v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Puan Cho Sung Hye Gigih Berusaha untuk Galakkan Kerjasama Republik Korea- China
2008-05-07 14:32:13 CRI

"Sebagai seorang asing, saya mendapat kebenaran menetap di China dan memperoleh Anugerah Persahabatan Kebangsaan China, malah dipilih sebagai pembawa obor Sukan Olimpik Beijing. Kesemua peristiwa ini cukup membanggakan saya. Saya bersedia berkongsi pengalaman saya dengan anda sekalian."

Puan Cho Sung Hye, dari Republik Korea memperkenalkan dirinya kepada wartawan kami. Beliau yang sudah 12 tahun menetap di Hefei, Provinsi Anhui di tengah China, sentiasa gigih berusaha untuk menggalakkan kerjasama China-Republik Korea dalam bidang ekonomi, perdagangan dan kebudayaan. Oleh itu, Puan Cho mendapat Anugerah Persahabatan Kebangsaan China dan sempena larian obor Sukan Olimpik Beijing, beliau terpilih salah seorang pembawanya. Menurutnya, beliau sudah menyesuaikan diri dengan cara hidup di Hefei.

Puan Cho, 50 tahun, sebelum datang ke China, seorang pengetua tadika. Suaminya mengurus sebuah kedai komputer. Mereka menjalani kehidupan yang sederhana di Republik Korea. Walaupun demikian, Puan Cho sekeluarga memutuskan untuk berpindah ke Hefei, China. Pada tahun 1990-an, ramai penduduk Republik Korea lebih suka mengembangkan kerjaya mereka di bandar-bandar pesisir China. Tetapi, Puan Cho menerima cadangan anak lelakinya dan memilih bandar Hefei di bahagian tengah China untuk memulakan hidup baru. Beliau dan suaminya merupakan pensyarah bahasa Korea di sebuah universiti di bandar Hefei.

"Walaupun kawasan pesisir China agak dekat dengan Republik Korea, tetapi, anak saya menganggap, lalu lintas di Hefei amat mudah dan senang bergerak ke mana-mana tempat di China, malah terdapat banyak tokoh yang terkenal di China berasal dari bandar ini. Tambahan pula, harga barangan di sini lebih murah berbanding daerah-daerah yang lain. Dengan mengambil kira banyak perkara, kami memutuskan untuk tinggal di sini."

Bagi Puan Cho yang baru datang ke China, halangan bahasa dan cara hidup yang berbeza merupakan cabaran yang tidak boleh dielakkan. Untuk mengatasi kesukaran tersebut, Puan Cho sekeluarga bersungguh-sungguh mempelajari bahasa Mandarin. Beliau memberitahu pemberita bahawa oleh sebab selalu tawar-menawar dengan peniaga gerai, beliau boleh bercakap dialek Hefei. Selain berusaha mengatasi halangan komunikasi, beliau juga merancang kerjaya masa depan di China.

"Pada tahun 1990-an, kami boleh membeli pelbagai produk China di Republik Korea, seperti hasil pertanian dan barangan kegunaan harian. Jadi, saya juga berharap dapat membeli produk negara kami di China."

Tidak lama lagi, percubaan membina "Pasar Barangan Republik Korea" yang asli di Hefei dilaksanakan oleh beliau. Puan Cho aktif berkomunikasi dengan pihak berkuasa bandar Hefei, di samping menghubungi perusahaan Republik Korea supaya mendorong kedua-dua pihak menjalin hubungan perniagaan dengan seawal mungkin.

"Saya bersama-sama dengan pegawai pihak berkuasa bandar Hefei ke Republik Korea untuk menarik pelaburan. Lalu lintas di bandar ini amat mudah dan ada dasar keutamaan yang disediakan kepada pelabur asing. Saya yakin Hefei berpotensi untuk berkembang dengan pesat."

Dengan dorongan Puan Cho, "Pasar Barangan Republik Korea" di Hefei selesai dibina pada tahun lalu. Pasar yang mempunyai pelbagai kedai pakaian, barangan hiasan dan restoran Republik Korea, bukan sahaja memudahkan kehidupan orang Korea yang menetap di Hefei, bahkan juga menarik perhatian pengguna tempatan. Pengurus besar pasar itu, Puan Shi memaklumkan: "Semua barangan yang dijual di sini dibawa dari Republik Korea. Konsep pengurusan pasar ini dicadangkan oleh Puan Cho Sung Hye."

Pelanggan, Puan Li Xiuyun menyatakan: "Yang menarik saya ke pasar ini ialah barangan Republik Korea sangat moden dan harganya berpatutan serta suasana membeli-belah yang selesa."

Puan Cho Sung Hye berpendapat, projek "Pasar Barangan Republik Korea" itu bukan sahaja mendatangkan lebih banyak keuntungan, tetapi juga memainkan peranan penting dalam mendorong pertukaran kebudayaan Republik Korea-China.

Selain itu, beliau juga berminat terhadap program pertukaran pendidikan antara China dengan Republik Korea. Dengan usahanya, lebih sepuluh sekolah rendah dan menengah di Hefei terpilih dalam program sekolah kembar dengan Republik Korea. Selain itu, Akademi Perubatan Tradisional China Anhui dan Universiti Republik Korea juga menjalinkan hubungan persahabatan.

Disebabkan kesemua usahanya itu, Puan Cho memperoleh Anugerah Persahabatan Kebangsaan China pada tahun 2002, iaitu anugerah tertinggi kerajaan China untuk pakar asing yang membuat sumbangan besar dalam mendorong pembangunan China. Selain itu, beliau juga dipilih sebagai pembawa obor Sukan Olimpik Beijing. Semasa mengenang penghormatan diberi, beliau berkata: "Saya berasa malu untuk memperkatakan peristiwa tersebut kerana saya hanya membuat sedikit sumbangan, sebaliknya mendapat banyak ganjaran. Jadi, saya akan terus berusaha menggalakkan perkembangan hubungan Republik Korea-China".

Anak sulung Puan Cho terlibat dalam bidang berhubung mendorong pertukaran China-Republik Korea di Hefei setelah menamatkan pengajian daripada Universiti Peking, manakala anak bongsunya sedang mengikuti pengajian dalam bidang akupunktur di sebuah institut perubatan tradisional China di Hefei. Puan Cho menyatakan bahawa keluarganya menyaksikan pembangunan yang pesat bandar itu pada beberapa tahun kebelakangan ini.

"Dulu, saya rasa Hefei sebuah bandar kecil. Tiada bangunan besar dan lalu lintasnya pula kurang mudah. Namun sekarang, jumlah kenderaan di bandar ini meningkat dengan ketara dan ada banyak bangunan besar. Perubahan ini menunjukkan pembangunan pesat bandar ini."

Beliau memberitahu pemberita bahawa Hefei sudah menjadi kampung halamannya.

"Saya hidup di sini selama 12 tahun. Walaupun penduduk di kawasan-kawasan yang lain di China amat peramah, tetapi, saya tetap rasa penduduk di sini yang terbaik." ----Selina

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |