v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wakil-wakil Pertubuhan Antarabangsa serta Duta-Duta Pelbagai Negara Menyampaikan Rasa Dukacita atas Korban Nyawa dalam Gempa Sichuan
2008-05-20 15:12:56 CRI

Kerajaan China telah mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari dari 19 hingga 21 Mei ini untuk mengenang mangsa korban dalam bencana gempa bumi yang berlaku di Sichuan. Semalam, wakil-wakil pelbagai pertubuhan antarabangsa serta duta-duta pelbagai negara di Geneva masing-masing mengunjungi Pejabat Perwakilan China di Geneva untuk menyampaikan rasa dukacita atas korban nyawa dalam bencana tersebut.

Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Sergei Ordzhonikidze merakamkan rasa simpatinya terhadap korban nyawa akibat gempa bumi itu pada buku takziah di Pejabat Perwakilan China di Geneva. Beliau juga menyampaikan ucapan takziah kepada Duta Besar China di Geneva, Li Baodong.

"Gempa bumi di China kali ini merupakan tragedi ngeri, dan mengakibatkan kerugian yang amat besar. Ramai orang terkorban. Saya berharap rakyat China dapat mengatasi kesukaran akibat bencana ini dengan secepat mungkin," kata Ordzhonikidze.

Pusat Selatan merupakan sebuah pertubuhan antara kerajaan yang terdiri daripada lebih 30 buah negara membangun. Ketua Eksekutif pusat tersebut, Yash Tandon juga menyampaikan simpati kepada mangsa dalam bencana gempa bumi ini. Beliau berkata, usaha menyelamat yang dijalankan oleh pihak China dalam bencana ini telah memberikan kesan mendalam kepadanya.

"Saya amat terharu. China telah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan mangsa dalam bencana ini, termasuk menggunakan payung terjun. Ketika menghadapi bencana yang dahsyat, pemimpin dan rakyat China telah menunjukkan keyakinan diri dalam usaha menangani kesukaran. Selain itu, orang Cina dan perantau China di seberang laut juga bersatu padu untuk membantu mangsa di kawasan bencana. Kesemuanya ini memberikan kesan yang mendalam kepada kami," kata Yash Tandon.

Duta-duta besar pelbagai negara di Geneva, termasuk Duta Somalia, Zimbabwe, Brazil, Kemboja, Swizerland, Rusia dan Jepun juga mengunjungi Pejabat Perwakilan China di Geneva untuk menyampaikan ucapan takziah atas korban nyawa dalam gempa bumi Sichuan.

Selepas bencana itu berlaku, Rusia segara menghulurkan bantuan kepada China dan menghantar pasukan penyelamat ke kawasan bencana. Duta Besar Rusia di Geneva, Valery Loshchinin berkata bahawa Rusia bukan sahaja jiran negara China, tetapi juga sahabat.

(Rakaman 3 keluar)

"Kita sahabat karib. Persahabatan kita akan dikekalkan. Kita mempunyai pandangan yang sama dalam banyak isu. Hubungan politik antara kita juga terus berkembang."

Pada hari yang sama, Perhimpunan Kesihatan Dunia ke-61 yang dilangsungkan di Geneva juga menyampaikan ucapan takziah kepada mangsa dalam bencana Sichuan. Dalam majlis perasmian perhimpunan tersebut, semua wakil dari 193 buah negara anggota PBB berdiri dan bertafakur untuk mengenang mangsa yang terkorban dalam bencana gempa di Sichuan.

Menteri Kesihatan China, Chen Zhu yang menghadiri perhimpunan kali ini, ketika memberi ucapan dalam majlis perasmian berkata: "Bencana tidak akan melemahkan semangat rakyat China, malah akan menjadikan kita lebih tabah, dan merapatkan lagi kerjasama antara China dengan masyarakat antarabangsa. Kami akan mengutamakan kesihatan pada masa akan datang dan mendorong perkembangan usaha kesihatan."

Semalam, Ketua Eksekutif Sekretariat Persidangan dan Interaksi serta Langkah-langkah Bina Keyakinan di Asia (CICA), Jandos Asanov turut mengunjungi Kedutaan Besar China di Kazakhstan untuk menyampaikan rasa simpati atas korban nyawa dalam bencana Sichuan. Ketika diwawancara, beliau menyanjung tinggi tindakan pantas yang diambil oleh kerajaan China untuk menyelamatkan mangsa di kawasan bencana. Beliau juga menghargai laporan yang cepat dan tepat daripada media China.

"Sebaik sahaja gempa bumi itu berlaku, media China segera menyiarkan berita yang menyeluruh kepada dunia. Kerajaan China juga segera mengambil tindakan. Selain daripada tentera, polis dan anggota penyelamat, ramai orang awam juga menyertai usaha menyelamat di kawasan bencana. Saya berasa amat terharu. Saya yakin, China pasti akan dapat mengatasi kesukaran sekarang dan menangani bencana ini dengan baik," kata Chen Zhu.

Pada pukul 2.28 petang semalam, rakyat seluruh negara China telah bertafakur selama tiga minit untuk mengenang mangsa korban dalam bencana gempa Sichuan. Pegawai di kedutaan dan konsulat China di luar negara, pegawai perwakilan China di pertubuhan antarabangsa dan syarikat milik China serta anggota Pasukan Pengaman China dan Pasukan Perubatan China di luar negara juga bertafakur untuk menyampaikan rasa dukacita terhadap mangsa terkorban dalam bencana gempa bumi ini.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |