v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wawancara Khas dengan Ketua Setiausaha Suruhanjaya Olimpik Thailand, Encik Charouck Arirachakaran
2008-04-03 15:23:15 CRI

Sukan Olimpik ke-29 akan diadakan di Beijing pada 8 hingga 24 Ogos nanti. Atlet dari pelbagai negara dan kawasan sedang menjalani latihan untuk temasya sukan ini. Persiapan bagi Sukan Olimpik Beijing ini mendapat perhatian ramai. Baru-baru ini, wartawan CRI ke Thailand telah mewawancara Ketua Setiausaha Suruhanjaya Olimpik Thailand, Encik Charouck Arirachakaran. Berikut ialah laporan terperinci tentang pertemuan tersebut.

Encik Charouck Arirachakaran yang berumur 74 tahun telah menjawat jawatan Ketua Setiausaha Suruhanjaya Olimpik Thailand selama 25 tahun. Ketika diwawancara oleh wartawan CRI, beliau terlebih dahulu melahirkan sokongannya terhadap Sukan Olimpik Beijing, dan menyatakan bahawa temasya sukan ini pasti akan mengharumkan nama Asia. Katanya: "Saya warga Thailand, juga warga Asia. Saya amat gembira kerana China berjaya menjadi tuam rumah Sukan Olimpik kali ini. Setiap warga Asia menyokong China sejak permohonan untuk menjadi penganjur dibuat. Kita amat berharap sebuah negara di Asia dapat menjadi tuan rumah, sebab pertama bahasa, adat resam dan kebudayaan kita di sini hampir sama kerana kita dari kawasan yang sama, kedua, Suruhanjaya Olimpik Thailand dan China mempunyai sejarah hubungan persahabatan yang lama, kedua-dua pihak telah mula berkomunikasi sebelum hubungan diplomatik kedua-dua negara terjalin, dan ketiga, saya yakin China berpotensi besar, dan Sukan Olimpik yang berjaya di Beijing pasti akan mengharumkan nama Asia."

Sejak China berjaya mendapat hak menganjurkan Sukan Olimpik ke-29, Encik Charouck Arirachakaran, sentiasa memberikan perhatian kepada perkembangan persiapan Sukan Olimpik tersebut. Sebagai Ketua Setiausaha Suruhanjaya Olimpik Thailand, Encik Charouck Arirachakaran kerap kali datang ke Beijing untuk menghadiri pelbagai pertandingan dan persidangan sukan. Melalui pengalamannya, beliau penuh yakin Sukan Olimpik dapat diadakan dengan jayanya di Beijing. Kata beliau: "Saya pernah beberapa kali menyertai sidang yang diadakan di Beijing. Baru-baru ini, ketika saya melawat Beijing, saya dapat merasakan perubahan yang besar di bandar itu. Kini, kesemua pembinaan gelanggang pertandingan dalam Sukan Olimpik telah siap. Saya pernah merasa bimbang akan masalah lalu lintas di Beijing untuk tempoh Sukan Olimpik, sebab saya mengalami kesesakan di jalan raya ketika berada di Beijing baru-baru ini. Namun, sekarang saya tidak bimbang lagi kerana saya tahu bahawa Beijing telah merangka cadangan untuk mengatasi masalah ini, antaranya melaksanakan kawalan lalu lintas sementara untuk kangka masa tersebut, sekolah diberi cuti dan menghadkan jumlah kenderaan yang keluar masuk Beijing."

Encik Charouck Arirachakaran menyatakan bahawa China pernah berjaya mengadakan pelbagai temasya sukan peringkat tinggi, dan kemampuannya telah teruji kerapa kali? khususnya ketika Sukan Asia ke-11 diadakan di Beijing pada tahun 1990, dan ketika itu beliau menjawat jawatan Ketua Kontinjen Sukan Thailand. Ketika mengenang kembali peristiwa itu, beliau berkata bahawa kontinjen Thailand mendapat bantuan pihak penganjur dalam pelbagai bidang dalam tempoh temasya sukan ini. Perkara yang lebih mengagumkan beliau ialah kefasihan pegawai pihak penganjur berkomunikasi dengan mereka dalam bahasa Thai. Kontinjen dari negara yang lain juga dmendapat perkhidmatan yang bermutu tinggi. Kesemua hal ini telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada beliau.

Kini, Encik Charouck Arirachakaran juga menjawat jawatan Pengerusi Suruhanjaya Pemilihan Atlet Thai untuk Sukan Olimpik. Ketika menjelaskan persiapan Thailand untuk Sukan Olimpik, Charouck Arirachakaran menyatakan bahawa beliau yakin atletnya tidak akan menghadapi masalah dalam kehidupan harian, makan minum dan penginapan. Kini, seramai lebih 40 atlet Thailand telah melayakkan diri untuk Sukan Olimpik Beijing. Dijangka Thailand akan menghantar kontinjen yang terdiri daripada lebih kurang 120 orang untuk mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Beijing nanti. Katanya: "Sehingga kini, seramai lebih 40 atlet Thailand telah melayakkan diri untuk Sukan Olimpik bagi acara sukan olahraga, angkat berat, tinju, renang, taekwondo, menembak dan berbasikal. Usaha pemilihan calon atlet masih lagi dijalankan. Berdasarkan pengalaman pada masa yang lalu, jumlah atlet warga Thailand yang akan mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Beijing dijangka tidak melebihi 60 orang, ditambah dengan jurulatih, doktor dan pegawai, jumlah anggota kontinjen Thailand untuk sukan ini akan mencatat angka l 120 orang."

Kontinjen Thailand pernah meraih satu pingat emas dalam acara tinju dan dua pingat emas dalam acara angkat berat dalam Sukan Olimpik Athens 2004. Ini merupakan kejayaan paling cemerlang yang dicapai oleh Thailand dalam Sukan Olimpik. Ketika memperkatakan matlamat kontinjen Thailand dalam Sukan Olimpik Beijing, Encik Charouck Arirachakaran berkata: "Dalam temasya sukan ini, kami merancang untuk meraih satu pingat emas dalam acara angkat berat wanita, namun matlamat ini sukar untuk dicapai berdasarkan keadaan sekarang sebab pasukan China lebih hebat. Kini, kami berharap meraih pingat emas dalam acara tunju dan taekwondo. Kami berharap dapat membawa peluang dua pingat emas dalam acara tinju. Namun, persaingan antara atlet kami dengan atlet dari Rusia dan kawasan Amerika Selatan pasti amat sengit. Bagaimanapun, kami berpuas hati sekiranya dapat meraih dua pingat emas dalam Sukan Olimpik Beijing ini nanti."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |