v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kobori Shogo, Ahli Perniagaan Jepun yang Urus Niaga Syarikatnya Berkembang Maju di China
2008-04-02 13:36:18 CRI

Encik Kobori Shogo, seorang ahli perniagaan warga Jepun yang urus niaga syarikatnya berkembang semakin maju di China.

"Apa khabar semua! Ini Kobori Shogo dari Jepun. Saya amat gembira berjumpa dengan anda."

Kobori Shogo, 60, menyapa pemberita kami menggunakan bahasa Mandarin. Walaupun sebutannya kurang tepat, tetapi dia dapat menyampaikannya dengan baik dengan diringi wajahnya menunjukkan kemesraan.

Di China, 60 tahun ialah usia persaraan wajib bagi lelaki. Namun, Kobori Shogo sebagai Timbalan Pengurus Besar Syarikat Alat-alat Mesin Gergasi Kecil Berhad nampak masih bertenaga dan sihat. Syarikat yang terletak di bandar Yinchuan, Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia di barat China tersebut adalah cawangan kepada Syarikat Mazak Yamazaki Jepun. Lapan tahun yang lalu, Kobori Shogo datang ke China denagn tugas berat untuk membentuk cawangan baru. Beliau memaklumkan: "Saya memegang jawatan Timbalan Pengurus Besar di Syarikat Gergasi Kecil itu. Sebelum ke China, saya terlibat dalam kerja pengkajian alat-alat mesin dan merupakan staf yang paling menguasai keadaan perkembangan sektor ini di Syarikat Mazak."

Syarikat Mazak Yamazaki, pembuat alat-alat mesin yang amat terkenal di dunia. Keyakinan terhadap tahap teknologi dan iklim pelaburan di China menggalakkan syarikat itu untuk menubuhkan cawangannya di Ningxia lapan tahun yang lalu. Menurutnya, peruntukan Mazak terhadap Syarikat Gergasi Kecil semakin bertambah, begitu juga pelaburannya di kawasan-kawasan yang lain di China juga meningkat. Katanya: "Skop Syarikat Gergasi Kecil diperluas sejak 3 tahun yang lalu. Syarikat Mazak juga turut menubuhkan pusat pameran teknologi di Shanghai pada awal tahun ini. Memandangkan keadaan ini, saya yakin pelaburan Mazak di China akan terus meningkat pada masa depan."

Kobori Shogo menganggap banyak perusahaan transnasional termasuk Syarikat Mazak telah meningkatkan pelaburan mereka di China pada tahun-tahun kebelakangan ini ekoran pertumbuhan ekonomi China yang mantap.

"Semakin ramai pedagang asing menaruh kepercayaan terhadap pasaran China. Ia berpotensi besar. Antara negara-negara di dunia, hanya China meneruskan arah aliran pembangunannya yang begitu pesat. Saya optimis dengan peningkatan pelaburan di China pada masa depan."

Dalam tempoh selama 8 tahun di China, Kobori Shogo telah menghayati perkembangan sosioekonomi negara itu dan menyaksikan tahap kehidupan penduduk awam yang kian meningkat.

"Saya menjadikan staf-staf saya dari China sebagai contoh. Kebanyakan mereka mampu membeli rumah dan kereta. Syarikat kami berkembang dengan pesat beberapa tahun kebelakangan ini, dan pendapatan setiap anggota telah meningkat dengan ketara."

Encik Kobori Shogo dapat menyesuaikan diri dengan cara hidup di China. Beliau mendiami unit pangsapuri yang disediakan oleh syarikatnya. Selepas balik dari kerja, seperti juga penduduk tempatan, beliau suka memasak dan mengemas rumah. Pada masa lapang, biasanya beliau keluar membeli-belah dan berbual-bual dengan sahabat.

"Saya menghayati kehidupan yang sederhana di Yinchuan. Saya sudah mengenali banyak penduduk di sini. Mereka banyak membantu saya dan menjaga saya dengan baik sekali. Saya tidak merasa kesepian kerana di sini seperti di rumah sendiri."

Menurut beliau, pengalaman selama 8 tahun tinggal di China amat berfaedah baginya.

"Rakyat China dengan sikap tolong-menolong amat memberi kesan kepada saya. Jadi, saya akan mengenang budi baik orang lain dan membalas mereka."

Encik Kobori memberitahu pemberita kami, beliau amat berpuas hati terhadap kerja dan hidupnya di China sekarang. Sebagai pengurus syarikat, beliau berharap agar syarikatnya terus dapat berkembang maju.

"Syarikat Gergasi Kecil berkembang pesat sejak ia ditubuhkan pada bulan Mei tahun 2000. Pada masa ini, syarikat ini merupakan salah sebuah kilang milik Kumpulan Mazak yang berkembang paling baik di luar negara. Hanya melalui 7 tahun jatuh bangun dalam perniagaan, syarikat kami telah mencapai hasil yang besar. Saya berharap kami dapat mengeluarkan alat mesin yang terunggul di kilang Yinchuan China."

Encik Kobori juga meluahkan harapannya agar hubungan dua hala antara China dengan Jepun dapat ditingkatkan, khususnya berhubung masalah visa.

"Saya harap masalah visa antara Jepun dengan China dapat dipermudahkan dengan lebih baik sebelum Sukan Olimpik Beijng. Pada tahun 2006, orang Jepun yang melawat China perlu memohon visa. Tetapi, pada tahun lalu, sesetengah bandar seperti Shanghai dan Guangzhou telah dibuka kepada pengunjung luar negara tanpa visa. Saya yakin, seiring dengan pengukuhan hubungan ekonomi Jepun-China yang semakin erat, kerjasama kedua-dua negara dalam bidang-bidang yang lain juga pasti akan mencapai kemajuan." ----Selina

 

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |