v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Selamat datang ke Beijing!
2008-05-01 16:01:17 CRI

30 April merupakan kira detik 100 hari sebelum perasmian temasya sukan yang terbesar di dunia ini. Pelbagai aktiviti diadakan di Beijing dan pelbagai tempat di China untuk menyambut hari yang bersejarah ini.

Sebagai salah satu aktiviti yang penting sebelum Sukan Olimpik Beijing dirasmikan, larian obor Sukan Olimpik telah menarik perhatian orang ramai. Semalam, obor itu telah tiba di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam, destinasi ke-19 dalam perjalanannya di luar Tanah Besar China.

Sebelum ini, obor Sukan Olimpik telah melalui Bangkok, Kuala Lumpur dan Jakarta. Larian itu turut disambut meriah penduduk di ketiga-tiga bandar di Asia Tenggara tersebut, lebih-lebih lagi di Kuala Lumpur.

Sebenarnya, kira detik 100 hari sukan tersebut bukan sahaja satu perayaan, tetapi juga merupakan satu desakan kepada pihak penganjur.

Pelbagai kerja persiapan bagi sukan tersebut dijalankan dengan lancar. Pembinaan gelanggang Sukan Olimpik Beijing 2008 telah memasuki fasa terakhir. Semua gelanggang sudah siap dibina kecuali Stadium Negara "Sarang Burung" yang akan beroperasi pada bulan Mei.

Banyak teknologi tinggi telah digunakan dalam pembinaan dan pengoperasian gelanggang Sukan Olimpik Beijing demi mencapai sasaran menjimat tenaga, berefisien tinggi dan selamat, dan mewujudkan "Sukan Olimpik yang Hijau".

Selain daripada kemudahan sukan, Beijing juga banyak membuat persiapan dalam pelbagai bidang untuk menjayakan Sukan Olimpik kali ini, seperti menjamin kualiti udara di Beijing, keselamatan awam dan perkhidmatan sukarelawan.

Dari segi meningkatkan kualiti udara, kerajaan bandar Beijing telah mengambil pelbagai langkah perawatan dan pengawalan untuk menjamin kualiti udara sepanjang tempoh sukan itu diadakan. Menurut statistik terkini Pusat Pengawasan Perlindungan Alam Sekitar Beijing, jumlah hari yang memenuhi piawai kualiti udara di Beijing telah mencapai 67 hari pada suku pertama tahun ini. Ini merupakan pencapaian terbaik bagi tempoh yang sama sejak 9 tahun yang lain.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |