v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Liang Fuping, Penyanyi yang Dikenali Ramai di Chongqing
2008-04-23 16:06:11 CRI

Di bandar Chongqing, barat daya China, ada seorang penyanyi lelaki yang dikenali ramai. Beliau bukan sahaja penyanyi berbakat, tetapi juga berkebolehan mencipta lagu. Walaupun kakinya cacat, dan berjalan dengan bantuan topang ketiak, tetapi beliau gigih mengikuti pelbagai pertandingan nyanyian. Malah, beliau berjaya menghasilkan album. Inilah Liang Fuping, watak yang akan dibicarakan dalam program hari ini.

Liang Fuping tinggal di Jalan Nanpinzheng, Chongqing. Semasa mengunjungi rumahnya. isterinya, A Jiao menunggu di luar rumah menyambut kedatangan pemberita kami.

Selepas masuk ke dalam, kami segera mengenal Encik Liang daripada ramai tetamu yang duduk di kerusi panjang. Beliau memberi salam kepada kami. Nampaknya beliau lebih bersemangat daripada foto-fotonya yang pernah kami lihat. Pada hari itu, terdapat banyak sahabat handai yang datang ke rumah Encik Liang. Mereka berada di ruang tamu. Di atas meja tersedia bir, kuaci dan periuk panas.

Apabila memperkatakan tentang Liang Fuping, banyak orang berebut-rebut untuk memberikan pandangan mereka.

"Sejak kecil, saya sangat menyayangi bapa saya. Beliau selalu maju terus walaupun mengalami kesulitan", kata anak perempuannya, Liang Sisi.

Adiknya, Liang Fuyong pula memperkatakan perihal abangnya. "Abang saya pandai bermain alat-alat muzik, seperti harmonika, Erhu, akordion dan violin. Bagi saya, abang semacam 'pemimpin rohani'."

Kawan-kawannya juga menyanjung tinggi beliau. "Sejak kecil lagi Liang Fuping menunjukkan bakat dalam bidang muzik. Dia selalu yakin terhadap diri sendiri. Dia mencintai muzik dan peramah dengan kami."

Isterinya, A Jiao pula memperkatakan mengenainya. "Sebaik sahaja dia menyanyi, saya terasa ingin menari. Saya memang menyukai muziknya."

Encik Liang kemudian memperkatakan perihal dirinya kepada kami: "Cita-cita saya adalah untuk membuatkan lebih ramai orang menikmati muzik saya."

Liang Fuping dilahirkan dalam sebuah keluarga biasa di tepi Sungai Jialing, bandar Chongqing pada tahun 1963. Ibunya seorang penenun yang sudah lama terbaring di katil kerana sakit. Ayahnya sibuk bekerja di jabatan kereta api dan tidak dapat memberi masa untuk keluarga. Ketika berusia dua tahun, Liang Fuping lumpuh pada kaki kanannya. Disebabkan ditimpa malapetaka itu, keluarga tersebut menjadi lebih miskin. Encik Liang terkenangkan, zaman kanak-kanaknya, dia tidak boleh bermain seperti kanak-kanak yang lain. Sahabat karibnya hanyalah muzik.

"Ketika masih kecil, saya gemar sekali dengan muzik dan lagu. Saya menyanyi. Ketika mendengar sebuah lagu, saya selalu berfikir, mengapa melodi lagu itu dicipta demikian, mengapa lagu itu begitu merdu dan lain-lain. Saya sering memikirkan hal-hal yang aneh itu."

Encik Liang mempelajari pengetahuan tentang muzik dengan bersungguh-sungguh. Selain kuliah di sekolah, beliau juga mencuba meniru bintang-bintang penyanyi semasa di rumah. Kemudiannya beliau berlatih menyanyi di tepi Sungai Jialing selama dua jam setiap hari, biarpun cuaca buruk ketika itu. Adiknya, Fuyong berkata: "Semasa kecil, saya selalu bersama abang saya. Pada musim panas, ketika saya mandi di sungai, dia berlatih menyanyi di tepi sungai. Ketika hujan, saya selalu memayungnya. Untuk menyanyi, saya akan mendukungnya dan sampai sekarang masih berbuat demikian."

Encik Zhang Chaoming, sahabat sepermainannya sejak kecil, menyatakan, walaupun zaman kanak-kanak sangat pendek, tetapi persahabatan mereka kukuh lagi sejati. "Kami sama-sama tinggal di tepi Sungai Jialing. Pada waktu malam, kami selalu bermain gitar di tepi sungai. Masa gembira itu benar-benar tidak dapat dilupakan."

Sungai Jialing merupakan saksi terhadap usaha gigih Encik Liang dalam bidang muzik, ia juga merangsang inspirasinya untuk menghasilkan lagu "Pemandangan Sungai Jialing yang Indah Permai". Lagu itu merupakan lagu pertama yang dihasilkannya.

Pada tahun 1982, Encik Liang mendapat kerja di sebuah kilang di Chongqing. Dengan adanya pendapatan yang stabil, beliau mampu membeli alat-alat muzik dan ini memberi kesempatan kepadanya untuk menunjukkan persembahan.

"Dengan menyimpan wang selama setahun, saya membeli sebuah gitar dengan hanya 88 yuan. Saya tidak henti-henti memainkannya, bahka lupa makan. Saya amat terharu kerana inilah alat yang sudah sekian lama saya idamkan. Kerana saya suka menyanyi, pemimpin kilang saya selalu menggalakkan saya menyertai pelbagai pertandingan nyanyian untuk mengetengah bakat. "

Ketika itu, Encik Liang aktif mengikuti pertandingan di Chongqing dan kawasan barat daya yang lain, dan sentiasa memperoleh hadiah. Lama-kelamaan, beliau dikenali ramai.

Tetapi, setelah berkahwin dan mendapat anak, beban kehidupan yang dialaminya kian meningkat. Jadi, dengan membawa gitar, topang ketiak dan buku lagu, Liang Fuping memulakan kerjayanya sebagai penyanyi jalanan. Di mana-mana saja di Chongqing akan kedengaran suara nyanyiannya.

Malangnya, keputusan itu gagal memperbaiki kehidupannya, sebaliknya telah melukai perasaan isteri pertamanya. Pada tahun 2002, mereka bercerai. Dalam kehidupan yang getir yang dilaluinya, muziklah yang membantunya keluar daripada kesusahan tersebut. Tiga tahun kemudian, Encik Liang meraih hadiah dalam Pertandingan Nyanyian Orang Kurang Upaya China. Dalam suatu majlis jamuan, beliau bertemu dengan A Jiao, isterinya sekarang.

A Jiao mengenang kembali peristiwa pertemuan pertama mereka.

"Saya tertarik dengan nyanyian dan bakat yang ada padanya. Dia seorang yang bertanggungjawab dan amat mementingkan keluarga."

Pada penghujung tahun lalu, Liang Fuping berjaya menghasilkan album pertamanya "Bahu Lelaki".

Encik Liang menyatakan, lagu itu mengekspresikan suara hatinya dan memperlihatkan pengalaman kehidupan yang sebenar.

"Kalau Tuhan menutup pintu yang satu, dia pasti membuka pintu yang lain. Walaupun saya seorang yang cacat, tetapi saya mempunyai keazaman yang tinggi dalam merealisasikan cita-cita saya." ----Selina

 

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |