v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wawancara Khas dengan Presiden Pakistan, Pervez Musharaff
2008-04-16 11:08:35 CRI

Islamabad merupakan destinasi ke-10 bagi larian obor temasya sukan Olimpik ke-29, di luar Tanah Besar China. Obor Sukan Olimpik Beijing tiba di Islamabad, Pakistan hari ini. Larian obor Sukan Olimpik Beijing bermula dari Jalan Jinnah, melalui Jalan Perlembagaan, dan melintasi Kediaman rasmi Presiden, Bangunan Parlimen, Mahkamah Tinggi, Sekretariat Perdana Menteri dan akhirnya sampai ke Stadium Jinnah.

Presiden Pakistan, Pervez Musharaff telah mengadakan lawatan rasmi ke China yang berlangsung selama enam hari bermula dari 10 April. Dalam lawatan ini, beliau telah menghadiri Forum Asia Boao.

Presiden Pakistan, Pervez Musharraf berkata, pihak Pakistan akan berusaha menjamin larian obor Sukan Olimpik Beijing berjalan dengan sempurna di Pakistan. Kerajaan negara itu menentang keras cubaan yang mempolitikkan dan menggugat Sukan Olimpik ini.

Ketika diwawancara oleh wartawan CRI ke Pakistan di kediaman rasmi beliau pada 8 April, Presiden Pakistan, Pervez Musharraf berharap semoga Sukan Olimpik berjaya diadakan di Beijing. Kata beliau: "Sukan Olimpik kali ini akan menjadi Sukan Olimpik yang paling berjaya dalam sejarah. Kami berharap agar China berjaya, dan meraih lebih banyak pingat dalam temasya sukan itu."

Sukan Olimpik merupakan temasya sukan yang disertai oleh rakyat seluruh dunia. Oleh itu, kerajaan China memberikan sumbangan yang besar bagi menjayakannya. Atlet dari negara-negara yang menyertai sukan ini juga sedang giat membuat persiapan dan tidak sabar-sabar menantikan hari tersebut untuk membawa peluang kejayaan. Namun, berlaku juga peristiwa yang bertujuan memulaukan Sukan Olimpik di beberapa buah negara. Sehubungan dengan itu, Presiden Musharaff menyatakan bahawa Pakistan menentang sebarang kegiatan yang ingin menjejaskan Sukan Olimpik ini. Kata beliau: "Tindakan memulaukan Sukan Olimpik amat mengecewakan kita. Kami yakin rakyat China dapat menjayakan Sukan Olimpik ini. Malangnya masih ada pihak yang memulaukan Sukan Olimpik, atau menyebarkan khabar-khabar angin, atau cuba menjejaskan temasya sukan ini. Bagi Pakistan, apa yang boleh kita buat? Itulah ketika ada orang berniat untuk menjejaskan Sukan Olimpik, Pakistan akan berdiri menentangnya bersama-sama dengan China."

Kini, larian obor Sukan Olimpik Beijing sedang berjalan. Obor ini tiba di Islamabad, ibu negara Pakistan hari ini. Ini merupakan pertama kalinya Pakistan menyertai aktiviti larian obor Sukan Olimpik. Presiden Musharaff memberikan perhatian kepada aktiviti ini. Ketika diwawancara beliau berkata: "Jika kita bercakap tentang larian obor Sukan Olimpik Beijing, obor tersebut akan tiba di Islamabad pada 16 April, sedangkan saya pula melawat China pada 10 April dan hanya kembali pada 15 April. Namun, saya akan menyertai aktiviti larian obor itu pada 16 April. Kerajaan Pakistan sedang berusaha sedaya upaya untuk menjamin keselamatan aktiviti larian obor tersebut. Kami optimis bahawa aktiviti ini akan berlangsung dengan jayanya. Aktiviti yang meriah ini akan memperlihatkan persahabatan yang erat dan hubungan yang rapat antara Pakistan dengan China."

Walaupun Presiden Musharaff berumur lebih 60 tahun, namun beliau amat sihat. Beliau menyatakan bahawa untuk menjaga kesihatannya, beliau tidak pernah meninggalkan bidang sukan. Ketika wartawan bertanya sama ada beliau akan datang ke China untuk menyaksikan pertandingan dalam Sukan Olimpik Beijing, beliau berkata "Saya seorang peminat sukan, namun taraf saya tidak sampai ke taraf Sukan Olimpik. Sekiranya dibenarkan, saya ingin pergi ke China untuk menyaksikan pertandingan tersebut. Secara peribadi, saya memang amat berharap dapat pergi ke China untuk menimati temasya sukan ini."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |