.

Untuk itu, Taman Perindustrian Sains dan Teknologi Tasik Songshan sebagai salah satu jalan penyelesaian. Taman itu terletak di pusat bandar Dongguan dan ditubuhkan pada November, 2001. Taman itu merupakan kawasan perindustrian yang mengumpulkan syarikat-syarikat yang unggul dalam pelbagai bidang. Hanya syarikat yang memenuhi piawaian tertentu boleh membuka kilang dan menjalankan urusniaga dalam taman itu. Pada tahun 2007, usaha menarik syarikat sains dan teknologi yang canggih merupakan fokus utama bagi taman itu. Untuk tujuan itu, Jawatankuasa Pentadbiran Taman Perindustrian Tasik Songshan berusaha keras untuk membina infrastuktur yang baik supaya ia selaras dengan pembangunan syarikat-syarikat besar yang melabur di situ.

Sekarang, taman itu telah mempunyai pusat pengajian sendiri untuk menyediakan perkhidmatan sains dan teknologi bagi syarikat-syarikat yang melabur dalam taman itu. Sehingga Ogos, tahun 2007, sebanyak 160 projek telah dijalankan di taman itu dengan jumlah pelaburan sebanyak 28 bilion yuan RMB.

Semua syarikat yang beroperasi di situ memberi tumpuan untuk penciptaan dan inovasi di bidang sains dan teknologi dan ini menjadi satu kecenderungan baru. Naib Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Jawatankuasa Pentadbiran Taman Industrian Sains dan Teknologi Tasik Songshan, Encik Xiao Naiyong gembira melihat perkembangan ini.

"Saya merasai satu kecenderungan yang baru telah muncul. Semua syarikat di Dongguan telah menumpu perhatian kepada kerja penyelidikan dan penciptaan dengan sains dan teknologi baru kerana situasi sekarang telah berubah, bukan seperti beberapa tahun yang lalu. Syarikat-syarikat di Dongguan, sama ada swasta atau syarikat modal asing semuanya amat giat k menjalankan aktiviti penyelidikan untuk meningkatkan daya saingan syarikat-syarikat tersebut."

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |