v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wawancara Khas dengan Pengerusi Jawatankausa Olimpik Bulgaria, Stefka Kostadinova
2008-05-08 09:09:34 CRI

Sukan Olimpik Beijing akan dirasmikan di Beijing pada 8 Ogos nanti. Pengerusi dan pegawai Jawatankuasa Olimpik pelbagai negara menyampaikan harapan yang baik kepada Beijing dan berharap semoga atlet negara sendiri dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam temasya sukan itu. Baru-baru ini, wartawan CRI mengadakan wawancara khas dengan Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Bulgaria yang pemegang rekod dunia acara lompat tinggi wanita, Stefka Kostadinova.

Stefka Kostadinova meraih pingat emas acara lompat tinggi dalam Kejohanan Dunia Olahraga 1987. Seiring dengan sorak-sorei penonton menjelaskan kepada kita rekod dunia yang baru dicipta. Namun selepas 20 tahun, rekod dunia acara lompat tinggi wanita iaitu 2.09 meter masih belum tergugat sehingga kini. Ia kekal di tangan Stefka. Ketika mengenang kembali peristiwa itu, Stefka Kostadinova berkata: "20 tahun sudah saya pegang rekod dunia itu. Ketia mencipta rekod dunia itu, ia bukan sahaja penghormatan bagi saya sendiri, tetapi juga penghormatan buat rakyat Bulgaria. Dalam beberapa tahun ini, saya selalu berharap rekod dunia ini diperbaharui oleh atlet yang lain, kerana saya berpendapat melompat dengan lebih tinggi dan berlari dengan lebih pantas menunjukkan perkembangan sosial dan kemajuan umat manusia. Saya berharap para atlet memberi persembahan yang baik dalam Sukan Olimpik Beijing nanti."

Stefka Kostadinova dilahirkan di Plovdiv, bandar kedua terbesar di Bulgaria pada tahun 1965. Beliau meraih pingat perak dalam Sukan Olimpik Seoul 1988, dan menjadi juara dalam Sukan Olimpik Atlanta 1996. Malah. menjadi juara dalam lima Kejohanan Olahraga Tertutup Dunia dan dua Kejohanan Olahraga Dunia. Stefka Kastadinova empat kali dianugerahkan sebagai "atlet terunggul Bulgaria", dan memperoleh gelaran "10 atlet wanita yang terbaik pada abad ke-20" yang dianugerahkan oleh Persatuan Olahraga Antarabangsa. Dlam banyak kejayaan tersebut, kejayaan yang lebih membanggakan ialah dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Bulgaria pada tahun 2005. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Olimpik wanita yang pertama di negara itu.

Selepas dipilih ke jawatan tersebut, Stefka Kostandinova sentiasa berusaha untuk meningkatkan kehebatan sukan negaranya. Atas usahanya, Bulgaria sangat mementingkan perkembangan sukan pada beberapa tahun yang lalu. Selain acara angkat berat dan gusti, iaitu 2 acara hebat di Bulgaria, atletnya juga mencapai kejayaan yang cemerlang dalam acara menembak, berkayak dan bola tampar. Ketika ditanyakan atlet Bulgaria mungkin meraih pingat emas dalam acara lain dalam Sukan Olimpik Beijing, beliau berkata: "Atlet kami telah membuat persiapan sejak empat tahun lalu untuk mencapai kejayaan dalam Sukan Olimpik Beijing. Saya berpendapat selain acara angkat berat dan gusti, atlet kami juga berkemungkinan mencapai kejayaan dalam acara olahraga dan gimnastik berirama. Saya juga berharap pasukan bola tampar lelaki Bulgaria memberikan persembahan yang terbaik dalam temasya sukan itu."

Stefka Kostadinova bukan sahaja memberi perhatian kepada Sukan Olimpik Beijing, tetapi juga berusaha membawa Sukan Olimpik ke negaranya. Bulgaria berusaha untuk memohon hak menganjurkan Sukan Olimpik musim sejuk. Walapun gagal memperoleh hak menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014, namun Stefka lebih memafami matlamatnya pada masa depan. Katanya: "permohonan untuk hak menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk amat bererti bagi sesebuah negara. Sofia, ibu negara kami terletak di kaki gunung Vitosha. Kemudahan alam yang unggul ini tentu boleh membantu kami berjaya memperoleh hak menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk. Pada penghujung tahun ini, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa akan mengadakan pemilihan pusingan yang baru. Kami masih ada masa untuk membuat persiapan. Kami akan berusaha sedaya upaya mendapatkan hak menganjurkan temasya sukan itu."

Stefka Kostadinova berminat akan sejarah China. Beliau berkata kepada wartawan, China mempunyai sejarah yang lama dan kebudayaan yang menarik. Oleh itu, beliau berharap dapat melihat lebih banyak unsur China dalam upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing. Walaupun beliau masih belum melawat China, namun beliau selalu memberi perhatian kepada persiapan temasya sukan itu. Kelicinan persiapan Sukan Olimpik Beijing meninggalkan kesan yang mendalam baginya. Kata beliau: "Saya kerap kali melihat usaha persiapan rapi Sukan Olimpik Beijing menerusi televisyen. Saya berpendapat China telah membuat persiapan bagi temasya sukan itu. Saya yakin Sukan Olimpik Beijing akan meninggalkan kesan yang mendalam bagi setiap peserta dan penonton. Saya menanti-nantikan upacara perasmian temasya sukan itu. Saya berharap semoga Sukan Olimpik Beijing berjaya diadakan, dan atlet pelbagai negara mencapai kejayaan yang cemerlang. Bulgaria akan menghantar sejumlah besar kontinjennya ke Beijing. Moga-moga Beijing dan Sukan Olimpik berjaya."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |